19

557 36 6
                                    

Jimin meletakkan Dami yang menggeletar teruk di atas katil dengan lembut bagaikan Dami ialah sesuatu yang lemah dan mudah rapuh.

Bora memegang kepala Dami dengan kuat lalu bibirnya terkumat-kamit membaca mantera. Seketika kemudian, Dami pengsan tetapi badannya masih menggeletar.

"Kenapa dengan Dami? "Soal Jimin dengan risau. Matanya tidak terlepas dari muka matenya.

"Ada sesuatu trigger memori Yoobin. Macam ada orang paksa Yoobin sedar. Hanya saya dan Yoohyeon sahaja yang boleh buat benda tu. "Jawab Bora dengan cemas.

Tangannya turun ke genggaman Dami yang kuat sehingga ada darah menitis. Kepalanya mencari idea kerana dia berasa aneh apabila memori Yoobin menyerang Dami.

"Melainkan Jeremy ada kat tempat tadi. "Sambung Bora tiba-tiba. Reaksi terkejut terhias di muka Jimin dan Bora.

Semakin panik Bora apabila perkara ini seratus peratus berpunca oleh Jeremy. Siapa lagi yang boleh trigger memori Yoobin selain dia dan Yoohyeon? Jeremy! Lelaki itu mempunyai ilmu sihir yang lebih tinggi daripada mereka berdua.

"Arghhh!!! "Jerit Dami secara tiba-tiba menyebabkan Bora, Jimin dan Yoohyeon tersentak.

Lebih mengejutkan, mereka nampak bebola mata Dami roll up ke belakang mata. Hanya meninggalkan bahagian putih.

"Dami? Dami! "Panggil Jimin dengan panik. Pipi wanita itu ditepuk lembut sebelum memandang Bora dengan jelingan yang tajam.

"Kenapa dengan mate?! "Soal Jimin dengan nada mendesak dan dalam.

Bora hanya menggigit bibir sahaja.

*****

Statescop disilangkan pada lehernya selepas membuat check up pada Dami. Siyeon bangun dari birai katil lalu bergerak ke arah Jimin dan Bora yang berada di ruangan kanan bilik itu.

Punggung dilabuhkan di atas sofa empuk disebelah Bora. Senyuman cuba diberikan kepada Jimin tetapi hanya senyuman nipis sahaja yang mampu.

"So... "Ujar Jimin dengan mendatar. Dia memandang Siyeon dengan pandangan tajam.

Siyeon mengeluh ringan.

"Luna berada dalam situasi koma. Cuma darah tinggi Luna agak tinggi mungkin kerana tekanan yang dialami. Yang lain okey." Balas Siyeon satu-persatu agar tiada apa yang terlepas dari pendengaran Jimin walhal deria pendengaran Jimin lebih tinggi berbanding serigala jadian yng lain.

"Mungkin pada sains tapi di dunia kita, mungkin tak. "Mata lelaki itu mengerling Bora yang berada di sebelah Siyeon. Wanita itu bagaikan di dalam dunianya sendiri. Ada kemungkinan wanita itu tidak dengar apa yang Siyeon katakan.

"Kim Bora! "Jerkah Jimin dengan kasar.

"Y-ye, Alpha! "Balas Bora dengan tersentak. Bahunya agak ternaik kerana terkejut.

"Any explanation? "Soal Jimin dengan curiga.

"Mungkin pada sains, Dami dalam keadaan koma tapi dia di dalam memori lamanya. Yoobin dan Dami sudah berjumpa di dalam memori itu. "Ujar Bora dengan serius. Siyeon mengangguk dengan penuh minat.

"Banyak benda sains tak boleh buktikan dalam dunia ini. "Sokong Siyeon bersama anggukan Jimin.

"Apa yang kita perlu buat adalah kita kena bangunkan Yoobin bukan Dami. Yoobin adalah tuan badan bukan Dami. Kata-kata semangat amat penting ketika ini terutamanya daripada seorang mate. "Mata Bora memandang mata coklat milik Jimin.

"Yoobin boleh dengar kata-kata kita tetapi dia block kerana takut. Dia perlukan kata-kata yang mampu buat dia bangun. Kata-kata yang dia perlukan ketika ini adalah matenya sendiri. "

BLOODY WOLVES ✔Where stories live. Discover now