BEHIND THE WALLS

594 125 37
                                    

"Kira, apa yang ko cakap ini? Ko jumpa apa? Mana baby Jeremiah??"
"Jangan risau pasal baby, dia sedang tidur nyenyak. Cepat ikut saya mrs. Ada sesuatu yang perlu ko lihat! Cepat sebelum mereka datang!"

Kira menarik tangan saya cepat menuju ke ruang tamu tingkat atas tanpa menghiraukan suasana riuh rendah berteriakan ditingkat bawah. Sebaik saja sampai diruangan kabinet buku, dia berhenti lalu menarik keluar sebuah buku yang agak tebal.

Sebaik saja buku itu ditarik, kabinet itu terbuka dengan sendirinya.
"Kira, apa ko mau buat ni? Kalau Jack atau mama dia nampak mati kita kena halau!"
"Jangan risau mrs, diorang terlalu mabuk dibawah itu."
"Mana ko tau? Nanti tiba-tiba saja Jack datang macam mana??"
"Saya sangat pasti mrs. Saya sanggup pertaruhkan leher saya!"

Kira menjawab begitu yakin. Entah dari mana datangnya keyakinan diri dia yang tiba-tiba begitu tinggi.

"Ini kerja gila Kira!"
"Mrs, sekali sekala kita perlu berani bertindak untuk mencari jawapan bagi setiap masalah kita!"
"Demi Tuhan saya bukan takut Kira! Saya cuma nda mau bertindak reckless!"
"Begini saja mrs, kalau kita kedapatan mrs cakap saja yang saya paksa dan ugut mrs datang ke sini. Saya akan bertanggungjawab bagi perbuatan saya!"

Semudah itu Kira melafazkan kata-kata yang dia sendiri tidak tahu apa akibatnya. Alangkah baiknya jika saya boleh bertindak seperti dia. Sayangnya, saya ada anak kecil yang bergantung harap kepada ibunya.

Anak kecil yang bakal menanggung akibat bagi setiap perbuatan ibunya. Atas sebab inilah, saya sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan saya. Kerana memikirkan baby saya sanggup memendam semua persoalan yang menghantui saya selama ini.

Kerana si kecil ini saya sanggup mengorbankan segala-galanya termasuk hati dan perasaan saya setiap hari. Hanya kerana dia!

"Mrs, cepat masuk!"

Kira sekali lagi menarik tangan saya melangkah masuk ke dalam bilik yang Jack panggil storage room.

Bilik itu sangat besar dan dipenuhi dengan longgokan pelbagai barang termasuk barangan peribadi termasuk pakaian berkotak-kotak, frame gambar dan bermacam-macam lagi. Terdapat sebuah walk in closet yang sangat besar berada berdekatan dinding di sebelah kiri.

Anehnya, saya tidak melihat satu pun frame gambar milik Jay seperti yang di dakwa oleh oleh Jack malam itu.

Saya menunduk dan memungut salah satu frame yang diselaputi debu tebal. Gambar khawin milik satu pasangan yang langsung tidak saya kenali.

Kebanyakan frame gambar itu milik pasangan yang sama dan seorang budak lelaki yang masih agak kecil. Barangkali dalam lingkungan lapan ke sepuluh tahun begitu.

"Kira apa semua ini?? Milik siapa barang-barang ini semua dan siapakah orang dalam gambar-gambar itu??"
"Saya pun kurang pasti mrs. Tapi saya pasti ada sesuatu yang terselindung dalam bilik ini selain daripada barang-barang itu."

Derapan langkah diluar pintu bilik mengejutkan saya dan Kira. Kami berdua berpandangan mulai panik. Kira menjuihkan bibirnya ke arah walk in closet dibelakang kami. Dengan segera saya membuka pintu closet tersebut yang dipenuhi oleh pakaian serta barangan lain.

Pintu dibuka dari luar.

Derap langkah milik beberapa orang mula memasuki bilik itu. Saya dan Kira berpegangan tangan dengan penuh debaran.

“Zions, I told you guys to behave. You guys jeopardize things that we have worked for so long!!!”

Saya kenal suara itu! Mama Jack! Apa dia buat disini dan dengan siapa dia bercakap itu??

“Sorry ma. I can’t stand to see anyone touching her!”
“I am terribly sorry bro! That wine made me lost my mind”
Suara yang cukup saya kenali menjawab, Jack dan lelaki gila yang menyentuh saya tadi. Sempat saya rasa terharu mendengar jawapan Jack sebentar tadi, namun mengingatkan pembohongan dia hati saya kembali menjadi tawar.

KODUDUO(ON GOING)Where stories live. Discover now