WHO ARE YOU?

878 127 18
                                    

Tidak berapa lama kemudian Jack sampai dan segera turun dari kereta dia. Pintu kereta saya dia buka perlahan lalu dia angkat saya menuju ke kereta dia walaupun banyak kali saya beritahu yang saya masih boleh berjalan.

“Hun, kita pergi jumpa doktor Cina ah. Since badan ko selalu nampak lemah, bagus kita minta ginseng untuk kasi kuat badan ko dan kasi lancar darah. Mungkin ko kurang darah ini, sebab itu ko pandai pening-pening.”

Jack berkata risau sambil tangan dia sibuk mengawal stering. Saya hanya mengangguk mengiyakan cadangan dia. Mungkin ada benarnya kata-kata dia. Dari dulu saya memang pernah ada masalah kurang darah.

Ketika sampai di klinik Cina yang Jay maksudkan, kami terus masuk saja sebab tiada pesakit lain ketika itu. Doktor Cina yang sudah agak berusia menekan nadi pergelangan tangan saya agak lama lalu dia berkata.

“Amoi, you punya badan sangat lemah. Nanti saya kasi you ubat untuk kasi kuat badan tapi you mau minum itu buang toksik dan agnin punya dulu. Sudah habis baru minum yang lain.”
Saya angguk-angguk mengiyakan kata-kata doktor tadi sementara Jack pula sibuk cari-cari supplement food sama ginseng dan bird nest untuk saya.

“Nah hun! Mesti makan semua ini ah. Biar badan ko kuat dan sentiasa sihat!”
Jack meletakkan satu plastik besar berisi supplement food dan vitamin di riba saya. Gila! Macam mana mau habiskan semua ini??

“Ko mau kasi mati saya ka ini hun? Begini la banyak, macam mana mau kasi habis makan?”
Saya menjawab dengan nada berseloroh tetapi dengan tidak semena-mena raut muka Jack berubah menjadi keruh. Opps! Sorry hun….

“Orang risau, buli pula ko buat main.”
Jack menjawab dengan nada yang kurang senang. Cepat-cepat saya meminta maaf sebelum rajuk dia menjadi parah.

Selepas saja menurunkan saya, Jack kembali ke office. Nasib baik la juga jarak rumah kami dengan tempat kerja dia tidak seberapa jauh. Bila terpandang saja kereta, serta merta ingatan saya melayang kepada bungkusan plastik berisi barang-barang Jay. Jadi sebelum masuk ke dalam rumah saya singgah ambil plastik tersebut.

Hati saya bagai digaru-garu ingin tahu apa saja yang berkaitan dengan Jay. Sebenarnya, hampir setiap malam saya masih bermimpikan tentang Jay. Kadang-kadang, ada masa-masa tertentu saya masih melihat Jay serata rumah Jack.

Tetapi saya tidak pernah beritahu sesiapa terutama sekali Jack dan mama dia kerana tidak ingin membuatkan mereka risau. Mungkin sebab itulah ingatan saya terhadap Jay kian segar setiap hari sehingga belum mampu move on.

Jauh didasar hati, saya masih berharap agar kematian Jay hanyalah satu mimpi ngeri. Janji-janji Jay bahawa dia akan cari saya masih terngiang-ngiang ditelinga.

Bukan saya tidak bersyukur dengan kehidupan yang saya ada sekarang. Saya sangat bersyukur. Saya tau masa depan saya cerah bersama Jack tetapi saya sendiri tidak faham kenapa saya tidak boleh memadam wajah Jay dari kotak fikiran saya.

Mungkin juga sebab Jay adalah first love saya!

Walaupun fizikal Jack tidak jauh berbeza dengan Jay tetapi mereka tetap dua orang yang berbeza. Perwatakan mereka sangat jauh berbeza. Dengan Jay saya sentiasa dapat membaca apa yang ada dalam fikiran dia tetapi dengan Jack saya kadang-kadang tidak tahu apa yang sedang dia fikirkan.

Mungkin sebab kami tidak kenal lama.

Sampai saja ditingkat atas saya simpan barang-barang tadi lalu menuju ke bilik baby tetapi dia sedang tidur. Tidurlah sayangku! Membesar la dengan cepat. Saya mencium pipi baby tetapi dia tidak bangun pun. Cuma menggeliat kecil. Entah kali yang keberapa saya jatuh cinta dengan kecomelan dia.

Bilik baby saya tinggalkan lalu menuju ke bilik saya. Plastik berisi barangan Jay saya letakkan ditengah-tengah katil. Benda pertama yang saya cek adalah kamera dia yang mempunyai ratusan gambar.

Bagi memudahkan saya tengok, semua gambar itu saya transfer ke laptop. Satu persatu saya tengok dengan teliti. Hairan! Banyak betul gambar dia dengan lelaki yang hampir sebaya dengan dia. Beza cuma lelaki itu lebih tinggi.

Berbanding Jack dan lelaki dalam gambar itu, lelaki tersebut lagi mirip dengan Jay. Mengikut penerangan Mr Martin, lelaki itu mesti sepupu Jay. Persoalannya, mana dia sekarang?? Nanti Jack balik saya akan tanya lagi.

Selepas siap meneliti semua gambar-gambar dalam kamera tersebut, saya beralih pula kepada log perjalanan Jay. Mata saya fokus kepada date dimana kami bertolak ke daerah P hari itu. Hairan Jay tandakan UNCONFRIM!

UNCONFIRM?? Maksudnya apa??

Saya cek pula buku-buku nota peribadi Jay, banyak contengan nama saya disana. Hampir setiap helaian dia ada conteng nama saya. My God!! Memang betul la dia pun ada crush dengan saya!

Tetapi kenapa dia tidak pernah sekali pun cuba untuk menegur ketika kami berada di office?? Hanya kadang-kadang saya sempat menangkap dia merenung ke arah saya tapi tidak sangka pula renungan dia membawa maksud yang tersirat.

Oh..Jay! Kalau saja ko cakap lebih awal!

Air mata saya mengalir tanpa dapat dibendung lagi. Hati saya menjadi sayu secara tiba-tiba. Saya tidak sanggup lagi menatap semua barang-barang Jay tersebut. Plastik itu saya simpan dibawah katil lalu berbaring menangisi kenangan bersama Jay.

Tanpa sedar saya terlelap. Lewat petang sudah baru saya terbangun tetapi kepala saya bertambah sakit dan pening. Ida yang melihat saya terhuyung hayang diambang pintu bilik segera berlari mendapatkan ubat.

Saya tertidur lagi dalam kesakitan.

Bila saya terjaga lagi kepala saya sudah agak ringan cuma masih pening dan Jack baru balik dari kerja.
“Hun, kenapa ini???”
“Entah la pening betul kepala saya.”
“Apa yang ko makan tadi?”
“Ida yang tolong ambil ubat.”

Saya menjawab lemah sambil memicit-micit kepala.

“Idaaaaaa!!”
Jack menjerit lantang memanggil nama Ida dengan kasar. Kecut terus perut saya melihat perwatakan Jack sekarang. Kenapa pula dia mau marah Ida?? Tidak lama kemudian Ida yang berlari-lari anak sampai di bilik.

“Ubat apa ko bagi Mrs makan??!!”
“Panadol tuan, abis Mrs cakap sakit kepala.”
“Dari mana ko dapat itu ubat??!!”
“Atas icebox tuan.”
“BODOH!!!!! Ubat atas fridge itu semua ubat mama! Lain kali jangan pandai-pandai kasi Mrs ubat tanpa arahan saya!! Tidak tau ubat apa yang sudah ko kasi dia ini! BETUL-BETUL BODOH!!!”
“Tapi ubat itu memang PANADOL tuan. Ada tulisan dalam kotak ubat.”
“Menjawab lagi!!! Kalau ada apa-apa jadi sama Mrs, ko saya hantar masuk penjara. FAHAM!!!”

Tidak henti-henti Jack memarahi Ida yang kelihatan hampir menangis sudah. Saya suruh berhenti barulah Jack berhenti marah. Dalam hati saya berfikir, agak menakutkan bila Jack marah. Sifat penyayang dan lemah lembut dia hilang dalam sekelip mata.

Sesudah memarahi Ida, Jack segera mencapai minyak angin yang berada dimeja solek lalu mengurut-urut kepala saya sehingga terasa sangat lega.
“Hun, lain kali jangan sembarang makan ubat ah. Diorang itu bukan tau pasal ubat-ubat ini. Nanti rosak badan. Kalau saya yang kasi barulah ko ambil.”

Jack menasihati saya dengan suara yang sangat mengambil berat. Melihat reaksi Jack, saya tiba-tiba saja didatangi rasa bersalah. Dia melayan saya begitu baik sedangkan saya masih tidak mampu melupakan Jay biar macam mana sekali pun saya cuba.

“Ubat tadi memang Panadol bah hun. Saya kenal juga.”
“Ubat mama itu banyak jenis dan bermacam-macam bentuk. Ada yang memang hampir sama dengan Panadol tapi bukan Panadol.”

Saya diam saja tidak menjawab lagi sebab memang saya pasti ubat yang Ida beri adalah Panadol.

“Hun, tadi Mr Martin telefon lagi pasal itu card. Kalau ko nda keberatan biarlah saya yang urus sama cousin kamurang itu.”

Sengaja saya tukar topik perbualan sebab tidak mahu membuat Jack marah lagi. Mendengar kata-kata saya, tangan Jack yang tadinya sibuk mengurut-urut kepala saya berhenti secara tiba-tiba.

“Dia itu nda buli sabar ka ah??!!! Dia ingat kita ini orang suruhan dia?!! Sesuka hati saja telefon suruh ko buat itu ini??! Cousin kami itu sangat busy! Bukan senang mau jumpa dia. Kalau dia call lagi kasi tau bila free baru saya buat. Kalau dia nda buli tunggu kita ganti saja pakai duit!!”

Jack menjawab kasar sambil terus berdiri menukar pakaian dia. Saya diam tidak berani berkata apa-apa lagi melihat dia yang tiba-tiba saja naik angin. Bila dia marah-marah begini, dia berubah menjadi orang lain dan bukan lagi Jack yang saya kenal!






KODUDUO(ON GOING)Where stories live. Discover now