“Arrggggghhhhhhhhh!!” saya menjerit lantang kerana terlalu terkejut. Saya berlari sepantas kilat menuju ke tempat mereka yang lain.
“Mabel, are you okey?? What’s wrong??,” Jay, Will dan Ashley mengerumuni saya. Hanya Gemima yang buat tidak tau saja.
“Ada sesuatu yang sejuk sentuh tengkuk saya dari luar!,” saya menjawab ketakutan. Ashley terus memeluk kuat bahu saya. Gemima berlari cepat dan terus memegang erat tangan Jay. Jay nampak tidak selesa dan cuba meleraikannya tapi Gemima pegang balik.
“Cuba mari kita semua pigi tengok,” Jay bergerak mengambil lampu obor yang lelaki tua tadi pasang. Kami semua bergerak perlahan-lahan seperti sedang menghendap ke arah jendela di mana saya bersandar tadi. Jay memberi isyarat supaya kami tunggu beberapa langkah dibelakang.Kami berempat yang berdiri rapat-rapat antara satu sama lain, menunggu di belakang dengan penuh ketakutan. Keadaan tiba-tiba saja bertukar menjadi seram dan tegang. Jay perlahan-lahan menyuluh ke luar. Tidak lama kemudian dia ketawa terbahak-bahak dan kemudian memanggil kami semua.
“Mabel, ini la yang pigi pegang tengkuk ko tadi,” dia berkata sambil menudingkan jarinya ke arah 3 batang pokok sebesar ibu jari yang berada betul-betul di tepi jendela tempat saya berdiri tadi. Semua orang yang tadinya dalam ketakutan ikut ketawa terbahak-bahak.“Ko baru la Bell! Saya ingat apa tadi,” seloroh Ashley sambil masih ketawa besar.
“Isshhh! Ko ni..minta perhatian saja,” cemuh Gemima sambil tersenyum mengejek. Gila ka apa dia ini, siapa la sengaja mereka-reka cerita tentang hal-hal begitu!
“Tengkuk ko ada mata ka O..N..T..I..T? Bagus la kalau tengkuk ko ada mata sebab tengkuk saya tidak bermata. Mana la saya tau ada pokok kecil di sana!!,” saya menjawab keras. Sengaja saya tekankan nama kurang glamor dia. Sakit hati saya kena cakap begitu.
“Ontit?? Nama ko ka itu Gem? Funny juga nama ko ha ha ha!” Will mentertawakan Gemima yang masam mencuka mendengar jawapan saya. Padan muka ko! Siapa juga suruh cari pasal, bisik hati
kecil saya.
“So, what?? Semua urang ada nama pang…”
“Bilik kamu semua sudah siap ah”belum sempat Gemima menghabiskan ayat dia lelaki tua tadi menyampuk dari arah belakang.Kami semua kegembiraan mendengar kata-kata lelaki tua itu. Mana tidak semua orang pun sudah keletihan.
“Kamu urang mau makan apa?? Kami ada sediakan Mee Goreng saja,” lelaki tua itu bersuara ketika menghantar kami ke bangunan satu lagi yang berupa seperti pondok panjang.
"Mee Goreng pun okey suda itu angkol," kami serentak menjawab. Kami mana ada pilihan lain ditengah-tengah hutan begini.Sampai saja didepan deretan penginapan itu, lelaki tua tersebut meminta diri untuk menguruskan makanan kami. Perlahan-lahan kami berlima menaiki anak tangga yang hanya ada tiga. Setiap bilik ada tangga masing2. Jay memilih bilik paling tepi sebelah kiri, Will pula paling tepi sebelah kanan. Bilik saya paling tengah dan Gemima bersebelahan dengan bilik Jay. Bilik Ashley pula bersebelahan bilik Will. Bentuk penginapan ini betul-betul seperti rumah panjang. Ada beranda panjang dengan tangga berdepan pintu setiap bilik.
Bilik penginapan ini agak kecil. Size dia lebih kurang 10 by 10. Ada sebuah katil bersize sederhana yang diperbuat daripada papan. Ada dua buah jendela besar yang diperbuat daripada bilah-bilah bambu. Jadi jarak lubang jendela antara satu dengan yang lain agak besar. Nasib juga la ada kain langsir yang sudah agak lusuh. Lantai dan dinding diperbuat daripada papan yang sudah agak reput.
Bilik yang tidak mempunyai apa2 perabot selain katil itu diterangi oleh lampu pelita minyak tanah. Betul-betul suasana kampung.
"Ehhhh! Kotornyaaaa!Yuckkkk!!Jay, besok kita cari tempat lain ah. Saya nda suka disini!!" saya terdengar suara Gemima membebel marah dari bilik sebelah. 'Tembirang juga ko Ontit' bisik hati kecil saya. Jengkel dengan perangai Gemima. Sebelum ini tidak pernah dia berperangai begitu. Cuma sejak kerja dengan tempat sekarang, perwatakan dia berubah 360 darjah. Saya pun tidak faham kenapa dia harus berubah menjadi seseorang yang bukan dia."Tokk..Tokk..Tokkk" lamunan saya terhenti mendengarkan ketukan dari luar. Saya bingkas bangun dan membuka pintu.
"Siap sudah makanan kamu urang," seorang perempuan muda yang saya kira sebaya dengan kami, berkain sarung datang membawa makanan yang diletakkan di atas nyiru. Seperti orang yang sudah setahun tidak makan kami berebut mengambil piring masing-masing.
YOU ARE READING
KODUDUO(ON GOING)
HorrorBest Ranks : #Paranormal #2 #Ghost #2 #Sabahanstory #3 #Horror #5 Mabell dan empat orang kawan sekerjanya telah ditugaskan untuk membuat liputan mengenai pembangunan di Daerah P. Sebuah daerah yang terletak jauh terpencil dipedalaman. Ketika dalam...