8

557 44 40
                                    

Jaket berwarna hijau dihulurkan kepada Yoobin yang sedang duduk di luar wad kecemasan. Kepala Yoobin diangkat untuk melihat gerangan yang baik hati itu.

Min Yoongi.

Okey. Tarik balik. Tak adalah baik sangat lelaki putih tu.

"Pakai. Tak pasal-pasal kau pulak admit masuk wad. "Ujar Yoongi sambil tangannya masih menghulur jaket itu.

Yoobin mengangguk lalu disambut pemberian Yoongi. Jaket itu dipakai walaupun besar sedikit. Dia tak hiraukam sangat cara pemakaiannya. Dia lebih pentingkan kesihatan Omegas yang berada di dalam wad kecemasan.

Bunyi penutup tin minuman dibuka oleh Yoongi lalu diteguk sedikit. Bukan nak belikan untuk Yoobin jugak.

"Tak sangka kau tu kuat jugak. "Ucap Yoongi sekadar memecahkan kesunyian.

"Erm. "

"Kau belajar martial arts ke? "

"Erm. "

"Dari kau kecik? "

"Erm."

"Dalam tu kawan-kawan kau ke? "

"Erm. "

"Kau rapat ke dengan diorang? "

"Erm. "

Tin yang berada di genggaman Yoongi mula kemik sedikit kerana digenggam dengan kuat. Muka lelaki itu mula bertukar menjadi dingin. Keningnya bagaikan nak rapat dan mulut menjadi garis lurus.

"Kau menguji kesabaran aku ye budak. "

"Erm. "

Mata dipejam seketika. Nafas ditarik dengan dalam.

Ei, kalau dia ni bukan mate Jimin, dah lama aku heret dia balik ke pack house!

Gumam hati Yoongi yang panas dengan balasan acuh tak acuh perempuan di hadapannya.

"Apa kau buat dekat sini? "Soal Yoobin dengan nada mendatar. Kening Yoongi ternaik sebelah kanan.

"Berkelah. "

"Tak lawak. "

"Aku tak rasa kau buta. "

"Aku tak rasa kau bodoh. "

"Sial. "

"Lembab. "

Tak tahu la kenapa Yoobin seperti nak berlawan kata dengan Yoongi. Dia teringin nak ada orang gaduh mulut disaat-saat genting seperti ini. Kurang sikit rasa bebanan.

Yoongi pulak rasa nak belasa aja perempuan kat depan dia ni. Mindanya asyik teringatkan Jimin je. Mampus dia kalau dia sentuh si Yoobin ni. Tapi budak ni dah naikkan bengangnya.

"Mampus kau, aku kerjakan. "

"Aku tak takut. "

"Bodoh. "

"Bangang. "

"Tomboy. "

"Pondan. "

"What the fuck? "

"Fuck off. "

Tenganga Yoongi dibuatnya. Pondan? Pondan dia kata?! Kemudian disuruh dia fuck off? Eh eh! Kau tahu tak Jimin yang suruh aku jaga kau! Kalau tak, tak kuasa aku nak turun ke hospital. Tidur lagi syok!

Namun itu hanya dihati. Mukanya sudah merah menahan bengang.

Dalam hati,Yoobin dah ketawa guling-guling. Dia menang! Tak sangka pulak Yoongi mudah kalah. Baru cakap pondan. Tak pendek lagi. Yoobin dah ketawa jahat dalam hati. Dia menggigit bibirnya untuk menahan senyuman yang mahu terukir.

BLOODY WOLVES ✔Where stories live. Discover now