THE MASTER MIND

649 133 37
                                    

“Mrs, biar saya jalan depan. Jadi kalau tiba-tiba ada orang muncul, biar saya yang jawab.”
Kira mendorong tubuh saya perlahan ke belakang. Nampaknya dia betul-betul sudah nekad untuk tidak melibatkan saya. Tetapi dengan pembohongan dalam messege pada Jack, mana mungkin saya terlepas.

Kira melekapkan telinga dia ke dinding. Dinding yang merupakan kabinet buku jika dilihat dari luar. Bila sudah pasti tiada sebarang bunyi, dia menekan punat yang berada ditepi dinding dan dengan perlahan kabinet buku itu terbuka.

Kami berdua melangkah cepat lalu menyorok disebalik sofa yang agak tinggi diruang tamu tersebut. Dari jauh kami melihat Jack sedang berteleku diluar bilik baby. Sesekali dia mengetuk pintu sambil memanggil nama saya.

“Cepat messege dia mrs. Suruh dia turun ambil apa-apa barang. Makanan ka minuman ka, apa-apa la.”
Bisik Kira dengan nada cemas, secemas saya bila melihat mama Jack sedang berjalan menghampiri dia.

Tanpa membuang masa, saya menaip messenge menyuruh Jack mengambilkan saya makanan dan minuman. Di sebalik sofa, kami melihat Jack sedang dimarahi oleh mama dia. Namun tidak lama kemudian mereka berdua beredar juga turun ke tingkat bawah.

Kami berdua menarik nafas lega, lalu berlari sekuat hari menuju ke bilik baby. Kira cepat-cepat mengunci kembali pintu.
“Mrs, apa yang perlu kita buat pada orang disebalik dinding tersebut??”
“Kita kena tunggu masa yang sesuai Kira. Kita tidak boleh bertindak terburu-buru lagi seperti ini. Tunggu ketika diorang semua tiada dirumah!”

Saya menjawab lalu keluar dan menuju ke bilik saya. Sebelum itu, sempat saya peringati Kira agar berlagak seperti biasa.
“Hun, ini saja yang ada sana dapur sekarang.”
Jack masuk membawa sepinggan nasi dengan lauk serta segelas susu.”
“Letakkan sana meja. Saya mandi dulu baru makan.”

Dalam keadaan menunduk saya menjawab. Jantung saya berdegup kencang. Sungguh saya mulai takut kepada Jack setelah apa yang saya jumpa disebalik bilik rahsia tadi. Fikiran saya berkecamuk memikirkan apa yang perlua saya buat sekarang.

Pelbagai persoalan bersilih ganti menerjah fikiran saya. Siapakah orang yang dikurung disebalik dinding itu?? Siapa yang mengurung dia?? Kenapa dia dikurung?? Apa sebenarnya motif Jack dan mama dia??

“Maafkan saya hun atas apa yang terjadi dibawah. Mesti ko sangat takut sekarang kan?? Saya akan ajar dia cukup-cukup nanti!! Berani betul dia sentuh bini saya!!”
Dia datang mendekat sambil memeluk saya yang sedang menggeletar ketakutan. Takut kepada dia sebenarnya!
“Ssshhhhhhhh! Calm down hun, saya ada disini.”
Jack berusaha menenangkan saya tanpa mengetahui yang sebenarnya saya takutkan dia. Takut rahsia saya menyelinap ke dalam bilik rahsia tadi terbongkar. Apa agaknya nasib saya jika Jack dapat tau???

“Mama pun mau minta maaf Kira, sepatutnya mama nda desak ko untuk layan kawan-kawan Jack. Sebenarnya, diorang semua itu sangat baik. Cuma nda tau kenapa kali ini, minum sikit saja pun macam orang kerasukan sudah.”

Mama Jack bersuara dari belakang. Entah sejak bila dia masuk dan sudah berapa lama dia memerhatikan kami. Kenapalah Jack biarkan pintu bilik terbuka!

“Nda apa lah ma, saya cuma terkejut dan sedikit ketakutan.”
Dengan segenap kekuatan yang masih ada, saya mengangkat muka dan menjawab. Berkali-kali saya ingatkan diri sendiri agar mengawal perasaan sebaik mungkin. Kalau mereka boleh begitu bijak berlakon didepan saya, kenapa saya tidak boleh.

Walau bagaimana pun, saya kena bertindak berhati-hati mulai sekarang sebab saya sixth sense saya mengatakan yang Jack dan mama dia, bukanlah seperti apa yang saya nampak. Mereka mungkin lebih complicated daripada itu, kalau tidak kenapa ada seseorang yang terkurung disebalik dinding rumah mereka??

Berdasarkan perbualan mereka didalam bilik rahsia itu, saya sedang berada ditengah-tengah satu konspirasi! Tidak tau konspirasi apa dan siapa yang terlibat.

KODUDUO(ON GOING)Where stories live. Discover now