7

598 50 24
                                    

Mata di buka sedikit demi sedikit. Kekuatan cuba dikumpul untuk membuka mata. Nampak remeh tetapi amat susah kepada seseorang yang baru sahaja mendapat kesedaran.

Buka sahaja matanya, Yoobin nampak syiling berwarna biru gelap ditatap seketika sebelum menukar posisi baringnya kepada duduk. Dia menyandarkan belakang badannya dengan selesa. Mata diturunkan ke pakaian yang dipakainya.

Pijama berwarna putih tersarung di badannya.

Entah siapa yang menukar pakaiannya. Dia sendiri tidak tahu.

Dia hanya mampu ingat, dia pengsan setelah mendapat bayangan budak kecil itu.

Kenapa bayangan itu kembali?

Decitan keluar dari mulutnya. Tapak tangan memegang dahinya sederhana kuat. Tanpa di sedari, matanya mengerling ke hirisan pisau pada lengannya. Upacara pada malam itu mula dikenang.

Rasa sakit mula kembali. Jantungnya berdegup kencang. Bibir digigit dengan kuat.

"Kan bagus kalau aku tak bangun... "Guman Yoobin seorang diri. Tapak tangan diturunkan lalu disulamkan jari jemari di atas selimut. Rambut dibiarkan jatuh.

Dia tidak mampu nak berfikir apa-apa. Kecewa terhadap Jimin itu sudah pasti tetapi dia tak boleh nak melayan perasan kecewa itu je. Dia perlu kuat.

Selimut diselak lalu kakinya diturunkan untuk menyentuh lantai lalu menuju ke arah bilik mandi. Dia perlu membersihkan diri dan kembali cergas.

*****

Kuali diangkat lalu diletakkan dalam sinki. Pili paip diputar lalu air keluar dari paip. Span diambil lalu dicelupkan dalam mangkuk sabun sekejap kemudian digosok pada kuali. Hanya membersihkan kotoran minyak sahaja.

Siyeon membersihkan kuali dengan mudah sahaja manakala Handong membuat air teh dalam teko. Mereka berdua bekerjasama menyiapkan sarapan pada pagi itu.

"Dah 3 hari Yoobin pengsan. "Ucap Handong dengan perlahan untuk memecahkan kesunyian.

Siyeon mengerling ke arah Handong. Tangannya sibuk membasuh sudip yang telah digunakan.

"Erm. "Hanya itu sahaja balasan Siyeon.

Handong dah terbiasa dengan balasan Siyeon seperti itu. Siyeon memang tak banyak cakap tetapi kehadiran gadis berambut biru menyelesakan. Selalunya orang yang senyap, kehadiran orang itu agak tidak selesa tetapi Siyeon sebaliknya. Mungkin Siyeon selalu senyum.

"Jungkook dan Taehyung balik bila? "Soal Siyeon setelah selesai membasuh pinggan. Tangan dilap dengan tuala yang tergantung di sebelah peti sejuk.

"Ermm... Sepatutnya petang ni. Semalam diorang lapor dekat Seokjin. Katanya Alpha Minho tu sombong sikit. "Jawab Handong sambil membawa teko ke meja makan.

"Kalau Yoongi yang pergi tu mahunya tercetus perang. "Balas Siyeon dengan nakal.

"Ye tak ye jugak! Patutlah Seokjin suruh budak dua orang tu. "Sokong Handong dengan bersungguh.

"Yoongi tu tak boleh kalau dengan orang yang sombong. "Sambung Siyeon lagi. Syok membawang betul!

"Betul tu! "

Telinga Yoobin terdengar perbualan Siyeon dan Handong yang sedang mengumpat Gamma. Senyuman kecil terukir. Kakinya melangkah ke arah ruangan makan.

"Morning, Handong, Siyeon. "Sapa Yoobin dengan lembut. Tangan dilambaikan kepada mereka.

Mendengar sahaja sapaan Yoobin, mata mereka terbeliak. Macam tak percaya yang Yoobin menyapa mereka. Mereka melihat Yoobin yang memakai black short dan kemeja biru yang dimasukkan dalam black short itu. Sneakers hitam menjadi pilihan.

BLOODY WOLVES ✔Where stories live. Discover now