Mata dibuka perlahan-lahan seperti ada pemberat yang menghalangnya dari membuka mata. Dia masih mengantuk tetapi dia cuba untuk melawan rasa kantuk itu. Pada mulanya, penglihatannya kabur sahaja tetapi setelah dikedip beberapa kali, penglihatannya sudah jelas.
Penglihatannya disapa dengan muka Alpha Jimin yang masih lena. Muka meraka sangat dekat sehingga Yoobin dapat rasa nafas hangat lelaki itu. Matanya menyorot ke bawah. Dia nampak pinggangnya dipeluk erat oleh tangan lelaki itu. Bahkan kakinya juga bersilang dan dikunci oleh kaki Jimin.
Kesimpulannya, Yoobin dikunci habis oleh Jimin. Tak boleh lepaskan diri.
Tiba-tiba, Yoobin terasa pinggangnya dipeluk lebih erat dan kepala Jimin bergerak ke celah lehernya. Muka wanita itu sudah merah kerana malu.
Bukan dia tak ingat apa yang berlaku malam tadi. Sumpah malu! Rasa nak berselubung dalam selimut aja! Matanya melihat jam dinding yang berada di atas pintu bilik.
0730
Nafas lega dihembus. Nasib baik masih awal. Tapi selalunya waktu-waktu macam ni Alpha kena bangun. Nak tak nak, Yoobin kena bangunkan Jimin. Lagipun dia nak jumpa Gahyeon dan Yoohyeon. Pasti mereka berdua sudah discharge.
Tangannya naik ke pipi Jimin lalu ditampar lembut. Tampar kuat nanti kang kena marah.
"Jimin... Jimin... Bangun... Dah pukul 7:30." Panggil Yoobin dengan lembut. Dia betul-betul berbisik di telinga Jimin.
Nasib baik Jimin jenis yang morning person. Hanya sekali panggil, mata lelaki itu sudah tercelik. Terus tangannya ditarik dari memeluk pinggang Yoobin. Kakinya juga ditarik sekali. Lelaki itu menukarnya posisinya ke duduk. Belakang badannya bersandar pada kepala katil.
Yoobin juga menukar posisinya kepada duduk. Dia duduk mengiring untuk menghadap Jimin. Bahunya menyentuk kepala katil. Matanya tidak lari dari melihat Jimin yang menggosok mata seperti anak kecil.
Tiba-tiba Jimin berpaling ke arah kanannya. Mata mereka bertembung tetapi tiada siapa yang membuka mulut. Hanya mata yang memberi makna disebalik sepi.
Yoobin nampak mata Jimin tidak memandangnya dengan pandangan dingin tetapi pandangan lembut. Mata kuyu lelaki itu jelas merenung matanya sebelum turun ke celah leher. Lebam berwarna ungu jelas kelihatan.
Tiba-tiba, tangan Jimin naik ke leher Yoobin lalu ibu jarinya menekan sedikit lebam itu. Yoobin berdesis perlahan kerana pedih. Serentak tangan Jimin ditarik pantas. Bagaikan ada renjatan elektrik apabila kulit mereka bersentuh.
"Jimin... "Panggil Yoobin dengan lembut.
"Erm. "Balas Jimin dengan menggumam.
"Tak boleh ke awak terima saya? "
Soalan Yoobin membuat Jimin tersentak. Tangan wanita itu terus memegang tangan Jimin. Digenggam sedikit kuat dengan penuh pengharapan.
"Kita mahukan antara satu sama lain. Susah sangat ke awak nak terima saya? Hanya sebab saya tak boleh shift tak bermakna saya tak berguna. "
Jimin diam.
"Kenapa awak diam? Cakaplah! Kenapa?! Apa sebab awak tolak saya sampai macam ni sekali? "
"Lee Yoobin. "Panggil Jimin dengan sekali nafas.
"Ye. "Balas Yoobin dengan pantas. Mata mereka tidak lari dari merenung antara satu sama lain.
"Anggap sahaja kejadian malam tadi dan perbualan ini tak pernah berlaku. "
Sejurus berkata sedemikian, Jimin bangkit lalu berjalan ke bilik air. Yoobin terkedu mendengar kata-kata dingin Jimin.
Otaknya menjadi kosong. Kata-kata dingin lelaki itu betul-betul melukakan hatinya. Dalam kepalanya telah menghasilkan banyak persoalan.
Apa salah dia?
Dia tersalah cakap ke?
Salah ke apa dia cakap?
Kenapa?
Keluar sahaja dari bilik air, Jimin berpaling melihat Yoobin. Wanita itu langsung tidak berganjak dari posisi tadi. Terdetik rasa bersalah di dalam hati lelaki itu.
"Kenapa? "Soal Yoobin perlahan tetapi diendahkan oleh Jimin.
"Release. "Bisik Jimin lalu rantai yang menggari pergelangan tangan Yoobin terbuka lalu hilang dari pandangan.
Selepas itu,dia terus keluar dari bilik setelah siap menukar bajunya. Dia tidak berkata sepatah perkataan kepada Yoobin.
Bunyi pintu bilik ditutup menandakan Jimin sudah keluar. Pandangannya menjadi kabur. Bukan kerana air matanya. Kepalanya juga sedikit sakit menyebabkan tangan kanannya terus memegang kepala. Jari jemari mengurut sedikit dahinya supaya sakit kepala itu berkurangan.
Namun, ianya tiada kesan. Mata ditutup seketika seraya badannya disandarkan penuh dikepala katil. Gigi diketap kuat kerana kesakitan dikepalanya masih tidak berkurangan. Malah semakin sakit!
Buka sahaja mata, pandangannya dijamah dengan seorang budak kecil yang sedang duduk memeluk lulut di hujung katil. Wajah budak itu tidak cedera seperti mana dia pernah nampak budak itu.
Ya, budak itu adalah dirinya.
Lee Yoobin ketika berumur 7 tahun.
Tetapi lebih membingungkan...
Dia seperti tiada memori ketika dirinya berumur 7 tahun. Ibu bapanya pernah memberitahu bahawa dia menghidap amnesia.
"Yoobin... Awak ingat tak saya? "Soal budak kecil itu dengan lembut tetapi suaranya seperti bergema di gegendang telinga Yoobin.
Perlahan-lahan Yoobin mengangguk. Dia nampak budak itu tersenyum lemah. Wajah budak itu menjadi lebih sayu.
"Tak... Awak tak ingat... Awak tak pernah ingat... "Budak itu membenamkan kepalanya dilutut.
Yoobin menjadi bingung. Apa maksud budak itu? Sudah tentu dia ingat! Mereka pernah berjumpa ketika hari upacara keahliannya.
Mungkin budak itu maksudkan benda lain? Dekat mana dia pernah berjumpa budak itu?
"Awak lupa saya. Awak lupa diri awak sendiri! Awak jahat! "Tengking budak itu dengan kuat. Mata budak itu menjadi dingin.
"Lupa diri saya? "Gumam Yoobin sendiri. Kedua-dua belah tangannya dibawa ke kepala. Kepala ditundukkan sedikit.
"Apa yang aku lupa? "Bisik Yoobin sendirian.
Apabila kepalanya diangkat semula, budak kecil itu sudah lesap. Namun begitu, telinganya mula menangkap suara lain.
Suara lelaki.
"Lee Yoobin... "
"Diam. "
"Yoobinie... "
"Aku cakap diam. "
"Yoobin..."
"Aku cakap diam, diamlah!!! "
"I can't shut my mouth, my dearest Yoobin. "
Yoobin tersentak mendengar bisikan tersebut. Nafas hangat mula menyapa telinganya. Perlahan-lahan kepalanya di pusingkan ke sebelah kanannya. Jantung berdegup kencang dan badannya agak menggeletar.
Nafasnya bagaikan terhenti apabila matanya bertentang dengan mata yang dia amat kenal.
"Miss me, Lee Yoobin? "
"J-Jeremy? "
To be continued...
ENJOY THE CHAPTER AND PLEASE BIT YOUR CURIOSITY OKAY. HAHAHAHA!
YOU ARE READING
BLOODY WOLVES ✔
Werewolf"A wolf that can't shift is a shame. " - Alpha Jimin "An Alpha called mate as weakness is the coward one. " - Luna Yoobin "You are not worth to be my Luna. " - Alpha Jimin "I regret to be your mate. " - Luna Yoobin An ego Alpha face a feisty Luna...