Bunyi besi berlaga memecahkan kesunyian. Perlahan-lahan Yoobin mengangkat kepala daripada lengannya. Dia nampak ada dua orang perempuan sedang membuka pintu besi cell. Berkerut dahinya.
Dua orang perempuan itu terus menerpa Yoobin tetapi Yoobin melontarkan pandangan dingin.
"Mari keluar. "Ujar perempuan berambut biru itu.
"Hah? "Balas Yoobin dengan terkejut. Dia tersalah dengar ke apa? Keluar? Rasanya tak sampai sehari dia kat sini.
"Jom la. "Perempuan berambut jingga mula menarik Yoobin membuat Yoobin bangun tanpa rela.
Mereka berdua menarik Yoobin keluar dari tempat itu lalu bergerak ke arah kereta Ferrari berwarna putih yang berada agak jauh dari penjara tersebut. Perempuan berambut biru itu membuka pintu untuk Yoobin lalu menolak Yoobin masuk ke dalam kereta dengan lembut.
Selepas itu, dia nampak perempuan berambut jingga masuk ke dalam perut kereta—bahagian pemandu. Manakala yang sorang lagi di tempat duduk penumpang.
Kunci dipusing lalu enjin kereta hidup. Padel minyak ditekan kemudian kereta itu bergerak ke jalan besar.
"Yoobin, kan? Soulmate Jimin? I'm Handong. "Ujar perempuan berambut jingga itu sambil memandu.
"Siyeon. "Perempuan berambut biru pula.
Yoobin terangguk-angguk. Dia memandang pemandangan di sekelilinginya.
"Kita nak pergi mana? "Soal Yoobin kepada mereka berdua.
"Balik rumah. "Jawab Siyeon dengan pendek.
"Pack house? "Soal Yoobin lagi.
"You'll see." Balasan Siyeon mengundang ketawa Handong lalu mereka berdua membuat high-five.
Yoobin bingung. Mereka nak bawa dia ke mana? Namun begitu, dia hanya membiarkan sahaja dirinya dibawa oleh dua orang gadis itu.
Hampir 15 minit mereka berada di jalan raya, mereka tiba di sebuah rumah besar atau sepatutnya di panggil mansion. Besar! Sangat! Rasanya boleh muat 5 keluarga.
Mata Yoobin melilau di perkarangan rumah tersebut.
Sebuah pagar yang menjadi pintu keselamatan untuk masuk ke dalam rumah itu. Sebuah halaman rumah yang besar yang dihiasi taman bunga dan kolam ikan menjadikan kawasan rumah itu sungguh menawan. Ada beberapa pekerja sedang menyiram pokok-pokok bunga itu.
Kereta yang dipandu Handong terus masuk ke dalam garaj rumah itu kemudian enjin dimatikan. Apabila melihat mereka berdua keluar dari kereta itu, Yoobin juga berbuat sedemikian. Tangannya telah pegang oleh Siyeon lalu ditarik dengan lembut.
"Ni rumah sapa? "Soal Yoobin dengan lembut. Mereka berdua berjalan ke arah pintu utama.
"Rumah Jimin. "Jawab Handong dengan ceria.
Rahang Yoobin terjatuh. Rumah pasangannya?!
Dia tahu seorang Alpha pasti akan mempunyai rumah yang besar sebab dia adalah anak kepada seorang Alpha. Tetapi rumah Jimin tiga kali ganda lebih besar daripada rumahnya. Mewah pulak tu!
"Alah, lagipun dia bukan tinggal sorang. "Sambung Handong kemudian menekan kebawah kunci pintu itu. Pintu itu telah dibuka.
"Hah? "Balas Yoobin dengan bingung. Dia masih terkejut dengan rumah Jimin kemudian ditambah lagi apabila melihat Handong boleh buka pintu rumah Alpha dengan mudah. Tak ada pengawal ke?
"Seokjinie~"Panggil Handong dengan kuat lalu berjalan masuk ke rumah Alpha dengan selamba.
Siyeon menarik tangan Yoobin yang masih terkejut melihat perlakuan Handong yang selamba. Wow, perempuan tu berani betul!
YOU ARE READING
BLOODY WOLVES ✔
Werewolf"A wolf that can't shift is a shame. " - Alpha Jimin "An Alpha called mate as weakness is the coward one. " - Luna Yoobin "You are not worth to be my Luna. " - Alpha Jimin "I regret to be your mate. " - Luna Yoobin An ego Alpha face a feisty Luna...