WHERE IS THE LOVE?

696 127 20
                                    

“Puan, boleh balik hari ini sebab kami tidak menemui apa-apa masalah pada puan.”
“Habis kenapa doktor tanya pasal ubat-ubatan yang saya ambil?”
“Keputusan ujian air kencing puan ada sedikit tidak normal, tapi itu mungkin disebabkan oleh herba-herba Cina yang puan minum.”
“Bukankah herba-herba itu bagus doktor? Kenapa pula ia memberi kesan kepada air kencing saya?”
“Kalau diambil dengan betul ya. Tetapi jika diambil dalam dos yang berlebihan memang boleh memudaratkan badan. Semua ubat sebenarnya ada kesan sampingan masing-masing.”

Sebenarnya saya tidak berapa faham penjelasan doktor Sebastian. Ibu Bapa angkat saya dulu pun asal sakit memang akan cari Sensei untuk minta ubat dan mereka sihat-sihat saja.
“Ada apa-apa soalan lagi puan?”
“E-E-er. Tiada doktor.”
“Baik. Sekiranya ada apa-apa masalah kesihatan datanglah terus ke hospital. Boleh juga call saya untuk tanya. Saranan saya, hentikan pengambilan herba-herba itu untuk sementara.”

Serius suara doktor Sebastian memberi penerangan. Saya mengangguk, mengiyakan arahan dokor.
“Hun, are you okay? Macam mana isteri saya doktor?”
“Dia tiada apa-apa. Cuma mungkin keracunan herba Cina yang dia minum.”
“Tapi doktor, ubat itu diberi oleh doktor Cina bah. Mustahil dia boleh keracunan!”

Suara Jack meninggi secara tiba-tiba bila mendengar kata-kata doktor Sebastian. Tersentak doktor bila mendengar jawapan Jack. Perlahan dia berpusing dan menatap wajah Jack serius.
“Are you saying that I’m lying??”
“E-E-Err! Bukan itu maksud saya doktor.”
“Kalau kamu sayangkan isteri, suruh dia berhenti minum herba itu buat sementara.”

Tegas Doktor Sebastian sambil berlalu meninggalkan Jack yang masih terkulat-kulat dihujung katil. Muka dia masam mencuka saja biarpun nurse yang sedang membetulkan drip pada tangan saya cuba menegur.

“Jack, macam mana keadaan Bell?”
Ashley yang baru masuk kelihatan amat risau. Jack masih seperti tadi, dingin dan tidak mau bercakap dengan sesiapa.

“Jack!!”
“Oiii! Kau gila ka?!! Dia ada didepan kau saja, kenapa nda tanya dia terus??!”
Mendengar bentakan Jack yang agak kuat semua orang berpaling, memandang ke arah kami.
“Ada ‘wayar putus’ mangkali ko ni kan? Bini ko sakit sini buli lagi ko teriak marah-marah. Saya tanya kau sebab nurse sedang ada disini. Saya nda mau menganggu tugas dia! Talinggung punya lelaki!”
Ashley yang terkejut dengan bentakan Jack, memperli dia dengan sinis. Apalagi bertambah masam la muka Jack. Dia berjalan keluar dengan laju dari ward tanpa menoleh pun ke arah saya.

Melihatkan perangai Jack yang berubah secara tiba-tiba membuatkan saya sedih. Saya sedang terbaring di hospital tetapi dia tiba-tiba saja marah tidak tentu pasal. Mungkinkah dia ada masalah ditempat kerja yang dia tidak mau cerita pada saya??

“Gila husband ko itu Bell! Ko sedang sakit, dia pula marah-marah tidak tentu pasal! Dia sentiasa layan ko begini ka? Kasi tau saya terus terang Bell. Tau la saya ajar dia kalau layan ko teruk!”
Ashley memuntahkan kemarahan dia sebaik saja nurse yang memeriksa saya tadi berlalu pergi.

“Dulu dia nda begitu. Sejak Mr Martin selalu call suruh kasi balik itu office gate punya card saja.”
“Office gate punya card??”
“Ya. Mr Martin cakap mungkin ada pada sepupu Jay yang bernama Jayrald. Saya bagitau Jack dan dari sana la dia start marah-marah.”

Ashley termenung sebentar seolah-olah sedang memikirkan sesuatu dan kemudian menarik nafas berat.

“Patutlah dia marah Bell. Dia sama Jayrald nda berngam bah. Musuh ketat itu dua orang. Mana la dia mau bercakap sama Jayrald.”
“Ko pun kenal ka sama Jayrald, Ash??”
“Kenal nama dan muka ja sebab dia selalu drive Jay kan.”
“Abis macam mana ko tau diorang nda ngam?? Di mana dia sekarang?? Kenapa dia nda datang masa Jay dalam kesusahan besar.”
“E-Err. Jay yang cerita. Panjang cerita dia itu Bell. Setau saya masa tugasan terakhir diorang gaduh besar. Atas sebab apa, saya pun tidak tau dan dia macam sudah pergi oversea.”

KODUDUO(ON GOING)Where stories live. Discover now