WHEN THE SUN RISE

1.2K 146 18
                                    

Dari dalam bilik saya nampak tabir itu bergerak-gerak seola-olah ada orang sedang menyelaknya dari luar. Tidak lama kemudian bayang-bayang orang yang tadinya seperti berbaris memanjang dari hujung ke hujung beranda kini sedang bergerak  menuju di luar bilik saya. Saya yang sedang memerhati dari bilik sudah menggeletar ketakutan. Saya mengoncang-goncang tubuh Ashley dan Gemima.
“Ash! Ontit! Bangun dulu bah. Kamu tengok dulu sana luar, banyak orang!” saya bersuara separuh berbisik tetapi masih tiada sebarang reaksi dari mereka berdua. Saya tidak dapat bertahan lagi kerana terlalu ketakutan. Saya menarik bahu Ashley dan Gemima yang tidur mengiring supaya berpaling ke arah saya, tetapi saya terlompat turun dari katil melihat mata Ashley dan Gemima begitu merah menyala seperti orang yang saya baru nampak di luar jendela tadi. Begitu besar dan sangat menakutkan!

“Arggghhhhhhhhhh!!!” saya berteriak kuat ketakutan sambil berpaling ke arah jendela tetapi tiada sesiapa pun di sana. Bayang-bayang tadi hilang dalam sekelip mata. Ashley dan Gemima pula turun dari katil dan mendapatkan saya. Mata mereka berdua seperti biasa saja, tidak merah menyala dan menakutkan seperti tadi. Ashley datang memeluk saya sementara Gemima duduk di hujung katil, tidak berkata apa-apa. Sesudah saya agak tenang baru la Ashley bertanya tentang apa yang berlaku dan dengan ketakutan saya menceritakan satu persatu.
“Sebenarnya, ketika saya tidur dalam bilik saya tadi rambut saya kena tarik. Lepas itu saya terdengar suara orang berbisik-bisik di bawah rumah ini. Macam ramai betul orang saya dengar. Tidak lama lepas itu saya terbangun sebab dengar ko menjerit di luar. Masa  tidur tadi pun saya bermimpi yang tempat kita menginap ini di kelilingi oleh ramai orang,” Ashley berkata dengan muka serius.

“Dari awal saya sudah dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan tempat ini. Nanti besok kita tanya itu pak cik” saya menjawab. Jam menunjukkan 3.15 pagi dan kami mengambil keputusan untuk berjaga sehingga pagi. Saya dan Ashley bercerita-cerita untuk hilangkan ngantuk. Gemima pula hanya berdiam diri, tidak berminat dengan topik kami berdua. Mungkin kerana keletihan kami semua terlelap. Kami terjaga bila mendengar suara Jay dan Will memanggil manggil nama kami.
“Ash, Bell, Gem! Bangun!! Cuba kamu urang tengok sekeliling,” suara Jay cemas dan panik. Saya perlahan-lahan membuka mata tetapi terpaksa menutup semula kerana sangat silau dengan cahaya matahari yang begitu terang.

Kami bertiga memandang sekeliling dan begitu terkejut dengan apa yang kami nampak. Kami bertiga sedang berbaring di atas pangkin yang sudah agak reput di tengah-tengah hutan. Rumah penginapan tempat kami tidur semalam rupanya hanya la pangkin yang mempunyai 5 partition. Di depan pangkin tempat kami semua tidur terdapat sebuah pondok usang. Kami bertiga bangun dalam keadaan tidak percaya dan kebinggungan kenapa kami boleh end up di pangkin.
“Jay, Will apa yang sedang berlaku? Mana rumah tumpangan tempat kita tidur semalam??”
“Jangan tanya saya sebab saya sendiri pun tidak tahu apa yang sedang berlaku” jawab Will. Jay tidak mampu menjawab, raut wajah dia sangat keruh. Ashley juga tidak mampu untuk bersuara kerana terlalu binggung.

“Jay, saya sangat takut. Kita di mana ini??” Gemima berlari ke arah Jay dan terus memeluk dia tanpa segan silu sambil tersedu sedu menangis. Saya tidak peduli dengan Gemima biarpun perangai dia nampak melebih-lebih. Saya berdiri dan turun dari pangkin tetapi kaki saya tertendang sesuatu. Saya tertendang sehelai daun lebar yang dipenuhi dengan cacing besar-besar yang telah mati. Perut saya terasa mual sehingga saya termuntah.
“Bell, kenapa???” Jay menepis tangan Gemima dan berlari ke arah saya. Saya menudingkan jari ke arah daun selebar piring sederhana besar itu. Mereka semua berkumpul untuk melihat daun tersebut.
“Aikk! Macam mana boleh ada cacing?? Dari mana datangnya cacing ini?? Besar-besar lagi itu. Eh! Ada siput babi lagi!” jelas Will sambil menguis-nguis gumpalan cacing tersebut. Saya termuntah lagi mendengar kata-kata Will. Saya memang jenis penggeli sejak dari kecil.
“Bell, kenapa ko berabis muntah? Ko nda sihat ka ini??”tanya Jay lagi sambil menepuk2 belakang saya.
“Bagi tau la kami kenapa Bell. Mungkin kami boleh tolong” sampuk Ashley pula sambil mendekati saya.

KODUDUO(ON GOING)Where stories live. Discover now