THE FINAL TWIST

1.3K 177 60
                                    

Selepas saja siap mengemas stor, saya naik ke bilik Gemima untuk pack barang-barang dia. Mama cakap bikin sedih saja nampak bilik dia sebab tuannya sudah tiada. Perlahan saya menapak masuk ke dalam bilik. Sejak Gemima mula kerja, tidak pernah sudah kami tidur bersama dalam bilik ini.

Dari kecil sehingga la sebelum dia dapat kerja, bilik dia seperti bilik saya dan begitulah sebaliknya. Duduk diatas katil dia membuatkan pelbagai memori bersilih ganti bermain diruang mata saya.

Memori kami bergaduh kemudian berbaik, bergossip, bermain bersama-sama semuanya bercampur aduk, menari-nari diruang mata. Tanpa sedar, saya menitiskan air mata. Biar apa pun yang pernah dia katakan dan buat terhadap saya, tetapi saya tidak dapat menafikan yang saya sayangkan dia seperti kakak sendiri.

Perlahan saya mula packing barang-barang kepunyaan dia dari pakaian,buku-buku,bag dan lain-lain lagi. Setelah siap, saya keluarkan kotak-kotak itu didepan pintu bilik dia kerana Mama suruh simpan sana stor.

Ketika membersihkan almari dia, saya tersapu sekeping envelope bersaiz A4 yang telah digam rapat. Envelope yang walaupun nampak masih baru namun agak berdebu itu saya tarik turun perlahan. Terasa berat.

Pisau kertas kecil saya ambil lalu memotong tepi envelope tersebut dan kemudian menarik keluar isinya. Terdapat dokumen proses pengambilan anak angkat dari Jabatan Kebajikan didalamnya.

Bergegar seluruh badan saya bila membaca isi kandungan dokumen itu. Semua sendi saya terasa menjadi lemah sehingga saya terduduk dilantai. Sungguh saya tidak percaya dengan isi kandungan kertas itu yang menyatakan bahawa saya sebenarnya adalah anak angkat.

Terdetik didalam hati saya, mungkin ada benarnya segala kata-kata Gemima ketika kami berada didalam hutan hari itu. Patutlah dia begitu berani mengeluarkan kata-kata yang begitu menyakitkan hati. Rupa-rupanya, dia sudah lama tahu yang saya ini sekadar anak angkat.

Saya meluru keluar sambil memegang dokumen itu. Saya ingin mendengar jawapan dari mulut Mama dan Bapa sendiri.
“Kasi cancel la bah rancangan kita itu. Dia pun macam anak kita sendiri sudah.”
“Sudah jadi sampai begini macam mana mau kasi cancel lagi?! Lagipun, kalau nda jadi ini planning, itu sumpahan akan pigi sama anak-anak kandung kita. Ko mau ka??”

Saya terundur beberapa langkah bila mendengar perbualan Mama dan Bapa di ruang beranda dapur. Namun isi perbualan mereka agak menarik perhatian saya lalu dengan senyap saya berjalan beberapa langkah ke depan lagi.

“Saya tau tapi kesian juga. Dia sudah seperti anak kandung kita sendiri bah.”
“Ko ingat saya nda kesian ka? Ko ingat saya nda sayang dia? Tapi macam mana pun, dia itu bukan darah daging kita. Lambat laun bila dia sudah tau cerita sebenar, dia akan balik juga kepada ibu bapa kandung dia yang sebenar.”

Saya mendengar suara Mama yang separuh berbisik kedengaran agak tegang. Sah! Mereka sedang bercakap tentang saya. Tapi apa maksud mereka dengan ‘planning’ dan ‘barang’???

“Kita nda cakap, mana la dia tau bah.”
“Ko jangan macam-macam ah. Sumpahan itu turun temurun dan nda akan berhenti selagi teda yang mewaris. Hanya nenek William yang dapat tulung kita. Lepas lahir tu anak yang dalam perut dia dan kita kasi sama nenek William, semua ni akan berakhir!!”
“Merek berdua itu nda buli dipercayai, ko tengok sampai kita excident sebab nda ikut cakap dia!

“Itu betul tapi durang saja yang mampu buang sumpahan saka ini. Ko nda nampak ka apa saka itu sudah mula ‘memakan’ urang-urang yang dekat sama kita macam Gemima? Itu budak Ashley sampai mau gila. Budak Jay itu nda tau masih hidup ka lagi!”

“Apa yang jadi sama durang dihutan itu bukan pasal sumpahan saka ini. Kan kampung nenek si William itu di sana, memang hutan itu tempat dia melepas semua ‘barang peliharaan’ dia. Lagipun, hutan itu kan kawasan perkuburan lama.”

KODUDUO(ON GOING)Where stories live. Discover now