Masuk sahaja dalam bilik, Minji terus bergerak ke almari baju. Pintu almari dibuka lalu gaun labuh berwarna biru laut dan tuala diambil. Selepas itu, dia menghala ke arah Yoobin. Tuala dan gaun itu dihulur kepada Yoobin.
Yoobin pandang Minji dengan pandangan aneh.
"Wash yourself and wear it. I suppose you've so many questions. "Ujar Minji dengan senyuman lebar. Tangannya masih dihulur.
Yoobin menggigit bibirnya seraya mengambil tuala dan gaun itu dengan lambat. Sebelum dia hendak mengucapkan terima kasih, tubuhnya ditolak ke dalam sebuah bilik.
Pintu ditutup dengan pantas. Jantungnya berdegup kencang. Matanya melirik ke sekeliling.
Bilik air.
Dia berada di dalam sebuah bilik air yang besar. Dinding yang dipenuhi batu marmar berwarna putih. Lampu malap berwarna kuning cair menambahkan suasana romantik. Jakuzi yang boleh memuatkan 2 orang berada di sebelah paip shower.
Dia meletakkan baju dan tuala di sinki. Kepalanya diangkat lalu melihat pantulan wajahnya pada cermin.
Mukanya tiada lagi luka dan kotoran kerana haelmonie telah bersihkan namun dia tidak boleh buat-buat tak nampak dengan kotoran di bajunya.
Baju yang dipakai adalah baju ketika dia selamatkan pack. Lama. Lama sangat. Bau badan dia pun mungkin sudah seperti mayat hidup yang sudah reput.
Satu persatu baju dibuka kemudian dia bergerak ke arah jakuzi yang sudah dipenuhi air mandian. Tanpa ragu-ragu, dia memasuki jakuzi itu. Air separa sejuk itu memberikan keselesaan dan kedamaian kepadanya.
Dia mengambil masa selama 40 minit untuk membersikan tubuhnya. Gaun labuh berwarna biru laut dipakai. Pantulan tubuhnya menarik perhatiannya.
Wajahnya yang bersih dan gaun labuh yang berada di tubuhnya. Dia jarang memakai pakaian seperti ini. Tetapi dia agak menyukai gaun tersebut.
Keluar sahaja dari bilik air, dia nampak Minji, Handong serta Siyeon berada di dalam bilik itu — di sofa.
"Wow, she's truly gorgeous! "Puji Handong dengan nada kecil. Siyeon mengangguk tanda setuju.
"Herm... Thanks. Tapi... Ni bilik siapa? "
Yoobin melihat sekeliling. Katik bersaiz king yang dihiasi cadar berwarna biru gelap menjadi pemandangannya. Dinding berwarna putih yang dihiasi ukiran serigala dan bulan penuh menarik perhatiannya. Ada 3 buah sofa dan meja kecil berada di hujung bilik. Bahkan ada sebuah almari besar yang boleh memuatkan 2 orang. Lampu chandelier menerangi bilik itu. Suasana bilik ini kelihatan suram tetapi selesa.
"Bilik ni? Ni bilik Jimin. "Selamba sahaja Minji berbalas sebegitu.
"Hah?!" Yoobin tidak boleh menyembunyikan reaksinya. Tuala yang berada di atas kepalanya, diambil kemudian ditenung.
Ni tuala siapa pulak?!
"Jangan risau. Tu tuala extra. Saya tak gila nak bagi tuala Jimin. Walaupun saya nak buat jugak. "Ujar Minji dengan usikan serta kenyitan nakal.
Handong dan Siyeon menahan ketawa manakala muka Yoobin dah macam tomato yang sudah ranum. Tinggal dimakan sahaja.
"Duduklah,Yoobin. Buat masa ni kitorang cuma gigit pasangan kami je. "Sekali lagi Minji mengusik Yoobin. Dia menepuk sofa kosong disebelahnya.
Yoobin akur dengan kata-kata Minji. Dia berada di rumah orang. Kenalah hormat. Takkan nak buat ikut kepala sendiri.
"Unnie, sudah-sudahlah usik dia. "Ujar Siyeon dengan gelengan kecil. Kesian dia tengok Yoobin yang malu-malu.
YOU ARE READING
BLOODY WOLVES ✔
Werewolf"A wolf that can't shift is a shame. " - Alpha Jimin "An Alpha called mate as weakness is the coward one. " - Luna Yoobin "You are not worth to be my Luna. " - Alpha Jimin "I regret to be your mate. " - Luna Yoobin An ego Alpha face a feisty Luna...