Pintu bilik ditutup dengan kasar. Yoobin tidak mengendahkan jika dia seakan-akan bersikap biadap dengan Jimin. Sakit jiwa kalau lama-lama dalam tu.
Tangan dibawa ke pipi lalu dikesat dengan kasar. Dia tak mahu masuk ke bilik Jimin semula tapi dia mahu tidur di bilik mana?
Derapan tapak kaki kedengaran daripada belakang. Secara refleks, dia berpusing ke belakang. Dia nampak seorang lelaki bermuka dingin dan berambut biru di hadapannya.
"Ermm... "Yoobin cuba mengingat nama lelaki di hadapannya. Mungkin lelaki ini ada beritahu namanya.
"Yoongi. "
"Oh... Yoongi... Ermm... "
"Nak apa? "Soal Yoongi terus. Yoobin menggigit bibirnya sedikit.
"Ada bilik tetamu tak? "Soal Yoobin kepada Yoongi. Pipi di garu dengan jari telunjuknya untuk mengurangkan rasa janggal.
Yoongi senyap seketika. Yoobin berasa tidak selesa.
"Tak ada. "Jawab Yoongi selepas sekian lama.
"Huh? "
"Ikut aku. "Arah Yoongi lalu berjalan ke arah bertentangan.
Yoobin akur. Dia tahu Yoongi nak bawa dia ke mana. Dia ingat jalan ke bilik Jimin. Hatinya tak rela! Muka masam ditunjukkan.
Setibanya mereka di depan pintu bilik Jimin, pintu itu dibuka oleh Yoongi. Tangan kanan dihala ke dalam bilik Jimin. Dengan keluhan, Yoobin masuk.
"Jimin tak tidur dalam bilik ni. Kalau itu yang kau risaukan. "
Kepala Yoobin ternaik. Matanya memandang mata Yoongi dengan tatapan penjelasan. Tetapi Yoongi buat tak tahu.
"Malam ni ada party. Wear decent clothes not dress. "Sejurus sahaja ayat itu terpancul dari bibir Yoongi, pintu ditutup.
Keluhan sekali lagi terkeluar. Dengan lemah, dia berjalan ke arah katil. Tubuhnya di baringkan di atas katil. Bantal panjang berwarna putih di ambil lalu dipeluk. Bau lelaki milik Jimin mula memasuki rongga hidung.
"Tak tidur sini konon. Aku tak bodoh, Min Yoongi. "Gumam Yoobin dengan senyuman sinis. Matanya semakin berat lalu ditutup dengan rapat.
A nap doesn't hurt, right?
*****
Derapan kaki kedengaran di satu rumah yang usang. Labah-labah berada di mana-mana. Bunyi kelawar menjadi peneman pemilik derapan tapak itu. Walaupun hari siang namun begitu keadaan di atas bukit terlampau sunyi dan kelam. Rimbunan pokok menghijau menghalang sinaran matahari.
Pemilik derapan tapak tersebut meletakkan beberapa bekas kecil di atas meja yang usang. Ketawa kecil mula kedengaran. Buku tebal di buka dengan kasar. Manakala sebelah tangannya mengambil sekeping gambar di dalam poket bajunya.
Gambar itu diusap dengan lembut dan di tatap dengan penuh rasa cinta.
"Jiminie~"
****
Mata dibuka dengan perlahan-lahan. Pandangannya yang gelap perlahan-lahan bertukar menjadi terang. Di hadapan matanya ada sekujur tubuh yang dia tak boleh percaya. Serta merta tubuhnya diangkat.
Pening mula menyerang kepalanya menyebabkan matanya ditutup seketika. Tangan mengurut kepalanya sedikit. Selepas seketika, peningnya reda. Mata dibuka semula.
Dia nampak Jimin yang sedang menyarungkan jaket berwarna biru di tubuhnya. Selepas itu, tangan kanan Jimin mengusap sedikit rambut yang berwarna perang putih itu.
YOU ARE READING
BLOODY WOLVES ✔
Werewolf"A wolf that can't shift is a shame. " - Alpha Jimin "An Alpha called mate as weakness is the coward one. " - Luna Yoobin "You are not worth to be my Luna. " - Alpha Jimin "I regret to be your mate. " - Luna Yoobin An ego Alpha face a feisty Luna...