Play BUTTERFLY BY BTS
Keluhan dilepaskan dengan kasar.
"Kenapa kau lemah sangat, Yoobin? Aku penat tahu tak?! Penat nak tunggu kau jadi kuat! "Tengking Dami kepada Yoobin yang sedang memeluk lutut dengan erat.
Dami bangun dari mencangkung. Rambut pendek paras bahu berwarna ungu ditarik dengan bengang untuk seketika.
Yoobin hanya memerhati Dami yang masih menggunakan wajahnya dengan riak kosong.
"Aku tak sangka selama ni aku ditipu hidup-hidup, Dami. Aku fikir ayah aku bangga dengan aku. "Balas Yoobin dengan nada mendatar. Tiada air mata menjadi penemannya kali ini.
"Sebab kau bodoh! Lemah! Kau nampak tak apa yang jadi bila kau tahu semua ni?! Tengok la keadaan kau! Kau fikir aku nak ke hidup dengan kau?! "Tengking Dami dengan kuat sehingga Yoobin agak tersentak dengan nada tinggi itu.
"Kau ingat aku nak ke hidup macam ni?! Kalau aku tahu aku akan sengsara macam ni, aku lebih rela bunuh diri, Dami! "Balas Yoobin dengan nada yang sama.
"Kau selfish, Yoobin. Aku yang rasa sakit tu. Ayah kau seksa aku bukan kau. Kau bersembunyi dalam badan aku! Kau tak boleh hadap realiti! Kau jebakkan aku sekali! "
Yoobin terdiam mendengar luahan Dami. Dia memandang Dami dengan penuh kesal.
Bagaikan ada batu yang menghempap dirinya.
Bukan dia yang lalui semua itu tetapi Dami.
Dia pengecut. Duduk kat tempat gelap. Telinga ditutup daripada dengar jeritan kesakitan Dami.
Lutut ditarik lebih erat ke dada. Kepala disembunyikan pada celahan lengan.
"Aku tak mintak kau. "Gumam Yoobin tetapi Dami dengar dengan jelas.
"Dan aku tak mintak tuan yang lemah." Balas Dami dengan suara yang pecah.
Lutut ditarik lagi.
*****
Tendangan padu dihadiahkan pada pipi Zoey. Cekak baju ditarik kemudian muka lelaki separuh syaitan itu ditumbuk bertubi-tubi. Darah milik Zoey melekat pada penumbuknya.
"Jimin... "Panggil Namjoon dengan risau.
Jimin hanya menghiraukan sahaja. Badan Zoey ditendang untuk kali terakhir sebelum lelaki itu bergerak ke arah syaitan yang berada disebelah Zoey. Menunggu kesakitan daripada Alpha yang sedang mengamuk.
"Jimin! "Panggil Namjoon dengan terdesak apabila Jimin memberi tendangan lutut pada muka lelaki syaitan itu.
Lelaki itu berbeza. Dia bukan separuh syaitan tetapi syaitan asli.
"Jeremy kat mana?! BAGITAHU AKU, TAK GUNA!!! "Tengking Jimin dengan bengang sambil menumbuk pipi lelaki itu bertubi-tubi.
Lelaki syaitan itu ketawa. Gigi yang diselaputi darah jelas kelihatan. Tindakan berani mati lelaki itu lebih menambahkan api kemarahan Jimin.
Jimin terus melepaskan lelaki itu dengan dengusan kasar.
"Gari mereka. "Arah Jimin kepada dua orang pengawal penjara itu. Dua pengawal itu menurut tanpa banyak soal manakala Jimin bergerak keluar daripada tempat itu.
"Lapor. "Arah Jimin kepada Namjoon sambil berjalan ke arah kereta mereka.
"Bora dan Yoohyeon masih belum jejak bayang Jeremy dan Julie. Yoongi dan Taehyung juga tak dapatkan apa-apa maklumat daripada Alpha Minho. Seokjin dan Handong sudah pulih daripada kecederaan. "Balas Namjoon dengan padat.
YOU ARE READING
BLOODY WOLVES ✔
Werewolf"A wolf that can't shift is a shame. " - Alpha Jimin "An Alpha called mate as weakness is the coward one. " - Luna Yoobin "You are not worth to be my Luna. " - Alpha Jimin "I regret to be your mate. " - Luna Yoobin An ego Alpha face a feisty Luna...