14

566 36 15
                                    

Selimut ditarik ke paras dada Yoobin dengn lembut. Rambut juga diusap dengan ibu jarinya.

"Siyeon,kalau Yoobin dah bangun bagitahu aku. "Ujar Jimin lalu bergerak keluar dari bilik tidur itu.

Siyeon mengangguk sahaja lalu meletakkan tuala basah di atas dahi Yoobin. Ia sesuatu yang normal apabila female wolves diserang demam selepas di tanda oleh mate mereka. Minji hanya memandang rantai yang digari pada pergelangan tangan Yoobin.

Selepas mendapat berita tentang Yoobin, Minji cepat-cepat siapkan kerjanya sebagai Female Beta untuk melawat Yoobin yang sedang demam.

Bora meletakkan jari telunjuknya pada rantai itu lalu cahaya berwarna hijau mula terhasil seketika.

"Selesai. Saya dah letak sihir penguat yang selalu saya guna untuk Dami. Kita tak perlu risau kalau Dami muncul semula. "Ujar Bora dengan tenang. Siyeon memberikan senyuman nipis kepada Bora tanda terima kasih.

"Bora, saya minta maaf. "Ujar Minji kepada Bora. Kepalanya ditundukkan kerana malu hendak bertentangan mata dengan Bora.

Bora tersenyum nipis.

"Tak apa. Saya faham kenapa awak berfikiran macam tu. Tak semua puak menerima Omega. Lupakan sahaja. "Balas Bora dengan lembut seraya mengenggam tangan Minji. Minji mengangkat mukanya tetapi wajahnya masih sugul.

"Terima kasih Bora. Saya minta maaf juga dekat kawan-kawan awak. "

"Tak apa. Cakap pasal diorang, saya kena balik. Gahyeon dengan Yoohyeon tak tahu lagi pasal ni. "Balas Bora dengan risau. Punggungnya diangkat dari katil lalu bergerak ke pintu.

Buka sahaja pintu, Bora nampak Yoongi yang sedang bersandar di dinding sebelah pintu. Perlahan-lahan dia keluar dan menutup pintu kemudian mendekati Yoongi.

Lelaki itu berdiri menyandar sambil menyilangkan tangan di dada. Kepala ditundukkan juga.

"Tidur ke? "Gumam Bora sendiri. Mukanya mendekati muka Yoongi perlahan-lahan.

Tiba-tiba mata Yoongi terbuka secara mengejut menyebabkan Bora terlompat ke belakang. Tanpa mengendahkan Bora, lelaki itu menguap kecil kemudian menyerabutkan rambutnya.

"Dah settle? "Soal Yoongi dengan prihatin. Tangan dimasukkan ke dalam poket baju sweater.

"Erm... Dah. Awak tidur ke tadi? "

"Adalah sekejap. "Balas Yoongi lalu mendekati Bora. Bora terpaksa mendongak kerana Yoongi agak tinggi daripadanya.

'Macam manalah lelaki ni boleh tidur berdiri?' Bisik hati Bora seketika.

"Awak nak balik ke? "Soal Yoongi kepada Bora.

"Aah. Saya kena bagitahu Gahyeon dengan Yoohyeon. "

Yoongi mengangguk mendengar jawapan Bora. Tangan kanan lelaki itu mencapai tangan kiri Bora lalu berjalan ke tangga. Bora hanya mengikut.

"After lunch, you have a meeting with Jimin, right? "

"Something like that. "

"I fetch you around 1:30. Jimin selalu makan tengah hari pukul 12 kemudian rehat sekejap. "Ujar Yoongi dengan panjang.

Yoongi sangat arif dengan jadual Jimin kerana dia telah hidup dengan Jimin sejak dia berumur 15 tahun.

Lelaki itu membawa Bora ke garaj kereta. Bulat mata Bora melihat kereta berderet di garaj itu. Tangan kirinya dikeluarkan dari poket berserta kunci kereta lalu ditekan punat kunci itu.

BLOODY WOLVES ✔Where stories live. Discover now