Malam itu telah sah saya menjadi tunangan Will dan atas permintaan ahli keluarga Will kami akan dikhawinkan dalam masa seminggu lagi dengan alasan Will sudah cukup bersedia dari segi kewangan. Bapa dan mama menentang keras kerana jasad Gemima belum ditemui. Sekurang-kurangnya biarlah masalah selesai dulu barulah hati senang untuk mengadakan kenduri kendara. Will dan ahli keluarganya terpaksa akur dengan keputusan bapa dan mama. Beberapa hari selepas majlis pertunangan saya dan Will, saya mendapat panggilan telefon daripada ibu Ashley. Dia menangis-nangis dalam telefon sambil merayu agar saya dapat datang melawat kerana Ashley selalu mengigau memanggil nama saya. Tanpa berfikir banyak kali saya bersetuju untuk datang melawat. Nasib baik Ashley tinggal di daerah yang tidak jauh dari daerah saya.
“Terima kasih sebab sudi datang. Auntie tidak tau apa yang terjadi masa kamu semua tersesat dalam hutan but she came back as a different person.” tutur Auntie Gloria, ibu kepada Ashley.
“Different how?”
“Well, ever since she regain conciousness all that she do was screaming at night, cried at day time and there was something else too,” Auntie Gloria berhenti bercakap dan merenung tepat ke arah saya.
“Ada apa lagi yang lain auntie?” tanya saya dengan penuh rasa sedih dan simpati. Siapa sangka gadis yang sangat bijak dan baik hati seperti Ashley ditimpa hal sebegini. Sebenarnya, terlalu banyak hal yang berubah sejak kami tersesat didalam hutan itu. Terlalu banyak hal yang berlaku. Terlalu banyak kejadian yang meninggalkan kesan dalam kehidupan kami.
“Nanti ko tengok la sendiri,”jawab Auntie Gloria sambil menarik tangan saya lembut menuju ke bilik Ashley di tingkat atas.Sebelum sempat sampai menaiki tangga, telefon saya berdering tanpa henti. Bila saya tengok skrin nama Will terpapar.
“Hello..Will! Ada apa ko call?”
“Ko dimana??!” tanya Will sedikit kasar. Saya sedikit tersentap mendengar tone suara Will yang jelas sedang marah.
“Saya dirumah Ashley. Kenapa itu ah?” dengan suara yang masih tenang dan terkawal saya menjawab soalan Will.
“Ko tanya saya kenapa?? Bell, ko lupa ka yang saya ini tunang ko? Bakal suami ko? Bukankah ko sepatutnya beritahu saya dulu bila ko pergi kemana-mana?” jawab Will separuh membentak dihujung talian.
“Excuse me!! Ko belum jadi husband saya pun! Kita belum khawin okey! Kita belum ada apa-apa ikatan pun ko mau control saya sudah??Ehh..Ehh! Lain juga ko ini. Kalau begitu bagus kita jangan khawin!” saya membentak dengan suara yang lebih kuat. Panas terus hati saya bila mendengar kata-kata Will tadi.“Bell! Bell! That’s not what I mean okey. I am sorry. Saya tidak berniat untuk control ko tapi saya sangat risau bah Bell. Ko kena ingat, ko sekarang berbadan dua,”
“Saya maafkan Will tapi saya rasa bagus kita fikir balik rancangan kita untuk berkhawin ni. Perangai ko sangat pelik dan saya tidak suka!”
“Malu la kedua-dua keluarga kita kalau kita buat begitu. Maafkan saya Bell. Saya cuma sangat terkejut bila ko jalan jauh secara mengejut. Ko patut berehat dirumah saja dulu. Kita semua masih trauma dengan kejadian itu,”Will menjawab perlahan dan dengan nada yang lebih lembut. Kata-kata dia mungkin betul tetapi saya terasa sangat pelik. Saya tidak dapat point out apa yang peliknya tapi saya rasa tidak sedap hati.“Are you okey??” Aunite Gloria menepuk lembut bahu saya dari belakang. Mungkin sudah agak lama dia menunggu saya habis bercakap ditelefon. Saya hanya mampu mengangguk lemah. Perasaan saya berserabut mengingatkan perbualan saya dengan Will tadi. Fikiran saya melayang dimalam kami berdua ditunangkan dan Will berjanji yang perkhawinan kami ini hanya sementara saja. Saya tidak pasti sama ada keputusan saya untuk berkhawin dengan Will ini tepat atau tidak. Kerisauan akan mencemarkan nama baik keluarga menyebabkan saya hilang pertimbangan. Saya tidak pernah membayangkan akan berkhawin dengan seseorang yang tidak saya kenali sebelum ini. Mungkin saya perlu gugurkan saja kandungan ini.
“Bell, are you sure you okey?” sekali lagi saya dikejutkan oleh suara Auntie Gloria. Saya mengangguk perlahan sambil mengekori Auntie Gloria memasuki bilik Ashley.
“Ash honey. Your friend is here to see you,” Auntie Gloria menguak perlahan pintu bilik Ashley. Sebaik saja pintu bilik terbuka, Ashley berlari laju menerpa ke arah saya.
“Bell!! Where have you been!! Lama betul saya tunggu ko datang! Kita mau kena cepat Bell, kita kena lari dari sini. Kita kena cari Gemima!!” teriak Ashley sambil menggoncang-goncang bahu saya.
“Hunnnn! Calm down! You’re home now! You are safe!” Auntie Gloria memeluk anak perempuan dia itu sambil berulang kali menyuruh dia bertenang. Beberapa minit kemudian, Ashley mula nampak tenang dan sedar. Sekali lagi dia menerpa ke arah saya dan memeluk saya erat sambil menangis. Auntie Gloria keluar dari bilik meninggalkan kami berdua.“Bell, saya setiap malam bermimpi ngeri. Saya bermimpi Gemima berteriak-teriak memanggil nama ko. Memanggil kita berdua meminta pertolongan. Saya mimpi dia telah ditangkap oleh sekumpulan makhluk yang sangat menyeramkan dan diketuai oleh seorang lelaki yang memakai topeng muka hitam and they are coming for you. They are coming for us Bell!” teriak Ashley tiba-tiba meninggi suara dia.
‘Krrreeeekkkkkkkk’
Pintu bilik mandi bilik Ashley yang tadinya tertutup rapat tiba-tiba berkeriut perlahan, seolah-olah dibuka oleh seseorang dari dalam. Pintu bilik mandi itu sekarang ternganga lebar, namun tidak saya endahkan. Saya focus kepada Ashley yang tiba-tiba saja menggigil badan dia.
“Tenang Ash! Tenang! Kita sudah selamat sekarang,” saya cuba untuk memeluk badan Ashley untuk mententramkan dia tetapi saya yang tadinya duduk di atas katil terdorong jatuh ke atas lantai.
“TENANG?? HA! HA! HA! HA! KAMU TIDAK AKAN TENANG LAGI SELAGI KAMI TIDAK MENDAPATKAN KEMBALI HAK KAMI!!” suara Ashley tiba-tiba saja bertukar garau dan kasar. Rambut dia yang panjang menggerbang dan dia terapung hampir mencecah siling bilik dia. Perlahan-lahan dia mengapung lebih rendah menghampiri saya dan mula memegang perut saya.“ARRRGGHHHHHHHH!!! Auntie!!! Tolong sayaaaaaaa!!!” saya berteriak keras penuh ketakutan melihatkan muka Ashley yang dalam sekelip mata bertukar menjadi sangat menyeramkan.
“What’s worng??!!” Auntie Gloria berserta suami dia dan adik beradik Ashley yang lain muncul di ambang pintu bila mendengar teriakan saya yang begitu nyaring. Melihat keadaan Ashley, bapa dia segera berlari turun lagi dan kemudian kembali dengan sebotol air di tangan dia. Sepantas kilat dia merenjiskan air tersebut ke muka Ashley dan beberapa minit kemudian tubuh Ashley mulai longlai. Auntie Gloria dan suami dia segera membaringkan Ashley ke atas katil.
“I am sorry you have to see that Bell. Begitulah keadaan dia sejak tersedar. Kami sudah panggil Father untuk sembayang sini rumah tapi masih juga dia begini.” terang Auntie Gloria.
“Auntie, saya rasa Ashley sangat trauma dengan kejadian yang menimpa kami. Bukan hanya dia tetapi saya sendiri pun begitu sebenarnya,” saya menjawab perlahan.
“Apa sebenarnya yang berlaku di dalam hutan itu? Ceritakan kepada kami!” Bapa Ashley, Uncle Marvin bersuara tegas. Saya menghela nafas berat dan mula menceritakan satu persatu kejadian yang telah kami lalui.“She need a professional helps!” tegas Uncle Marvin setelah selesai mendengarkan cerita saya. Mereka merancang untuk membawa Ashley berjumpa dengan Psy dan dalam masa yang sama mereka juga mahu mencari Father lain yang lebih berpengalaman dalam menangani kes seperti yang Ashley hadapi.
“Ko pun patut berjumpa dengan Father Bell, mana la tau ada ‘benda’ yang ikut kamurang balik dari hutan hari itu,” kata Auntie Gloria serius. Saya hanya mengangguk perlahan.
“My fiance doesn’t need a Father auntie. She’s okey! I will make sure she will be okey!” tiba-tiba saja ada suara yang cukup saya kenal menyampuk dari pintu depan. Bila saya menoleh, saya nampak Will berdiri sambil mencekak pinggang dipintu depan sambil merenung muka saya tajam.“Will, apa yang ko buat disini?” saya berdiri terkejut melihat Will yang tiba-tiba saja ada dirumah Ashley.
“Saya datang untuk bawa ko balik Bell. Mama sama Bapa ko risaukan ko. Jadi saya datang untuk tengok ko okey ka nda,” Will menyambung lagi.
“Aikk..Kenapa pula saya nda okey? Saya dirumah Ashley saja bah ini. Lagipun, tiada juga diorang mama sama bapa call saya,”
“Sebab saya suruh diorang jangan risau,” jawab Will dengan riak wajah yang agak keruh.
“It’s okey Bell. Ko balik saja. Nanti kami akan maklumkan ko juga apa perkembangan Ashley.” Auntie Gloria berkata lembut. Saya tahu dia sengaja menyampuk untuk meleraikan ketegangan antara saya dan Will. Selepas meminta diri dan berjanji akan datang lagi saya beredar bersama Will. Sepanjang perjalanan balik yang memakan kira-kira 2 jam saya hanya mendiamkan diri.“Will, kenapa tiba-tiba saja ko sibuk pasal saya?” saya bertanya perlahan. Tidak mampu lagi membendung isi hati saya.
“Saya hanya risaukan ko Bell. Saya risaukan baby ko juga. Itu saja. Saya tiada niat lain. Saya minta maaf jika buat ko selesa. I guess, saya masih trauma dengan kejadian yang menimpa kita semua. Saya sudah kehilangan Jay dan ko kehilangan Gemima. Saya tidak mahu kehilangan ko juga.” terang Will perlahan. Saya berdiam diri tanpa menjawab. Cuba untuk mencerna semua kata-kata Will. Sudah agak senja ketika kami sampai ke rumah dan selepas saja menghantar saya balik rumah, Will meminta diri untuk balik ke rumah dia.Ketika sedang berehar di ruang tamu, saya terdengar ketukan bertalu-talu di pintu depan. Oleh kerana hanya saya yang berada diruang tamu, maka saya segera berdiri untuk membuka pintu. Sebaik saja pintu terbuka, saya terundur balik ke belakang bila melihat orang yang tercegat di depan pintu.
“Jayyyyyyyyy!”
YOU ARE READING
KODUDUO(ON GOING)
HorrorBest Ranks : #Paranormal #2 #Ghost #2 #Sabahanstory #3 #Horror #5 Mabell dan empat orang kawan sekerjanya telah ditugaskan untuk membuat liputan mengenai pembangunan di Daerah P. Sebuah daerah yang terletak jauh terpencil dipedalaman. Ketika dalam...