2

706 42 26
                                    

Suasana tegang berlegar-legar di ruang tamu milik Haelmonie. 4 orang lelaki bertubuh sasa berada dalam ruangan itu telah menambahkan lagi suasana ketegangan. 2 orang daripadanya sedang menghidu bau aneh yang berada di rumah Haelmonie.

"Alpha, saya ada hidu bauan yang berlainan daripada pack. Its a rogue."

Alpha melirikkan matanya ke arah wanita tua itu. Matanya yang dingin menjeling tajam menyebabkan wanita tua itu menjadi takut.

"Male or female? "Soal Alpha kepada Haelmonie. Tubuh Haelmonie menggeletar kerana suara Alpha yang lantang dan keras.

"Jawab! "Arah seorang lelaki yang berada di sebelah Alpha.

"Male, Beta. "Tipu Haelmonie. Dia tidak mahu Yoobin menjadi sasaran. Gadis muda itu tidak bersalah. Bukan salah gadis muda itu untuk menjadi rogue.

"Throw her to cell. "

"Yes, Alpha. "Jawab Beta akur.

Haelmonie menutup matanya apabila kedua dua belah tangan telah dipegang oleh dua orang lelaki. Tidak kuat tetapi tidak longgar. Dia terima hukumannya.

"Stop! "

Jantung Haelmonie bagaikan nak tercabut kerana suara lunak itu. Cepat-cepat matanya memandang ke belakang.

Dia harap telinganya tersalah dengar. Dia tidak mahu mengetahui identiti pemilik suara itu tetapi dia nampak figura yang dikenali berada di belakangnya.

"Lepaskan Haelmonie. Dia tak bersalah." arah Yoobin dengan tegas. Dia menggunakan darah Alpha yang berada di dalam dirinya untuk menjadi keberaniannya.

Apabila matanya bertembung dengan mata Alpha Blue Moon, tubuhnya menjadi longlai. Dia nampak kelipan yang berkilau di dalam mata Alpha itu. Figura dia serta Alpha itu sedang duduk di kawasan tanah lapang mula kelihatan di dalam mindanya.

Tidak semena-mena Yoobin dapat rasakan Dami sedang berdengkur kecil seperti kucing manja. Keadaan menjadi lebih terkejut apabila satu perkataan keluar dari bibir Alpha itu.

"Mate. "

Dami menjadi lebih teruja. Yoobin dapat rasakan Dami sedang melompat-lompat dalam tubuhnya. Tetapi tidak kuat. Hanya seketika.

Yoobin nampak Alpha itu agak terkejut tetapi cepat mengubah riak wajahnya kepada poker face.

"Dump her to the cell. "

Bukan hanya Yoobin, tetapi semua orang di dalam rumah itu agak terkejut dengan arahan Alpha. Yoobin tidak boleh kawal air mukanya yang sedih kerana arahan daripada mate nya sendiri. Dia juga dapat rasakan rengekan sedih daripada Dami yang menginginkan sentuhan pasangannya.

"Tapi Alpha—"

"Jangan banyak cakap, Namjoon. "Arahan daripada Alpha menjadi jelas menyebabkan Beta Namjoon terpaksa menggari tangan Yoobin.

Yoobin tidak tahu dia sedang berhalusinasi tetapi dia nampak riak tidak suka akan sentuhan Namjoon di tubuhnya pada muka Alpha.

"I'm sorry, Luna. "Pinta Namjoon dengan lembut seraya menarik besi yang bercantum dengan gari itu.

Akan tetapi baru sahaja Namjoon ingin menarik besi itu, Alpha telah merampas dengan kasar menyebabkan Yoobin mengeluarkan rengekan kesakitan.

"Jimin! "Panggil Namjoon dengan marah apabila melihat Alpha Jimin menyebabkan Yoobin sakit.

Jimin buat tidak tahu lalu menarik Yoobin keluar daripada rumah itu. Mereka berdua berjalan sehingga ke sebuah tempat iaitu Prisoners of Sin.

BLOODY WOLVES ✔Where stories live. Discover now