Heaven by Ailee. Please play the media.
Sejurus sahaja upacara itu selesai, Yoobin berlari masuk ke bilik Jimin. Pintu ditutup dengan kuat sehinggakan semua orang boleh dengar.
Belakang badannya disandarkan pada pintu bilik lalu perlahan-lahan Yoobin jatuh ke lantai. Kepala ditundukkan, kaki ditarik sehingga menyentuh dadanya, tangan memeluk kakinya. Sekali lagi air mata mengalir tanpa rengekan.
Bibir digigit dengan sekuat hati sehingga dia merasa darah pada lidahnya. Perasaan kecewa menampung di dalam hatinya.
Kenapa?!
Kenapa?!
Apa salah aku sampai kau buat aku macam ni?
Sebab aku tak boleh bertukar menjadi serigala?
Sebab aku lemah?
Kenapa Jimin?
Kenapa mesti Jimin?
Kenapa moon goddess?
Apa yang moyang aku buat sehingga aku yang dihukum?
Kenapa aku susah nak kecapi kebahagiaan?
Aku tak layak ke?
Kenapa?
Tangan dibawa ke muka lalu ditekup dengan kuat. Air mata tidak berhenti mengalir. Nafasnya mula tersekat-sekat.
Bayang-bayang zaman silamnya mula kelihatan pada pandangannya. Dia nampak seorang budak kecil ditendang dan dipukul dengan ganas.
Luka penuh di badannya.
Rambut hitam paras bahu dicengkam dengan kuat oleh seorang lelaki yang bertubuh sasa. Rengekan demi rengekan keluar dari mulut kecil budak itu. Namun ia tidak memberi kesan kepada lelaki itu.
Tiada belas kasihan.
Tiada sifat berperikemanusiaan.
Kenapa?
Kenapa budak itu dipukul?
Apa salah budak tu?
"ARGH!!! "Jerit Yoobin dengan lantang sambil menumbuk batu marmar dengan kuat.
Dia menumbuk berulang kali.
Bunyi retakan tulang dipedulikan.
Darah mengalir dari buku limanya.
Langsung dipedulikan.
Retakan batu marmar dipedulikan.
Bunyi ketukan pintu juga dipedulikan.
Bunyi jeritan namanya diluar juga dipedulikan.
"Argh!!!!! "Jerit Yoobin sekali lagi dengan lebih kuat.
Rambutnya ditarik dengan kuat apabila bayangan budak kecil itu semakin jelas.
Apabila budak kecil itu menjerit, dia juga akan menjerit.
Air mata juga mengalir dengan lebat tetapi tiada tangisan. Hanya jeritan kesakitan.
Tiba-tiba pintu itu ditarik dari luar menandakan pintu itu telah dipecahkan dengan kuat.
Matanya masih tidak beralih dari retakan batu marmar yang dia lakukan. Tubuhnya bergoyang tetapi dia tidak dengar sepatah pun perkataan. Pandangannya kabur.
Di depan matanya cuma budak kecil itu. Budak kecil itu berdiri di hadapannya dengan kepala yang berdarah. Namun begitu, budak itu tidak menunjukkan rasa sakit. Darah mengalir dari kepala budak itu dengan banyak.
YOU ARE READING
BLOODY WOLVES ✔
Werewolf"A wolf that can't shift is a shame. " - Alpha Jimin "An Alpha called mate as weakness is the coward one. " - Luna Yoobin "You are not worth to be my Luna. " - Alpha Jimin "I regret to be your mate. " - Luna Yoobin An ego Alpha face a feisty Luna...