13

552 41 13
                                    

Shring!!!

"Erk! "

Pishhh!!!

Bunyi cawan yang terjatuh dan aduhan daripada dapur didengari oleh tiga orang penghuni di ruang tamu rumah itu.

"A-apa tu? "Soal gadis remaja berambut hitam dengan terkejut.

"Bora... Bora! "Lelaki itu terus ke dapur sambil memanggil Bora.

"Un—Erk!!! "Baru sahaja wanita berumur 22 tahun itu hendak bergerak ke dapur, hatinya menjadi sakit. Badannya jatuh ke lantai dengan hentakan yang kuat.

Si remaja mula panik tetapi dia juga mendapat kesakitan yang sama. Dada dipegang sebelum bersandar lemah ke kepala sofa. Peluh merenek keluar dari dahi mereka berdua.

"Bora! "Panggil Yoongi dengan panik apabila melihat pasangannya terbaring lemah di lantai bersama cawan pecah disebelah.

Dia nampak tapak tangan wanita itu sudah dicemari darah. Mungkin terkena serpihan kaca cawan yang tajam.

"Yoon-yoongi... "Panggil Bora dengan lemah.

Yoongi meletakkan lengannya di bawah leher dan pelipat paha Bora. Akan tetapi, sebelum dia boleh membawa wanita itu ke bilik, baju dibahagian dadanya dipegang erat.

"Ba-bawa saya ke Yoobin." Ujar Bora dengan tegas. Walaupun mukanya agak pucat tetapi dia tetap menyuarakan arahan itu dengan jelas.

"No. Awak tak boleh! "

"Lee Yoobin dalam kesakitan! "Balas Bora dengan keras.

Balasan keras Bora membuatkan Yoongi memandang mata wanita itu dengan dalam. Bora memandang mata Yoongi dengan pandangan rayuan. Lelaki itu tidak pasti kenapa Bora berada dalam kesakitan. Apa kaitan Lee Yoobin dalam kesakitan wanita yang berada di pangkuannya?

"Jebal, Min Yoongi... I'm begging you."

Min Yoongi terus mengangkat tubuh Bora dengan pantas. Walaupun pantas tetapi Bora boleh nampak Gahyeon dan Yoohyeon dalam keadaan lemah di ruang tamu. Mereka berdua terlalu lemah untuk bergerak.

Yoobin, kenapa dengan kau?

Yoongi menurunkan tubuh Bora apabila mereka sudah berada di bahu jalan. Wanita itu memandang kiri dan kanan lalu memandang muka Yoongi dengan panik.

"Kereta awak? "

"Hurm... Saya tak pakai kereta. "

"Ne?! Habis macam mana ni? "Soal Bora dengan panik. Rambutnya terus dicengkam kuat kerana panik.

"Tunggu sini. "

"Hah?! "Sebelum Bora mampu menghalang, lelaki itu sudah berlari ke belakang pack house.

"Laaa... Kenapa kau pergi sana?! Tolong la akuuuuu! "Rengek Bora dengan susah hati.

'Aku tengah susah hati, kau pergi belakang rumah tu dah kenapa?!'

Hati wanita itu mula membebel. Akibat keletihan dan kesakitan di dada, Bora terus mencangkung di bahu jalan. Bibirnya terkumat-kami mengaduh sakit dan nama Yoobin. Muka dibenamkan dilutut.

Tengah bibirnya sibuk terkumat-kamit, kepalanya terasa disenggol lembut. Tangan dikeluarkan lalu ditolak benda yang menyenggol kepalanya.

'Main senggol-senggol pulak! Tak nampak ke aku tengah sakit? ' bebel hati Bora lagi.

Sekali lagi kepalanya disenggol.

"Hey! Apa main senggol-seng—erk? "

Terkejut Bora dibuatnya apabila melihat seekor serigala jadian berwarna coklat terang berada di hadapannya.

BLOODY WOLVES ✔Where stories live. Discover now