11

583 39 34
                                    

MATURE CONTENT!
READ WITH YOUR OWN RISK!

Pintu bilik air dibuka dari dalam setelah Bora selesai memakai pakaiannya. Matanya tertacap ke arah Yoongi yang masih tidur dengan nyenyak di atas katil. Bulu romanya menegak seketika tatkala merasakan aura hitam di sekeliling badan Yoongi.

Ini bukan kali pertama dia berasa sebegitu. Bahkan dia memang tahu Blue Moon mempunyai aura hitam. Terutama sekali Alpha Park Jimin dan Gamma Min Yoongi.

Kaki bergerak ke arah katil dengan perlahan kemudian punggung dilabuhkan di birai katil. Tangan Bora naik ke muka Yoongi lalu mengusap dahi lelaki itu. Mata dipejam seketika.

"Dréamé. "Ucap Bora dengan lembut lalu badannya mengeluarkan cahaya malap berwarna hijau.

Baru sahaja dia mahu melihat masa silam Yoongi, dia terasa tangannya dipegang dengan kuat lalu badannya dihempas ke atas katil. Mata terus dibuka dengan panik. Dia semakin panik apabila Yoongi berada di atasnya dengan muka yang tegang.

"Apa yang kau buat? "Soal Yoongi dengan keras. Tangannya memegang pergelangan tangan Bora dengan kuat.

"Sa-saya... Erm... "Bora tidak mampu membina struktur ayat yang lengkap. Dia tak mahu Yoongi tahu rahsianya.

"You're a witch, right? Half witch? "Tebak Yoongi dengan selamba. Bora terdiam.

Respons Bora membuatkan tebakan Yoongi menjadi tepat. Badan Yoongi semakin menindih badan Bora. Nafas hangat Yoongi semakin terasa di leher wanita itu.

"Aku tahu kau nak ceroboh zaman silam aku. Tapi tak boleh ke kau tanya? "Soal Yoongi dengan lembut. Lelaki itu melonggarkan pegangan pergelangan tangan Bora lalu ibu jarinya mengusap lembut lengan merah wanita itu.

"Saya... Takut... "Balas Bora dengan perlahan. Terus kepala Yoongi naik ke paras muka Bora.

"Why? "

"You've a dark aura, Min Yoongi. Not only you but Alpha too. "Balas Bora dengan lembut.

Yoongi memandang mata Bora dengan sayu. Dia teringatkan situasi malam tadi.

Malam tadi hanya sesi suai kenal sahaja tetapi dia tahu Bora seakan-akan mahu mengelak dari dia. Mereka berdua hanya tidur satu katil dan satu selimut sahaja. Untuk membuang kejanggalan itu, dia hanya memeluk Bora ketika Bora sudah nyenyak sahaja. Dia tahu Bora perlukan ruang juga.

"There are things that you should know about this pack. "Ujar Yoongi dengan perlahan. Bibirnya menghampiri telinga Bora dengan menggoda. Nafas hangat menerpa cuping telinga wanita itu.

Tanpa sengaja, Bora telah menarik nafas terkejut. Tangannya menggeletar dan nafasnya menjadi tidak teratur. Air liur ditelan dengan kesat.

"But I'll tell you later. My stomach begs for food, my dear. "Sambung Yoongi dengan nakal seraya menggigit cuping telinga Bora dengan lembut. Wanita itu tersentak kuat.

Senyuman nakal terpamer di bibir Yoongi lalu dia bangun dari menindih Bora. Matanya nakal melihat keadaan Bora yang panik. Serta merta wanita itu bangun dari perbaringan lalu merangkak turun dari katil. Segera Bora keluar dari bilik itu seperti lipas kudung.

Terkeluar gelak ketawa nakal lelaki itu. Memang betul lelaki ini Tsundere.

*****

Awan putih mula menutupi sinaran matahari menyebabkan bumi menjadi mendung. Burung-burung mula berkicauan lalu terbang dari dahan yang menjadi sandaran. Rerumput dipijak oleh sepasang kaki yang disarung sneakers berwarna hitam berjalur biru.

BLOODY WOLVES ✔Where stories live. Discover now