THE JOURNEY

2.5K 251 17
                                    

Lepas graduate dalam bidang Mass Communication saya terus cari kerja. Hampir setiap hari ada saja interview dan answer yang paling selalu saya dengar adalah ‘nanti kami call kalau ko terpilih’ tapi sampai sekarang tiada pun panggilan bekerja yang saya dapat. Saya bukan la memilih kerja tapi kalau boleh biar la first job saya itu bidang yang saya belajar supaya saya boleh apply semua kemahiran saya.

“Kerja jak bah apa2 untuk sementara Obell. Saya next week start sudah kerja sana Sugarbun. Kerja saja la sementara asal ada duit poket sikit2 ok sudah itu” bilang Gemima. Gemima ini first cousin saya, anak kepada adik bapa saya. Auntie saya ini sudah bercerai jadi dia tinggalkan Gemima pada bapa saya untuk di jaga, sementara adik beradik dia yang lain ikut bapa dia.

Auntie saya sudah berkhawin baru dan tinggal di bandar lain bersama suami baru dia, jadi bapa saya telah pelihara Gemima sejak dari kecil sebab auntie saya nda peduli pun pasal Gemima. Bapa saya pelihara dan jaga Gemima macam anak sendiri. Buktinya, apa yang kami adik beradik dapat Gemima pun akan dapat sama. Kami membesar bersama dan sekolah bersama. Kami memang sangat rapat. Kiranya Gemima ini macam partner in crime saya la. Di sekolah kami selalu kena panggil twins sebab Gemima selalu meniru cara saya berpakaian atau bercakap.

Ketika kami masih kecil2 dulu, Gemima selalu bercerita tentang angan2 dia untuk mencari boyfriend yang kaya, handsome dan menyayangi dia. Dia tidak mahu hidup susah seperti sekarang. Dia mahu memiliki semua barang yang dia mahu. Dia tidak mahu menjadi seperti mama dia.

“Ya la bah Ontit..nanti saya pigi cuba apply sana Guardian. Macam saya ada nampak hari itu bertampal cari sales assistant” saya berkata perlahan.
“That’s the spirit! Tapi bukan saya sudah cakap jangan lagi guna nama dirumah ka? Bikin ‘kuyak’ bah itu kalau hensem boy yang dengar! Panggil nama glamour bah..Gem! Ingat ah Gem!” jawab Ontit sambil muncungkan bibir dia. Saya ketawa geli hati melihat gaya dia. Mau juga bah ada nama glamour!

Besoknya, saya walk in interview sana Watson tetapi vacancy diorang sudah pun kena isi. Jadi kekal la saya sebagai job hunter. Saya nda memilih sudah, asal ada saya nampak JAWATAN KOSONG saya terus saja apply. Tapi tiada satu pun yang terima saya sebab kalau lower post mereka cakap over qualify kalau post yang setimpal dengan kelulusan saya mereka cakap tiada experience. Betul2 bikin tekanan masa nencari kerja ini.

Tidak tau dimana silapnya langsung tiada yang mau employ saya. Jeles juga saya tengok si Ontit kadang2, sebab walaupun kerja Sugarbun ja tapi macam makin bergaya sudah dia saya nampak. Dressing dia pun yang smart2 semua ini. Macam kerja office sudah penampilan dia. Kasut pun pandai sudah pakai kasut dari Vincci. Pandai sudah mekup2. Saya lagi yang masih terumbang ambing jobless. Sampai la pada bulan ketiga saya tanam anggur saya dapat panggilan interview disebuah local newspaper. Excited sudah saya sedia sebab memang bidang yang saya belajar kan. Sengaja saya nda bagi tau Ontit sebab mau bagi surprise kunun.

Mungkin sudah rezeki saya sana, saya dapat juga itu kerja walaupun masa interview ramai candidates hebat2 yang line up. Saya bersyukur betul sebab sekurang2nya dapat bayar pinjaman pendidikan dan juga dapat meringankan parents saya. First day saya masuk kerja saya nampak si ontit di sana . Dia pun sedang masuk dalam bangunan yang sama dengan berpakaian office attire. Terkejut besar dia nampak saya.
“Apa ko buat sini Bell??” cepat2 dia tarik tangan saya pigi sana corner.
“Surprise! Saya kerja sini. Hari ini first day saya tapi apa ko buat sini??? Bukan ko pergi kerja ka??” saya tanya dia bertubi-tubi kehairanan. Memang la bah hairan kan kalau dia tiba-tiba muncul ditempat kerja saya masa first day saya pada waktu berkerja dia.
“Ahhh??Kee…kerja sini??Macam mana ko dapat?? Saya pun kerja sini Bell. Saya pun baru juga masuk kerja sini. Sorr.… saya lupa kasih tau uncle dan ko” jawab Ontit pucat.

“Ya ka?? Bila lagi??Kenapa ko nda kasih tau saya yang ada kosong sini Tit?” saya tanya lagi separuh berbisik
“Baru juga. Duiii! Mana la bah saya tau ada kosong. Saya pun orang baru. Boss sana Sugarbun yang bagitahu ada kekosongan disini ” dia menjawab lagi separuh berbisik. Mustahil la bah dia langsung nda tahu ada kekosongan sedangkan begitu ramai yang keluar masuk interview setiap hari?? Lain betul saya rasa Bukan apa, kami kan tinggal serumah, sebilik lagi tapi dia langsung tidak bagitau saya kerja dia yang sebenar. Patut la dia makin bergaya kebelakangan ini. Pakaian pun lawa2 semua. Kerja bagus pula dia sudah. Walaupun saya cukup terasa dengan si Ontit tapi saya cuba juga  untuk positifkan diri. Mungkin dia sibuk dengan kerja baru sampai lupa info saya. Musthali la dia sengaja nda bagi tahu saya sebab nda mahu saya kerja di tempat yang sama dengan dia.

KODUDUO(ON GOING)Where stories live. Discover now