HEART WRENCHING REUNION

1K 162 53
                                    

Perlahan saya membuka mata. Semuanya kelihatan kabur. Seluruh badan saya terutama bahagian belakang terasa sangat sakit. Sakit seperti ditoreh oleh pisau.

"Ko sudah sedar?"
Saya disapa oleh suara yang sudah begitu lama saya rindukan. Pandangan saya alihkan ke tepi dimana suara itu datang. Jay sedang duduk bersandar di dinding sambil memerhatikan saya.

"J---Jay, ko masih hidup?? Di mana saya sekarang? Apa yang berlaku? Ouch! Sakit badan saya!"
Dengan sisa-sisa tenaga yang ada saya cuba bangun tetapi tidak berdaya. Saya terlalu lemah.

"Shhhh! Jangan bergerak Bell. Ko baring saja. Ko sudah selamat sekarang. Kita berada di stor chapel tempat Will bawa ko. Jangan risau dia tidak akan datang ke sini buat sementara waktu kerana menyangka ko sudah mati."

"Macam mana ko tau saya ada di sini?? Macam mana ko buli terselamat dalam hutan itu?"
"It's a long story. Nanti la kita cerita."

"Terima kasih sebab selamatkan saya. Saya sangat gembira ko masih hidup. Terlalu banyak perkara yang saya mau cerita pada ko."

Saya berkata perlahan sambil mula mengalirkan air mata bila teringatkan Mama dan Bapa. Rasa begitu sedih dan gembira dalam masa yang sama.

Sungguh saya tidak menyangka yang dalang disebalik semua kejadian buruk ini adalah mereka sendiri.

Terlalu menyakitkan bila dikhianti oleh orang yang telah kita anggap sebagai ahli keluarga.
"Don't cry! Shhhhh! Saya sudah tau semuanya."
"Ko sudah tau?? T--Tapi macam mana ko tau?"
"Trust me, I know."

Jay menjawab sambil mengelus perlahan bahu saya.

Bila difikirkan balik, saya terasa malu dengan diri sendiri. Saya melayan Jay dengan buruk ketika kami masih berada didalam hutan dan sekarang dialah yang menjadi penyelamat saya.

"Saya tidak faham macam mana ko buli terselamat? Macam mana ko tau yang Will bersubahat dengan Mama dan Bapa saya? Macam mana ko tau saya ada disini?"

"Like what I said, it such a long story to tell. Tapi bila saya tersedar, kamu bertiga sudah tiada. Saya cuba mencari jalan keluar tetapi saya sampai pula dipondok tempat kita bermalam."

Jay berhenti sekejap sambil menarik nafas panjang.

"Di sana saya terjumpa beberapa biji capsule pil khayal. Sewaktu hendak keluar dari sana, saya ternampak ada sebuah rumah kecil yang sedang berasap dibelakang tidak jauh dari pondok."

"Lepas itu??"
Saya mendesak Jay untuk meneruskan cerita bila saya nampak dia paused sekejap.

"Selepas itu saya berjalan menuju ke sana, ingatkan mau minta tolong tetapi dari jauh saya ternampak nenek tua yang menyeberang jalan bersama anjing dia ketika kita dalam perjalanan ke daerah P hari tu."

"Haaaa?? Nenek tua yang kamurang hon kuat-kuat tu ka? Terus??"

"Ya! Dia la. Baru saya mau panggil minta tolong, saya ternampak gambar Will dalam frame di dinding rumah itu."
"Gambar Will?? Jadi rumah itu adalah rumah Will?? Apa lagi ko nampak disana?"

"Ya. Ada bermacam-macam barang yang orang selalu pakai untuk pemujaan. Dari sana, saya sudah tau yang ada something wrong sama si Will. Saya rasa nenek si Will adalah Bobohizan dan pondok yang kita jumpa itu adalah tempat pemujaan."

"Oh,my! Patut la ada kalung segala. Jadi macam mana ko cari saya? Kenapa ko tidak menunjukkan diri??"

"Saya pergi rumah ko pada hari kamu bedua ditunangkan. Masa itu, saya secara tidak sengaja terdengar perbualan Mama Bapa ko dengan dia. Dari sana saya tau yang mereka sedang merancang sesuatu yang nda baik."

"Jadi kenapa ko nda jumpa saya terus kasi tau semua?"
"Saya nda dapat berbuat begitu."
"Kenapa??????"
"Never mind. It doesn't matter anymore. Apa yang penting sekarang ko kena minta perlindungan supaya nda menjadi mangsa rancangan jahat mereka."

Saya kebinggungan mendengar kata-kata Jay.

"Jay, saya tidak faham. Kan ko sekarang sudah ada untuk melindungi saya?"
"Saya tidak pandai dalam bab ilmu-ilmu itu. Ko kena jumpa orang yang betul untuk protect ko."
"Jadi mana kita mau pergi?"
"Bukan kita. Ko kena pergi sendiri. This is something you need to do yourself."
"Tapi saya nda berani jalan saturang, nanti diorang jumpa saya!"
"Jangan risau, diorang fikir ko betul-betul sudah mati. You need to be strong Bell."

Walaupun agak keberatan, tetapi saya ikut juga cakap Jay untuk berjumpa dengan pak cik orang pandai dikampung dia. Tapi sebelum itu, dia suruh saya balik ke hutan tempat kami sesat untuk ambil beg galas dia.

Jay suruh saya tutup muka dengan cardigan saya supaya tiada sesiapa yang cam. Dalam hati saya rasa sedikit marah kerana Jay menyuruh saya balik semula ke tempat yang pernah membuat saya trauma, semata-mata untuk mengambil bag dia? Kenapa la dia tidak bawa sendiri??

"Bell, dalam bag ini ada wallet saya. Ko ambil la. Ada beberapa atm card didalam itu. Semua pun ada isi, tidak banyak tapi cukup la untuk menampung keperluan ko sama baby sampai dia berumur 2 tahun. Lepas saja ko jumpa pak cik itu, ko mesti keluar dari sini. Pergi ke bandar dan cari rumah sewa. Mulakan hidup baru."

Jay menghulurkan dompet berserta dengan beg galas dia sekembalinya saya dari hutan di daerah P itu.

"Aik??? Apa maksud ko?? Ko nda mau bertanggungjawab sama saya ka ini?? Ko sendiri mau pergi mana??"
"Saya mau Bell. Sangat-sangat mau tapi ada hal lain yang perlu saya selesaikan."
"Jadi macam mana saya mau cari ko nanti??"
"Saya yang akan cari ko Bell. No worries."

Permintaan Jay semakin membinggungkan saya. Kenapa kami tidak boleh pergi bersama-sama?? Kenapa saya kena pergi sendiri?? Dia langsung tidak risau ka kalau saya bertembung dengan Will atau Mama Bapa saya? Dia tidak risau langsung ka kalau saya ke sana sini seorang diri???

Ataupun dia sengaja mau melarikan diri dari tanggungjawab dia?? Mungkin dia sengaja buat begini supaya dia boleh melepaskan diri!! Ya..kemungkinan besar! Nope, saya tidak akan tertipu!!

"Bell?? Besok ko kena jalan sudah itu. Saya takut kalau lagi lama ko disini, Will akan jumpa ko."
"Jangan harap! Ko sengaja mau lari dari bertanggungjawab ni kan?? Itu la ko suruh saya jalan dulu, kannn?? Bila saya sudah jalan nanti ko terus lari hilangkan diri!"

"Bell, saya sayangkan ko lebih dari diri saya sendiri. Cuba ko fikir, kalau saya nda sayang ko buat apa saya susah-susah pergi kampung ini semata-mata untuk selamatkan ko??"
Saya terdiam sebentar mendengar kata-kata Jay. Ada betulnya juga. Kalau betul dia mau lari, buat apa la dia susah-susah datang kampung saya ini??
Tapi saya masih tidak berpuas hati, kenapa kami tidak boleh pergi bersama. Berdua.
"Kita pergi sama-sama la bah Jay. Saya takut."
"Kan saya sudah cakap, ada hal lain yang lebih penting saya kena buat. Ko pergi dulu, nanti saya cari ko. Dimana pun ko pergi, saya tetap akan dapat cari ko itu. Trust me love!"

Ah! Saya betul-betul tidak suka rancangan Jay ni. Sekarang ni dia sajalah orang yang saya boleh percaya. Dia sajalah ahli keluarga yang saya ada. Bersama dia saya rasa selamat tetapi kenapa dia seolah-olah mau menjauhkan diri dari saya?? Apa hal lain yang lebih penting dari saya??

"Bell, pleaseee??"
"Okey! Okey!! Tapi awas kalau ko sengaja mau cari alasan untuk melepaskan diri, saya buat report polis nanti. Semua info ko ada dalam atm card ko juga ni. Jadi jangan ko macam-macam!"
"Saya tidak berani!"
Jay menjawab sambil tersenyum. Alangkah handsomenya dia! Sepanjang malam kami habiskan bercerita tentang banyak hal. Tentang apa yang sedang berlaku, tentang diri sendiri dan tentang masa depan. Saya tertidur dalam pelukan Jay.








KODUDUO(ON GOING)Where stories live. Discover now