25

520 40 7
                                    

Bunyi salakan serigala telah menjadi bunyi yang biasa untuk 2 hari ini. Semua he-wolves perlu mengambil bahagian di dalam peperangan dua puak. Setiap hari akan ada latihan demi latihan untuk melatih fizikal dan mental mereka.

Serigala berwarna biru terus menerkam serigala berwarna blonde dengan tekanan yang kuat.  Dua ekor serigala itu berguling di atas tanah dengan kuat menyebabkan tanah tersebut sedikit retak. Kepala, kaki dan tangan berlaga antara satu sama lain.

Serigala biru itu pantas menggigit leher lawannya tetapi berjaya ditepis. Serigala blonde memberi tepisan yang kuat sehingga serigala biru melompat ke belakang untuk mengukuhkan pertahanan.

Kedua-dua serigala berjalan perlahan dalam bulatan sambil mata mereka bertembung dengan tajam. Gigi serigala ditunjukkan antara satu sama lain.

Bagaikan diberikan isyarat, mereka berdua menerkam pada masa yang sama. Serigala blonde pantas menggigit leher serigala biru dan serigala biru menolak kepala lawannya dengan tamparan kuat. Hasilnya gigitan serigala blonde longgar menyebabkan serigala biru mengambil peluang untuk menggigit kuat leher lawannya lalu ditolak sehingga sehingga badan lawannya mencecah tanah. Tangannya dan kakinya menindih badan serigala blonde menyebabkan serigala itu tidak dapat banyak bergerak.

Serigala blonde itu cuba menggerakkan lehernya tetapi serigala biru itu mengetatkan rahang dan memberikan isyarat submit. Setelah lama ditindih, serigala blonde menundukkan kepalanya. Selepas mendapat isyarat submit barulah serigala biru itu melepaskan leher serigala lawannya.

"Your speed increased alot,Beta. I'm impressed." Ujar serigala biru dengan telepati. Serigala blonde menundukkan kepalanya tanda terima kasih.

"But I still can't suppress you, Alpha. "Balas Namjoon kepada Jimin. Jimin hanya membalas dengan gerulan.

Jimin berjalan ke arah Jungkook yang sedang berehat selepas berlatih dengan Yoongi. Kesemua he-wolves dalam keadaan serigala mereka untuk memudahkan latihan.

Jungkook yang sedang duduk terus bangun lalu memberikan tunduk hormat kepada Jimin.

"How's them? "Soal Jimin kepada Jungkook.

"Dibandingkan semalam, mental dan fizikal mereka lebih tersedia. Saya cuma risau dengan she-wolves yang terlibat."jawab Jungkook dengan jujur.

"Jangan risau sangat. My mate knew her job well. "Balas Jimin dengan tajam. Jungkook tunduk tanda maaf kerana salah katanya.

Sementara itu...

Seorang perempuan berambut hitam berlari ke arah serigala berwarna ungu dengan pantas. Serigala itu menerkam perempuan itu dengan kukunya yang panjang tetapi perempuan itu mengelak tepis. Kipas berwarna merah dikeluarkan lalu ditampar muka serigala itu dengan kuat.

Serigala mengerul sakit lalu cuba menggigit perempuan itu namun perempuan itu melompat ke belakang dengan pantas. Perempuan itu membuat lingkaran api di sekelilingnya sebelum menjadi bebola api. Bebola api itu pantas menyerang serigala berwarna ungu itu. Serigala itu berlari dengan larian zig-zag bagi mengelirukan bebola api. Strateginya berjaya menyebabkan bebola api itu jatuh di sebelahnya ketika dia berlari zig-zag.

Perempuan itu menghempas kipas apinya dengan di atas tanah untuk membuat lingkaran api yang lebih besar tetapi tidak sepantas serigala ungu itu. Nafas terkejut dilepaskan dengan kasar apabila lengannya digigit kemudian badannya juga dihempas ke tanah dengan  kuat. Serigala itu menunjukkan giginya yang tajam sebagai tanda kekuatan.

Perempuan itu menundukkan kepala tanda mengalah lalu serigala itu terus melepaskan lawannya. Perempuan itu bangun kemudian turun satu lutut.

"Maafkan saya,Luna. I failed you."Pinta perempuan itu dengan malu dan kesal. Riak kekesalan jelas terpancar di mukanya.

"Its okay,Gahyeon. You improved so much. I'm impressed." Balas Yoobin dengan menggunakan telepati.

Yoobin memalingkan mukanya untuk melihat she-wolves yang lain juga turut berlatih. Esok adalah hari penentuan. Matanya memerhati Bora and Siyeon yang sedang berlatih dengan sengit. Dia harap rancangan mereka berhasil dan tiada kegagalan.

Kematian itu pasti tetapi kita boleh elak dengan strategi yang cekap.

*****

Jeremy memandang Alpha Lim yang sedang membelasah seorang he-wolf dengan kejam. Lelaki bertubuh besar itu dengan kejam menyepak kepala he-wolf sehingga berdarah.

Bibir kering dijilat sekilas.

"Lim." Panggil Jeremy dengan kuat tetapi Alpha Lim tidak menyahut.

"Lim!" Panggil Jeremy tetapi kali ini dengan lebih keras.

Sepantas kilat leher Jeremy dicekik oleh Alpha Lim namun begitu,Jeremy dengan mudah menarik tangan Alpha Lim kemudian menendang kaki lelaki berpangkat Alpha. Hasilnya,Alpha Lim jatuh sebelah lutut. Jeremy mengambil kesempatan untuk menyilangkan kakinya di leher Alpha Lim menyebabkan mereka berdua jatuh terbaring di tanah dengan kaki Jeremy yang mengunci leher Alpha Lim. Tangan kanan Alpha Lim diambil kemudian ditarik dengan kuat.

Dengusan nafas kasar keluar dari tekak Alpha Lim apabila dia gagal untuk membuka kunci kaki Jeremy. Ahli sihir lelaki itu semakin mengetatkan kunci sehingga nafas Alpha Lim tersekat. Tangan kiri Alpha Lim ditepuk atas tanah tanda surrender.

Namun Jeremy semakin mengetatkan kunci. Mukanya tiada tanda-tanda hendak melepaskan leher Alpha Lim.

"If you keep abusing your warriors, there will no one willing to die for you." Ujar Jeremy dengan nada dingin.

"Ack!" Nafas Alpha Lim hampir putus barulah Jeremy melepaskan leher Alpha Lim. 

Bunyi gerulan bergema di sekeliling Jeremy namun dia biarkan sahaja. Dia jatuhkan Alpha mereka dengan mudah. Sudah pasti serigala yang lain akan terasa tercabar. Dia bangun dari posisinya kemudia menendang kepala Alpha Lim dengan kuat. 

"Ergh!" Aduh Alpha Lim apabila ditendang oleh Jeremy. Bukan itu sahaja, kepala Alpha Lim dipijak juga.

"If you keep doing this, then Jimin will kill you. Do you think that punk is an idiot? Huh?! Fool! What a waste."  Cemuh Jeremy dengan kasar sebelum mengangkat kakinya. Badannya berpaling lalu dia nampak semua he-wolves sudah berubah menjadi werewolves. 

"This is gonna be fun." Senyuman sinis di ukir kemudian dijilat sekilas. Denim jaket dibuka lalu dibaling ke salah seekor werewolf sebelum berlari ke kumpulan werewolves itu.

Seekor demi seekor ditewaskan oleh Jeremy dengan mudah. Alpha Lim melihat peretempuran itu dengan terkedu. Bagaikan dalam sekelip mata semua anak-anak puaknya rebah menyembah bumi. Betapa laju dan kuatnya Jeremy di matanya tetapi egonya bagaikan tercabar. Namun begitu, dia bagaikan tidak mampu bangun dari duduknya. Bagaikan ada sihir yang menyekatnya.

Tangan Jeremy melepaskan serigala yang telah pengsan di genggamannya. Senyuman kepuasan terukir dibibirnya. Aura ungu hitam mula keluar dari werwolves yang ditewaskan olehnya. Lelaki itu berjalan ke arah Alpha Lim lalu menurunkan sebelah lututnya.

"Alpha Lim, goodnight. Have a long sweet dream." Ujar Jeremy kepada Alpha Lim dengan perlahan sebelum kegelapan menyelami hidup Alpha Lim.


To Be Continued...

Hi, guys! I'm sorry for the late update. I can't promise a fast update... It is because I'm a foundation student and have loaded of assignments. I will face the final exam this 10th October until 23rd October. Before this, I had the thought to unpublish this story considered how busy I am. But everyday I saw new readers voted this story and placed in their reading list. I don't have the heart to unpublish it. I will try to finish BW this sem holiday.

BLOODY WOLVES ✔Where stories live. Discover now