“Gais, tolong ingat Tuhan bulikah? Kasi kuat iman kamu! Please hold my hand and lets pray together! Pleaseeee!” saya dengan nada suara yang semakin bergetar ketakutan menarik tangn Ashley, Gemima dan yang lain untuk berdoa bersama di dalam bulatan.
“Aahhhh!! Persetankan itu semua!! Sebab kau la kita semua terkandas di sini!!”Gemima merentap tangan dia kasar dari pegangan saya sambil berteriak kasar. Saya tersentap mendengar kata-kata dia. Saya tau dia sentiasa cuba untuk menyakiti hati saya, tetapi saya langsung tidak menyangka dia sanggup melemparkan tuduhan berat seperti itu.
“Apa ko cakap?? Saya punca kita terkandas di sini?? Siapa yang berani bertaruh potong jari tangan masa kita masuk di simpang yang salah hari itu?? Kauuuuu!!!” jerit saya lantang sambil melepaskan tangan saya yang sedang memegang tangan Ashley.“Memang kau punca dia! Kau yang bawa sial! Kau kan anak luar nikah mama kau dengan lelaki lain!” jawab Gemima selamba sambil mencebikkan bibir tanpa mempedulikan perasaan saya sedikit pun. Kata-kata dia membuatkan saya tersentap.
“My Gaddd! Tit, melampau betul sudah ko ni sampai mau fitnah saya!”
“Apa pula fitnah, saya dengar kawan-kawan sekampung cakap yang mama bapa ko hampir bercerai satu masa dulu sebab mama ko ada skandal dengan lelaki lain!”
‘Papp! Papppp! Pappppp!’
Belum sempat saya membuka mulut untuk menepis fitnah dan hinaan Gemima Ashley sudah pun menampar muka Gemima berkali-kali.
“Melampau betul kata-kata ko Gem!! Selama ini saya sentiasa back up ko biarpun memang ketara ko yang sentiasa cari gaduh sama Mabell. Tapi kali ini memang ko sangat melampau. Saya nda kisah la apa yang baru cakap tadi betul ataupun fitnah ko semata-mata, tapi sangat nda patut ko cakap begitu!!” bentak Ashley kasar.Gemima yang sedari tadi menekup pipi dia yang baru saja kena tampar meraung kasar sambil meluru pantas ke arah Ashley. Dia merentap kasar rambut Ashley lalu menolak dia kuat sehingga hampir terjatuh ke tanah tetapi Ashley melawan dengan menendang perut Gemima.
“Sudahhhhh!!!” teriak Jay dan Will kasar tetapi tidak diendahkan oleh mereka berdua. Will memegang Gemima sementara Jay pula menahan Ashley tetapi Gemima sempat menendang kelangkang Will sambil memukul tengkuk dia dengan sebatang kayu sehingga Will terjelepuk pengsan di atas tanah. Terlepas saja Gemima dia menerpa laju ke arah Ashley. Melihatkan itu saya menendang kaki Gemima sehingga dia jatuh tersadung.“Kurang hajar!! Kau yang patut saya pukul sebenarnya. Kau yang patut mati!! Selama tinggal dengan keluarga kau, saya tahan hati saja. Keluarga kau melayan kau seperti seorang puteri. Semua yang kau minta kena kasi sedangkan saya hanya tengok saja dari jauh. Apa yang kau mau semua kau dapat kan??! Saya tidak mau lagi hidup begitu!! Saya tidak mau lagi hidup dibayangi kau!! Saya benci kau!! Saya mau kau mati!!” Gemima membentak dengan kasar sambil berlari ke arah saya. Sampai saja dekat saya berusaha untuk memukul saya tetapi dapat saya elak. Melihat itu dia bertambah marah lalu menarik sebatang kayu yang sederhana besar lalu menghayunkan ke arah saya. Saya tidak sempat mengelak lalu mengenai belakang saya.
Saya terbaring mencium tanah sambil mengerang menahan kesakitan. Terasa macam mau patah belakang saya kena pukul kayu. Macam mana pun saya mengerah seluruh tenaga yang saya masih ada untuk berpusing menelentang dan cuba untuk bangun tetapi Gemima terlebih dahulu menindih saya sambil mencekik leher saya.
“Sepatutnya kau saja bah yang tersesat dalam hutan ini. Tapi diorang semua sangat bodoh! Diorang menggagalkan rancangan saya! Dari awal trip, saya sudah merancang agar kau tertinggal seorang diri dalam di sini tapi diorang bertiga sangat bodohh!!” bisik Gemima ditelinga saya sambil tangan dia mencekik kuat leher saya sehingga saya terbatuk-batuk tidak dapat bernafas.Ketika sedang struggle untuk meleraikan tangan, Gemima anak mata saya sempat menangkap sosok tubuh Ashley dan Jay berlari menuju ke arah Gemima dan menarik dia menjauhi saya. Gemima yang seperti sedang kerasukan menghayunkan kayu yang dia gunakan untuk memukul saya tadi ke arah Jay dan Ashley. Ketika itu saya mengambil kesempatan untuk berdiri.
“Ko mau lari mana??!!” jerkah Gemima bila menyedari saya sudah berjalan mendekati Jay dan juga Ashley.
“Ko akan mati hari ini Mabell!! Nenek tua itu beritahu saya, hanya dengan kematian salah seorang daripada kita yang boleh meleraikan sumpahan ini. Kita tidak dapat keluar dari hutan ini kerana hutan ini telah disumpah!!” teriak Gemima sambil meluru ke arah saya dengan batang kayu terhala ke dada saya.
“Gemimaaaaa!! Hentikan semua ini!! Itu semua tipu!! Kita akan dapat keluar dari sini bersama-sama!!” jerit Ashley dan Jay tetapi tidak dihiraukan oleh Gemima.
YOU ARE READING
KODUDUO(ON GOING)
HorrorBest Ranks : #Paranormal #2 #Ghost #2 #Sabahanstory #3 #Horror #5 Mabell dan empat orang kawan sekerjanya telah ditugaskan untuk membuat liputan mengenai pembangunan di Daerah P. Sebuah daerah yang terletak jauh terpencil dipedalaman. Ketika dalam...