WHY IT HAVE TO BE YOU???

986 142 34
                                    

Seperti yang dirancang, keesokan harinya saya bertolak menuju ke kampung Jay yang terletak tidak jauh dari kampung saya untuk bertemu dengan pak cik yang dia cakap dapat bagi saya pelindung.

Terheran-heran juga dia bila saya cakap Jay yang suruh saya datang sebab menurut dia Jay sudah agak lama dia tidak nampak Jay dikampung. Bila saya terangkan yang kami kawan sekerja barulah dia faham.

Tu pak cik bagi gelang yang dibungkus dengan kain hitam untuk pendinding katanya. Dia suruh untuk sentiasa pakai dan jangan tanggalkan gelang tersebut. Selepas saja selesai berurusan dengan si pak cik, saya bergegas untuk balik ke stor chapel itu.

Saya tidak sabar untuk bertemu dengan Jay dan memberitahu apa yang diberikan oleh si pak cik. Saya mencari dia diserata ceruk stor termasuk didalam chapel juga namun tiada disana, yang ada cuma beg galas dia.

Hati saya terasa kosong. Saya duduk bersandar di dinding sambil berfikir. Sampai hati Jay jalan begitu saja tanpa menunggu saya balik. Entah apa yang begitu penting sampai dia tidak boleh tunggu saya. Kata-kata dia sebelum saya bertolak ke kampung dia masih terngiang-ngiang ditelinga.

Perlukah saya menunggu disini sehingga Jay datang balik atau mengikut kata-kata dia untuk pergi ke bandar?? Saya keliru. Bagaimana mungkin Jay boleh mencari saya sana dibandar kalau kami tidak pergi bersama??

Saya keluarkan telefon dan cuba untuk mendail nombor Jay berkali-kali tapi masuk voicemail. Ah! Bodoh betul saya sebab mengikut kata-kata Jay untuk pergi ke kampung dia. Air mata penyesalan mengalir tanpa sedar.

Tanpa Jay, stor chapel ini terasa menakutkan. Pelbagai perkara menakutkan bermain dikotak fikiran saya. Takut Will tiba-tiba muncul disana untuk mencederakan saya dan banyak lagi. Dengan hati yang berat saya menggalas beg Jay menuju ke jalan besar.

Perjalanan menuju ke bandar yang terdekat memakan masa kira-kira dua jam setengah. Sesampai saja disana, saya mencari tempat penginapan yang selamat dan murah. Saya pun tidak tau apa yang harus saya lakukan ditempat asing ini.

Berbaring dihotel budget ini membuatkan saya terfikir betapa sedihnya kehidupan saya. Dalam sekelip mata saya kehilangan orang yang saya anggap keluarga. Dalam sekelip mata, saya kehilangan tempat bergantung.

Nombor Jay saya cuba dail lagi berkali-kali namun masih gagal dihubungi, yang balik-balik call saya adalah Bapa Mama serta Will. Cepat-cepat saya block bila message Will lama kelamaan berbaur ugutan.

“Bell, ko sampai saja dibandar ko cari rumah sewa yang dekat dengan hospital. Duit yang ada dalam account saya cukup untuk menanggung ko dan baby sehingga la dia berumur dua tahun. Ko rehat saja disana, jaga diri dan baby baik-baik. Ko kena kuat untuk si baby. Saya yakin ko buli lalui semua ini.”

Kata-kata Jay masih lagi terngiang-ngiang ditelinga dan tanpa sedar saya terlelap. Sedar-sedar saja sudah pagi. Benda pertama yang saya buat adalah cek telefon kalau-kalau Jay ada call atau message tapi hampa, yang ada hanya message dari Auntie Gloria mengatakan Ashley sudah beransur sembuh.

Saya sangat sedih. Terlalu sedih. Hanya air mata saja yang menjadi teman setia saya. Jay, dimana ko sekarang? Kenapa ko belum datang cari saya?? Saya dan baby perlukan ko.

Masuk hari ini sudah dekat seminggu saya dibandar, namun Jay masih lagi belum menghubungi saya. Sekarang saya sudah pasti yang Jay sengaja berbuat begini semata-mata untuk melarikan dir dari saya.

Saya sangat bodoh sebab mempercayai kata-kata dia!

Namun, jauh disudut hati saya masih berharap yang Jay akan datang seperti yang dia janjikan.

Saya sudah mendapat rumah sewa yang berdekatan dengan hospital seperti yang Jay pesan. Apartment yang mempunyai dua bilik ini sudah memadai untuk kami bertiga nanti. Tuhan tolonglah bawa Jay balik kepada saya.

Ada satu pagi itu, ketika saya sedang sibuk mengemas rumah baru, saya mendapat panggilan daripada pihak hospital.

“Cik Mabell?”
“Ya…saya.”
“Saya dari Hospital Umum xxx mau kasi tau yang parents kamu maut dalam nahas jalan raya.”
“Apa??? Diorang sama siapa dalam kereta? Kenapa buli jadi begitu??”
“Bapa,Mama kamu dan ada 3 orang lagi penumpang lain. Punca kemalangan masih dalam siasatan. Buli kamu datang ke hospital untuk urusan pengecaman??”
“Bah. Nanti saya datang.”

Saya mengakhiri perbualan dengan penuh perasaan terkejut. Seminggu lepas mereka berkomplot untuk menganiaya saya tetapi sekarang, mereka sudah tiada.

Perasaan saya bercampur aduk. Saya gembira kerana orang yang cuba untuk menyakiti saya sudah tiada namun dalam masa yang sama saya juga berasa sedih kerana jauh didasar hati, saya masih menganggap mereka sebagai ahli keluarga.

Sebenarnya saya agak kesal sedikit mengenangkan terlanjur berjanji dengan pihak hospital untuk datang tadi. Sepatutnya biar adik beradik Mama dan Bapa saja yang uruskan hal itu.

Tidak apa la, anggap saja ini cara saya untuk membalas kebaikan mereka menjaga saya selama ini.

Perjalanan dari bandar menuju ke hospital umum tersebut memakan masa lebih kurang 3 jam. Sampai saja disana saya dibawa masuk ke dalam bilik mayat bagi tujuan pengecaman.

Sebaik saja kain penutup berwarna putih dimuka, saya terundur beberapa langkah melihat mayat Bapa serta Mama yang begitu mengerikan. Kepala mereka hancur sebelah. Adik-adik saya yang seramai dua orang juga turut terkorban.

Hanya beberapa saat saya mampu tahan untuk tengok dan terus berundur menjauh.

“Bersama ibu bapa kamu ada dua orang lagi penumpang. Kami berharap kamu boleh identify mereka, mana la tau kamu kenal.”
Kakitangan dalam bilik mayat itu berkata sambil membuka kain penutup di sebelah katil Mama dan Bapa.

Sebaik saja kain itu dibuka, saya terkesima bila melihat wajah Will yang hampir sebelah badan dia remuk. Disebelah dia adalah nenek tua yang saya jangkakan adalah nenek dia dengan kecederaan yang hampir sama.

Saya berlari keluar dari bilik mayat itu dengan perasaan yang bercampur aduk.

Menurut pihak berkuasa yang juga ada disana, kemalangan itu berlaku berdekatan denga chapel tempat Will menikam saya dan punca kemalangan adalah terbabas, seolah-olah mereka mengelakkan daripada sesuatu.

Bagi urusan pengebumian saya meminta bantuan keluarga Mama serta Bapa dan selesai saja semua urusan saya kembali ke rumah untuk mengambil barang-barang saya.
Ahli keluarga Bapa dan Mama sarankan saya untuk tinggal dirumah kami namun saya menolak. Terlalu banyak kenangan pahit manis yang ingin saya lupakan dan tinggal dirumah tidak akan membantu.

Berlalu saja hari ketujuh mereka dikebumikan, saya mula berkemas untuk kembali ke rumah sewa saya dibandar. Saya sudah nekad untuk memulakan hidup baru disana.

Sedang sibuk berkemas, telefon saya berbunyi.

“Hello, saya pegawai polis yang menyiasat kes kehilangan kamu di dalam hutan tempoh hari. Saya mau memaklumkan saja yang kami sudah pun menemui mayat kawan kamu Jared.”

“En, ada sebarang kesilapan ka sebab baru seminggu yang lepas saya berjumpa dengan Jay.”
“Tiada sebarang kesilapan Cik Mabell. Mayat dia sekarang berada di balai polis dan akan kami hantar ke hospital untuk post mortem sebentar lagi.”

Lutut saya terasa longlai mendengar kata-kata pegawai polis tadi. Dunia terasa hendak kiamat. Seluruh harapan saya punah ketika itu.

“Jayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!”
Saya berteriak memanggil nama dia histeria. Sungguh saya tidak sangka Jay yang datang menyelamatkan saya hari itu hanya la tinggal roh dia sahaja.
















KODUDUO(ON GOING)Where stories live. Discover now