23

580 38 31
                                    

Peta diletakkan di atas meja yang dikelilingi Bangtan. Mata Jimin meneliti rakan-rakannya yang menunggunya untuk memulakan perbincangan.

Jari telunjuknya diletakkan diatas bulatan merah yang ada di peta itu.

"Sama macam report yang Bora bagi, ni adalah markas Jeremy dan Julie. Dekat dengan pack White Blood. "Ujar Jimin sepertimana yang ditulis dalam report Bora.

Mata Yoongi mengecil kemudian meletakkan jari telunjuknya pada sebelah bulatan merah tu.

"This is Vegance. "Ujar Yoongi dengan serius. Dengar sahaja kata-kata Yoongi, badan mereka jadi tense.

Pack White Blood dan Vegance adalah pack yang berjiran.

"Setahu aku, Vegance dengan White Blood ada hubungan yang baik. Alpha Wan jenis yang lebih suka perjanjian daripada perperangan. Vegance takkan serang White Blood tanpa sebab. "Ujar Jimin dengan panjang lebar. Keningnya bertaut ketika mengatakan maklumat itu.

"Markas Jeremy dan Julie kat White Blood. Kebetulan atau pun dirancang?" Soal Hoseok seraya merehatkan telapak tangannya di atas meja. Matanya menikam peta itu.

"Jungkook,Taehyung, lapor." Arah Jimin kepada Jungkook dan Taehyung yang ditugaskan untuk menyiasat Pack Vegance.

"Baik, Alpha. Macam yang sedia maklum, White Blood dan Vegance ada hubungan yang baik. Tak mungkim mereka boleh bermusuhan. Minggu lepas saya dengan Taehyung siasat pack itu. Ada beberapa Omegas beritahu, Alpha Lim iaitu Alpha kepada Pack Vegance seperti dirasuk. Alpha Lim terkenal dengan sifat peramah menjadi dingin tiba-tiba dan menjadikan Female Omegas hamba seks dia. "Jungkook berhenti kemudian memandang Taehyung. Taehyung faham dengan isyarat Jungkook.

"Tiba-tiba Alpha Lim buat pengumuman untuk menyerang White Blood. Alasannya, Alpha Lim nak besarkan territory Vegance. Seorang survivor wolves warrior beritahu Alpha Lim mula melatih wolves warrior dengan teruk sehingga memupuk sifat sadistik dalam badan mereka. "Ujar Taehyung dengan suara serak basahnya. Tangannya naik ke tekak lalu diurut perlahan.

Nampak sangat Taehyung belum sembuh sepenuhnya.

"This is not a coincidence. "Luah Namjoon seraya menjeling Jimin yang masih merenung peta dengan tajam.

"Seokjin, Handong dah sembuh? "Soal Jimin kepada Seokjin yang sudah sembuh sepenuhnya.

Seokjin hanya mengangguk sebagai balasan.

"Aku dapat tahu Taehyung dan Jungkook dah jumpa mate diorang. Bitter truth guys, all our mates need to participate in this plan. "Ujar Jimin dengan serius sambil memandang wajah rakan-rakannya.

Jelas sekali muka mereka memancarkan reaksi tidak senang.

"Luna? "Soal Yoongi dengan kening terangkat.

"Ye. Bora, Yoohyeon dan Gahyeon adalah witches. Yang lain adalah she-wolves. Sementara kita serang Vegance, mereka bertujuh kena jaga packs especially pregnant she-wolves."Terang Jimin dengan padat.

"Macam mana kita nak declare war with Vegance? "Soal Taehyung dengan naif. Yoongi jeling Taehyung kerana soalan itu. Taehyung tersentak dengan jelingan Yoongi.

"Apa? Takkan la kita sengaja nak bunuh salah seorang pack dia. Kita tak kejam macam tu kan. "Balas Taehyung untuk melindungi dirinya.

Untuk declare pertumpahan darah bukanlah benda mudah. Ada tiga pilihan.

Pertama, langgar perjanjian perdamaian tapi Blue Moon tak pernah ada perjanjian perdamaian dengan Vegance.

Kedua, meluaskan kawasan jajahan tapi Vegance tak boleh jajah kawasan Blue Moon sebab Blue Moon adalah pack pusaka keturunan Jimin. Sudah 7 keturunan memerintah Blue Moon dan menjadi pack terkuat dalam sejarah Lycantrophes.

BLOODY WOLVES ✔Where stories live. Discover now