“Tetapi selepas tersedar, dia struggle seperti sedang berlawan dengan sesuatu dan yang hairannya, badan dia pandai luka seperti dia berlawan dengan invisible enemy. Nasib baik saya berjaya menangkap dia lalu mengikat dia di dinding. Kamu berdua macam mana?? Gemima mana?,”sambung Jay lagi terputus-putus. Ashley menyuruh Jay untuk tidak banyak bercakap dan berehat, saya tau Ashley sebenarnya berasa sangat takut mendengar cerita Jay sebab saya pun begitu. Bulu roma semua habis meremang pagi-pagi buta.
“ Kami kena kejar oleh mata-mata dan Gemima lari entah ke mana. Dia lari duluan kan semalam,” jawab Ashley. Saya hanya berdiam diri, tidak ingin saya ada conversation dengan Jay.
“My God! Mana dia lari?? Macam mana kita mau cari dia ditengah-tengah hutan luas begini?”
“Entah la Jay, saya pun tiada idea. Banyak betul masalah kita ini. Tapi tidak apa la, satu-satu kita selesaikan. Sekarang kita kena rawat kamu berdua dulu,” Ashley menjawab perlahan. Dari raut wajah dia terserlah seribu kebimbangan.Setelah siap membersihkan luka Will baru kami perasan yang tubuh dia dipenuhi oleh lebam, calar dan luka. Seluruh badan hingga la ke kepala penuh dengan luka. Luka dia kebanyakannya dalam dan panjang, betul-betul seperti kesan cakaran. Bergegar-gegar tangan saya dan Ashley membersihkan luka Will. Selesai kami mencuci luka Will dengan air sungai, Ashley mengeluarkan kota pertolongan cemas dari beg dia. Nasib baik juga la Ashley membawa set pertolongan cemas yang lengkap. Dia menarik cream Antiseptic dari peti itu dan kemudian memicit sedikit di tapak tangan dia untuk di sapu pada luka Jay tetapi saya menghalang dia.
“Ash, bagus kita tekapkan daun Rumput Malaysia sana luka Will supaya lebih cepat sembuh,” saya memberi cadangan. Di kampung kami, semua orang menggunakan daun Rumput Malaysia untuk mengubati luka, kecuali luka yang tersangat dalam baru la orang pergi ke hospital untk mendapatkan rawatan.
“Rumput apa itu Bell? Mana kita mau cari? Nanti luka dia kena infection kalau tidak sapu Antiseptic,”
“”Jangan risau Ash. Kalau setakat luka Will ini, kami di kampung biasa pakai daun Rumput Malaysia saja. Daun rumput ini barangkali mempunyai antiseptic semulajadi sebab luka sangat cepat kering dan sembuh,” jelas saya lagi sambil merenung muka Ashley yang kelihatan ragu-ragu.“Mana kita mau cari itu rumput Bell?”
“Itu..sana darat banyak tumbuh,” saya menjawab sambil menuding jari ke arah rimbunan Rumput Malaysia yang tumbuh di darat tidak jauh dari tempat kami berteduh. Saya naik dan mengambil seberapa banyak daun rumput malaysia lalu menumbukknya sehingga lumat menggunakan batu sungai. Sesudah daun itu hancur lumat, saya tekapkan di seluruh tubuh Will yang ada luka. Sesudah itu saya balut dengan bandage yang Ashley bawa. Selesai dengan Will, kami berdua beralih kepada Jay tetapi keadaan Jay agak menggerikan saya kerana batang kayu panjang dia sampai ke siku itu masih tertancap dilengan Jay. Dalam keadaan kami ditengah-tengah hutan, peralatan kami sangat-sangat terhad. Saya duduk termenung sekejap macam mana caranya kami hendak mencabut kayu itu tanpa menyakitkan Jay dan menyebabkan pendarahan lagi teruk.
Saya teringat waktu kecil-kecil dulu ketika lutut saya tertusuk serpihan kayu kecil, mama saya gunakan botol kaca kosong bermulut lebar untuk menarik serpihan kayu tersebut. Tapi kayu yang tercucuk di bahu Jay sangat besar berbanding dengan serpihan kayu di lutut saya dulu.
“Ash, kita ada botol kaca besar bermulut lebar ka?” saya akhirnya bersuara memandang Ashley yang masih termenung berfikir.
“Botol kaca?? Buat apa??”
“Mama saya pernah guna cara ini untuk keluarkan serpihan kayu di lutut saya masa masih kecil dulu. Tapi tidak tau la dapat ka tidak sebab kayu yang tercucuk di lengan dia ini lebih besar,” jelas saya kepada Ashley yang masih tidak memahami maksud saya.“Saya cek dulu barang yang kita ada,” jawab Ashley sambil menyelongkar semua bag kami satu persatu.
“Kita ada botol bekas Chocolair ini saja Bell, buli pakai ka juga ini?” Ashley kembali ke arah saya dengan membawa balang sederhana besar dan panjang berisi Chocolate tersebut.
“Buli sudah itu! Keluarkan semua isi dia,”jawab saya dengan serius sambil menyeluk poket Will mencari lighter dia. Sesudah itu, saya mengumpulkan ranting-ranting dan daun-daun kayu kecil yang bertaburan di tepian sungai. Periuk still buruk bersaiz sederhana dari pondok usang yang sempat Ashley masukkan dalam beg dia, saya keluarkan dan isi dengan air sungai. Selepas saja mendidih saya angkat dan letakkan di dalam air cetek tidak jauh dari tempat berkumpul. Bila air panas itu mula menjadi suam saya isikan ke dalam botol dan dengan berhati-hati saya tekapkan ke lengan Jay. Lekapan pada mulut botol itu menghasilkan efek menghisap pada lengan Jay.
YOU ARE READING
KODUDUO(ON GOING)
HorrorBest Ranks : #Paranormal #2 #Ghost #2 #Sabahanstory #3 #Horror #5 Mabell dan empat orang kawan sekerjanya telah ditugaskan untuk membuat liputan mengenai pembangunan di Daerah P. Sebuah daerah yang terletak jauh terpencil dipedalaman. Ketika dalam...