MARRY ME NOW!

1.1K 155 31
                                    

Ketika kami sedang menunggu di luar ward, Will muncul tercungap-cungap sambil mendekati saya.
"Saya dengar Gemima sudah di temui. Macam mana dengan Jay?"
"Dia belum di temui. Kenapa ko ada di sini? Macam mana keadaan Ashley??"
Saya bertanya dengan penuh kehairanan melihat Will yang tiba-tiba saja muncul di hospital sedangkan dia sepatutnya berada di rumah Ashley.

"Itu tidak penting sekarang. Apa yang penting Jay!"
Will menjawab dengan nada tegang. Saya faham dia lebih risaukan Jay sebab Jay adalah kawan baik dia, tetapi dia tidak sepatutnya meninggalkan saja Ashley.

"Will, Ashley, Jay dan Gemima adalah kawan kita. Nyawa mereka semua sama penting. Macam mana ko boleh tinggalkan saja Ashley dan lari ke sini? Siapa yang beritahu ko Gemima sudah di temui?"

"Polis"
Jay menjawab sepatah lalu berpatah balik menuju ke pintu keluar. Baru saja saya mahu membuka mulut untuk bertanya kemana Will mau pergi, pintu ward dibuka dan beberapa orang doktor berserta nurse keluar.

"Siapa ahli keluarga Gemima Robert di sini??"
Salah seorang daripada doktor tadi bersuara sambil memandang wajah kami bertiga.

"Kami doktor. Macam mana keadaan dia?"
Bapa dan Mama melangkah dan berdiri betul-betul di hadapan doktor itu. Doktor tadi kelihatan teragak-agak membuka mulut.

"Saya minta maaf pak cik, mak cik. Saya gagal selamatkan dia. Dia kehilangan terlalu banyak darah akibat terlalu lambat sampai ke hospital. Kalau dia sampai awal sedikit mungkin masih boleh di selamatkan."
Doktor tadi menjelaskan sambil memegang bahu Bapa. Saya melihat air mata Bapa dan Mama mengalir menuruni pipi mereka.

Saya terduduk mendengar kata-kata doktor tadi. Semua ini salah saya. Kalau saja saya periksa betul-betul sebelum meninggalkan hutan itu, pastinya Gemima masih hidup sekarang. Kalau saja saya berani sedikit,Gemima mungkin tidak akan mati.

Kalau saja saya tidak terlalu ikutkan perasaan marah, mungkin saya akan memeriksa nadi Gemima berulang kali. Oh..Tuhan! Saya sudah menjadi pembunuh. Saya tersandar ke dinding sambil meraup muka penuh rasa bersalah.

Selepas Bapa menandatangani semua dokumen hospital berkaitan dengan kematian Gemima, kami bertiga keluar dari hospital dengan perasaan sedih. Macam mana pun Gemima melayan saya sebelum ini, walau apa pun yang telah dia katakan, saya tidak dapat mengenepikan kenyataan pertalian darah kami.

Sampai di perkarangan hospital, saya terpempan bila melihat Will sedang bersandar di tepi kereta dia.
"Uncle, saya mau minta izin untuk bawa Bell keluar sekejap. Saya akan menghantar dia balik."
Bapa hanya mengangguk perlahan sambil merangkul bahu Mama menuju ke kereta yang terletak di parking lot depan.

"Kita mau pigi mana ini Will?"
Saya bertanya masih terpinga-pinga dengan tindakan Will yang bagi saya kurang sensitif. Sudahlah tadi di luar ward dia tiba-tiba saja menghilangkan diri, sekarang tiba-tiba saja mau bawa saya keluar.

"Masuklah dulu Bell. Kita cerita dalam kereta. Nda bagus kita berdiri-diri di sini, ramai orang perhatikan kita."
"Sekarang baru ko peduli akan pandangan orang. Tadi di dalam hospital ko hilang begitu saja tanpa mempedulikan apa pandangan mama bapa saya. Ko tau kah yang Gemima sudah 'tiada'?"
"Oh My God! I am so sorry Bell. Saya betul-betul ada hal penting yang diselesaikan tadi."

Saya merengus kasar mendengar jawapan dia. Saya tau lah pertunangan kami sekadar lakonan, tetapi di mata Mama dan Bapa serta semua orang, kami adalah pasangan tunang yang sebenar dan sebagai tunang dia sangat tidak sensitif dengan masalah yang berlaku kepada kami sekarang.
"Kasi tau la mana kita mau pigi ini?"
"Sabar Bell, nanti ko tau juga itu."
Will menjawab bersahaja. Saya tidak suka bermain teka teki seperti ini. Kenapa dia tidak boleh beritahu saja terus mau pergi mana.
"Kenapa ko nda buli kasi tau terus saja?! Saya penat betul bah ini, badan saya sangat sakit sebab accident saya mau rehat. Kalau tidak penting lain kali la kita pigi sebab banyak hal lain yang lebih penting lagi saya mau buat sana rumah."

"This is very important Bell, trust me."
"Kalau penting betul, kasi tau la saya!"
Saya menyinga mula hilang sabar dengan karenah Will tetapi dia cuma tersenyum dingin memandang ke depan. Hati saya sakit secara tiba-tiba. Saya terasa diperlekehkan.

"Patience is the key my dear. Patience."
Dia menjawab dengan suara perlahan dan mendatar. Muka dia sekali lagi kelihatan bersahaja. Fikiran dia terlalu sukar untuk saya teka. Saya mencebikkan bibir tanda menyampah.

Setelah memandu seketika, Will membelok ke jalan kampung. Saya tertanya-tanya kemana dia mau bawa saya. Dia mau culik saya ka ini? Ah! Mustahillah dia minta izin dengan Bapa Mama saya dulu kalau mau culik saya. Mabel, ko berfikir terlalu banyak. Siang juga pula ini, apa ko mau takut.

Di penghujung jalan saya melihat chapel usang. Will berhenti di hadapan chapel itu lalu membuka safety belt dan memberi isyarat kepada saya untuk keluar sama.
"Apa kita buat di sini Will??"
"Kita masuk dalam dulu baru ko tau"

Saya sudah malas bertanya sebab setiap kali jawapan dia hampir sama saja, jadi saya ikut saja dia dari belakang. Melangkah saja masuk ke dalam chapel saya melihat seorang paderi tua sedang menunggu kami berdekatan dengan Mimbar.

Ketika hampir sampai ke Mimbar tersebut, Will berhenti berjalan lalu menoleh ke arah saya lalu berlutut.
"Bell, will you marry me now?"
Tanya dia secara tiba-tiba membuatkan saya terpana dengan tindakan dia.
"Soalan apa yang ko tanya ini? Kan kita sudah pun bertunang?"
"Ya but I want to get married now."

Will menjawab sambil memegang tangan saya di depan paderi tadi. Saya menarik tangan saya.
"Will, saya tidak suka apa yang ko buat ini. Kenapa mau sekarang? Kita akan berkhawin juga pun nda lama,"
"Ya...but I want it right here. Right now."
"Ini kerja gila Jay!"
Saya menjawab lalu menarik tangan saya dan berjalan keluar menuju ke kereta tetapi belum sempat saya sampai ke kereta Will sudah memegang bahu, kasar.
"Bell, what's wrong with you?? You don't want to marry me is it??"
"I want! But not like this. Tiba-tiba saja bawa saya seorang begini. It's my wedding and I want my family to be there as well!"

Saya menjawab dia kasar. Terasa sangat marah dengan tindakan dia yang bagi saya kebudak-budakan. Saya tengah banyak masalah boleh pula dia buat prank begini.
"No! You don't understand Bell, I don't have much time. Its now or never!"
"It won't happend then!"
Will memandang saya dengan riak muka yang marah dan merentap tangan saya kasar lalu memaksa saya masuk dalam kereta.


KODUDUO(ON GOING)Where stories live. Discover now