THE BAD ROMANCE

1.2K 148 14
                                    

“Ssshhhhhh! Diam Ash!” saya menekup mulut Ashley bila saya perasaan Gemima yang tadi masih ketawa keras dan nyaring tiba-tiba memusingkan kepala dia perlahan-lahan ke arah kami. Jantung saya seakan berhenti berdegup melihat keadaan Gemima yang agak menyeramkan. Ashley memeluk saya kuat, badan kami berdua seram sejuk melihat Gemima yang sedang menuju ke arah kami.
“Bell, ko tengok bah macam dia terapung kaki dia nda sentuh lantai” bisik Ashley menggeletar. Saya menoleh perlahan ke arah Gemima dan memang betul dia bergerak menuju ke arah kami dalam keadaan seolah-olah terapung. Keadaan dia sumpah sangat menyeramkan.

“Oh Tuhan kami yang maha pengasih dan penyayang tolong la lindungi dan selamatkan kami Amen!!” dalam keadaan menggeletar ketakutan saya terketawa mendengar doa Ashley. Siap ada maha pengasih dan penyayang lagi. Ashley mencubit tangan saya sambil dia menggengam rantai cross dia. Tidak henti-henti dia berdoa, saya pun ikut berdoa sama. Kami berdua menutup mata sambil berdoa, beberapa saat kemudian kami terdengar bunyi gedebuk yang kuat diikuti bunyi tapak kaki dari beranda depan. Bila saya dan Ashley membuka mata kami nampak Gemima terjelepuk di atas lantai dan pintu pondok dibuka tidak berapa lama kemudian.
“Jay, Will kenapa lambat betul kamu berdua balik?!!” Ashley menerpa ke arah Jay dan Will yang sedang meletakkan ubi kayu di atas lantai sambil menceritakan apa yang berlaku.
“Ermm…kami masuk jauh ke dalam hutan bah mencari ini ubi bah” jawab Jay pendek. Setelah membaringkan semula Gemima di atas katil Will memotong ubi kayu tadi dengan dibantu oleh Jay. Mereka berdua seolah-olah tidak kisah pun dengan apa yang sedang diceritakan oleh Ashley.

“Aikk! Kamu berdua dengar ka nda ini apa yang sedang saya cakap?!” Ashley separuh membentak kegeraman melihat Jay dan Will yang berdiam diri saja seperti tidak kisah pun dengan kejadian tadi yang sedang diceritakan oleh Ashley.
“Kami ada disini sudah bah” jawab Will pendek masih acuh tidak acuh. Ashley merengus kasar sambil menyalakan unggun api, tidak berpuas hati dengan sikap Jay dan Will. Biarpun tidak berpuashati seperti Ashley tetapi saya berdiam diri saja membantu dia menyalakan unggun api. Selepas menyalakan unggun api, saya duduk bersandar di dinding tidak berapa jauh dari unggun api memikirkan akan nasib kami yang terperangkap di dalam hutan tebal ini dengan pelbagai gangguan menyeramkan.

“Will, bawa la sini itu Ubi Kayu saya bakar” suara Ashley memecahkan kesunyian dalam pondok yang kami tumpangi itu. Will yang baru saja siap membersihkan ubi kayu tadi, berdiri dan kemudian mengangkatnya menuju ke arah unggun api tetapi yang peliknya dia tidak mau memandang cahaya api. Dia memalingkan muka dia ke arah lain. Mungkin dia silau desis hati kecil saya  sambil bersandar kembali, memerhatikan Jay yang berdiri mematung merenung tajam ke arah Gemima yang sedang tidur. Entah apa saja yang Jay sedang fikirkan. Mungkin dia agak sedih melihat keadaan Gemima. Kan Gemima menaruh perasaan pada dia, jadi mungkin dia pun suka Gemima juga. Kepala saya sendengkan sedikit sambil menyandarkan badan yang letih dan menahan perut yang lapar tetapi belum pun sempat saya terlelap, saya terasa kaki saya disentuh lembut.

Terkejut dengan situasi itu, saya dengan pantas membuka mata dan menegakkan badan sambil melihat apa yang berlaku. Saya melihat Jay sedang duduk bertinggung dengan kepala menunduk dihujung kaki saya.
“Jayy, what’s wrong??” saya menegur Jay dengan nada terkejut. Jay tidak menyahut, dia hanya menarik nafas berat.
“Jay! Jayyy! Kenapa ko?”perlahan saya mengengsot ke arah Jay dan menggoncang perlahan bahu dia.
“We need to find a way home. We are not supposed to be here” dia menjawab perlahan tetapi masih menunduk.
“Ya..memang pun. Mesti ko risau pasal Gemima kan?”
“Saya tidak bercakap tentang dia. Bukan dia yang saya fikirkkan,”
“Jadi apa maksud ko?”
“Signboard yang kita nampak  tadi,”
“Okey…kenapa dengan signboard itu?”
“Tulisan pada signboard itu mengatakan…….” Jay berhenti bercakap. Dia menggantung ayat dia disitu sahaja, membuat rasa ingin tahu saya meluap-luap.
“Cakap la sampai habis” rungut saya dengan cara Jay bercakap, tetapi Jay hanya berdiam diri. Masih menunduk.

KODUDUO(ON GOING)Where stories live. Discover now