NEW THREAT

1.2K 156 18
                                    

Ketika kandungan saya mencecah umur 8 bulan, sibuk sudah Jack, mama dia serta ahli keluarga yang lain membeli peralatan dan kelengkapan baby. Hospital tempat saya deliver pun sudah kena booked sedia. Bilik baby pun sudah stand by, siap kena deco lagi.

Diorang pula yang terlebih excited daripada saya. Sampaikan pilih nama baby pun berebut-rebut. Kadang-kadang pergerakan saya sangat terbatas sebab kena awasi betul-betul. Takut saya jatuh lalu tercedera.

Melihat kegembiraan keluarga Jay membuatkan luka kerana kehilangan Jay perlahan-lahan terubat. Walaupun saya dan Jay tidak pernah berkhawin tetapi layanan mereka terhadap saya mengalahkan anak kandung. Semua itu membuatkan hati saya tersentuh.

Sehinggalah satu hari muncul seseorang yang menganggu gugat semua kebahagian yang baru saya kecapi. Kami semua sedang breakfast masa itu ketika terdengar ketukan dipintu utama. Bila pembantu rumah buka saja, terus menerpa masuk seorang perempuan muda yang agak cantik.

"Jack, hunnn! I am back!"
"Rochelle!!"
Jack tergamam melihat perempuan itu yang terus berlari lalu memeluk dia. Mama Jack juga kelihatan terkejut.

"Who is she?? What is she doing here??"
She is my brother's wife, Mabell. Dear, ini Rochelle. Bekas tunang saya."
"Correction! Masih tunang okey!"

Perempuan bernama Rochelle itu membentak sambil memuncungkan bibirnya.
"Rochelle, ko menghilangkan diri seminggu sebelum perkhawinan kita. Selepas 1 tahun baru ko muncul balik mengaku tunang. Itu sangat tidak boleh diterima."
Mama Jack ikut bersuara tanda kurang senang dengan tindakan Rochelle. Namun Rochelle segeran memeluk mama Jack.

"Rina, angkat semua bag saya masuk dalam!"
Rochelle berteriak memberi arahan kepada pembantu rumah Jack. Huh! Mengada-ngada betul, Jack sendiri pun tidak pernah memberi arahan sebegitu kasar.

"Rina, tolong bawa Madam Mabell berehat dibilik dia. Biarkan si Rochelle itu!"
Jack menjeling Rina tajam. Terus saya nampak muka Rochelle jadi hitam menahan marah, namun dia cuba sedaya upaya menutupinya.
"Fine! Saya angkat sendiri nanti!"
Saya mendengar suara Rochelle, yang masih sibuk bercerita itu ini kepada mama Jack yang saya dengar tidak menjawab langsung.

Saya berehat diatas katil, meluruskan kaki saya yang agak bengkak. Belum sempat saya bersandar pintu bilik di tolak kasar.
"Hey, perempuan!! This is my room! How dare you to stay here!! Kosongkan bilik ini sekarang!!"
Rochelle menyergah saya yang baru cuba untuk meluruskan kaki. Terkejut betul saya kena teriak begitu.

"E-rr. Jack dan mama dia yang suruh saya tinggal didalam bilik ini. Jadi, kalau ko mau balik ini bilik ko suruh la diorang halau saya!"
Saya menjawab sedikit marah. Pandai-pandai saja suruh saya keluar. Bukan rumah dia pun.
"Ko mau main kasar ka?! Fine! You messed with the wrong people bitch!"
Dia membentak sambil membanting pintu bilik saya. Dari luar saya dengar dia sedang bertengkar dengan Jack.

"Rochelle, the best for you to do now is go back to your own house. Hal kita nanti bincang didepan kedua-dua parents kita."
Saya dengar Jack bersuara marah namun suara Rochelle lagi tinggi daripada dia. Tidak mau mengalah langsung. Tapi last-last dia balik juga bila mama Jack campur tangan sudah.

Betul-betul bikin sakit jiwa itu gaya perempuan. Entah macam mana Jack boleh suka perempuan yang berperangai begitu.

Selepas hari itu, Rochelle selalu datang ke rumah Jack untuk mengacau saya. Bilik baby yang sudah siap kena decorate cantik-cantik dia pergi conteng. Curtain dia pergi koyak dan begitu juga dengan semua mainan dia pijak-pijak.

Kadang-kadang bilik saya sengaja dia simpan air, sampailah saya tergelincir. Cemas terus satu keluarga bila nampak saya tumpah darah. Nasib baik baby selamat dan saya pun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sejak dari itu, Jack dan mama dia tidak benarkan Rochelle datang ke rumah. Kunci gate diorang tukar tapi dia pandai. Dia datang setiap kali Jack dan mama dia tiada dirumah.

Dia berjaya membuatkan berlaku salah faham antara saya dengan keluarga Jack bila dia menuduh anak dalam perut saya bukanlah milik Jay. Kononnya dia tahu siapa bapa baby yang sebenar. Siap dia ambil gambar curi saya bersama Ashley yang sudah mengubah penampilan kepada boyish look.

Nasib baik, Jack dan keluarga dia tidak termakan dengan fitnah Rochelle tetapi oleh kerana sakit hati saya ambil keputusan untuk pack semua barang saya. Saya hanya mahu pergi jauh dari keluarga mereka dan melahirkan baby tanpa sebarang tekanan.

"Bell! Stop right there. Before you go let me ask you one thing. After that, If you still want to go I won't stop you anymore."
Jack berlari menahan saya yang sudah bersedia melangkah keluar dari rumah dengan beg-beg saya.
"Tanya la cepat, sebelum tunang ko naik angin!"
Saya menjawab sambil menjeling ke arah Rochelle yang tersenyum sinis duduk bersilang kaki diatas sofa.

"Selama beberapa bulan ko di sini, tiada sedikit ka feeling ko terhadap saya timbul? Ko sampai hati ka mau kasih tinggal ini family yang sangat sayangkan ko?"

Jatuh air mata saya mendengar kata-kata Jack. Tidak dapat saya nafikan yang selama beberapa bulan tinggal bersama mereka dan dijaga dengan penuh kasih sayang membuatkan perasaan dan tanggapan saya terhadap dia mula berubah.

"Bukan saya tidak sayang tetapi kamurang nampaknya lebih percayakan Rochelle daripada sendiri. Lagipun, mana dapat ko bersama dua orang dalam satu masa?? Saya tidak akan mau!"

Saya membentak sambil menjeling ke arah Rochelle yang berjalan ke arah Jack sambil gesel-gesel badan. Dasar sundal!

"That's all I need to know. Mabell, would you spend the rest of your life with me??"
Jack bilang sambil berlutut memegang tangan saya dengan sebentuk cincin ditangan dia.
"Oh, yes! Yes! Yes! She will definitely say yes dear!"

Mama Jack meluru sambil memeluk saya. Laju dia tarik tangan saya supaya Jack boleh sarungkan cincin tersebut. Rochelle teriak-teriak memaki saya dan Jack sambil hentak-hentak kaki namun tiada sesiapa pun yang pedulikan dia.

"Look Rochelle, kau tinggalkan saya seminggu sebelum perkhawinan kita untuk bersama kekasih kau. Bila kau sudah bosan, kau tinggalkan dia untuk balik pada saya. Not in a million years girl. Saya tidak sebodoh dulu! From now on, don't you dare to show up anywhere near my wife or my family or I'll make a police report!"

"Fine!! May you people rot in hell then!"
Rochelle menghempas pintu depan dan berlalu keluar dengan marah. Kami semua mentertawakan gaya dia yang tidak ubah seperti budak kecil.

Menjelang minggu ke 38 kandungan, perut saya mulai sakit-sakit. Terasa seperti sakit hendak membuang air tetapi bila masuk tandas tiada apa-apa juga. Makin lama makin kerap itu sakit datang sehingga tiba-tiba saja banyak darah keluar.

Bila Jack tau, cepat-cepat dia menggendong saya sambil melaung memanggil mamanya. Bila saya sampai di labour room, bukaan sudah pun 7cm dan hanya satu jam setengah menunggu lahirlah baby boy seberat 3.2kg yang kami namakan Jeremiah Jared. Wajah dia betul-betul saling tidak tumpah mendiang Jay.

Air mata saya mengalir kegembiraan. Kelahiran baby Jeremiah betul-betul membawa sinar baru dalam hidup saya.

Selepas saya habis berpantang, kami melangsungkan perkhawinan di kampung didepan kubur Jay. Bersaksikan 'Jay' kami mengikat janji untuk menjaga baby Jeremiah bersama-sama.

KODUDUO(ON GOING)Where stories live. Discover now