THE SAD ENDING

1.2K 159 38
                                    

Kami akur dengan kata-kata Will lalu membuntutinya berjalan ke depan menuju ke arah bunyi enjin kereta. Setelah berjalan agak lama, kami akhirnya sampai ke persimpangan jalan kampung di mana kami membelok masuk beberapa hari lepas. Tidak jauh di hadapan, kami boleh melihat kereta yang sesekali lalu lalang di jalan besar.
“Tolongggggg!!!” Will melambai-lambai lemah kepada setiap kereta yang lalu tetapi siapa la yang boleh melihat kami yang masih di jalan kampung begini. Ashley menyiku bahu Will yang masih tidak berhenti-henti menjerit meminta pertolongan.
“Sia-sia ja ko menjerit begitu Will. Kita jauh di pelosok sini mana la ada kereta yang boleh nampak kita? Kita mesti juga berjalan sampai ke jalan besar,” tegur Ashley.
“Ah! Saya tidak larat sudah.”Will menjawab lemah. Memang sangat difahami keadaan Will sebab saya sendiri pun begitu. Ashley juga. Kami semua sudah sangat lemah.

“Kita nda boleh berhenti di sini. Jalan besar hanya ada di depan saja. Setelah begitu banyak kesusahan yang kita lalui, nda kan kita berhenti sampai di sini saja,” saya berkata sepatah-sepatah. Will dan Ashley hanya berdiam diri mendengar kata-kata saya.
“Bah! Mari kita saling berpapahan supaya kita semua sampai sana jalan besar,” cadang Ashley menjuihkan bibirnya ke arah jalan besar yang terletak kira-kira 2 kilo meter di hadapan kami. Kami semua berdiri perlahan dan dengan sisa-sisa tenaga yang kami ada, kami mula berjalan berpapahan menuju ke jalan besar. Mungkin kerana terlalu lemah, belum sempat sampai ke jalan besar kami bertiga sudah tidak mampu untuk melangkah lagi. Pandangan saya mula berpinar. Saya nampak bintang-bintang, tubuh saya mulai menjadi longlai dan saya tidak sedarkan apa-apa lagi.

Bila saya sedar, saya sudah berada dihospital begitu juga dengan Ashley. Saya tidak melihat Will, mungkin dia berada di ward lelaki.
“Doktor! Pesakit sudah sedar!” jerit seorang nurse yang berdiri tidak jauh dari katil saya. Serentak dengan itu saya melihat seorang lelaki dalam lingkungan 50an berjalan menuju ke arah katil saya dengan langkah yang agak cepat.
“Miss Mabell, are you feeling alright?? Do you know where are you now?” bertalu-talu soalan doktor tadi.
“Saya di hospital mana ini doktor?”
“Kamu sekarang berada dalam ward hospital ***** sini daerah K. 63 kilo meter daripada tempat kamu dijumpai,”
“Kawan-kawan saya yang lain macam mana keadaan mereka? Diorang dimana sekarang?”
“Maksud kamu, suami kamu William dan Ashley?? William berada di ward lelaki dan keadaan dia semakin baik biarpun kecederaan dia serius. Badan dia pulih dengan cepat berbanding kamu berdua . Ashley satu berada dalam ward ini juga.”
“Suami?? Eh..Doktor silap ini..dia itu….”
“Bell, it’s okey. Ko rehat saja. Doktor, boleh saya bercakap dengan Doktor?” Will yang entah bila berada di tepi katil saya menyampuk.
“Okey..boleh. Kita ke bilik saya,” jawab Doktor itu sambil mengorak langkah keluar dari ward.
“Bell, nanti saya jelaskan semuanya. Ada hal penting yang perlu saya bincangkan dengan Doktor” Will berkata perlahan sambil merenung muka saya. Saya tidak menjawab, kepala saya masih ligat berfikir akan maksud kata-kata doktor tadi. Suami kamu?? Apa maksud kata-kata doktor tadi???

‘Nurse!” saya memanggil nurse yang kebetulan lalu di katil saya. Nurse berpakaian seragam putih, bertubuh tinggi lampai itu segera berjalan menuju ke katil saya.
“Iya Cik Mabell..kenapa itu?”
“Anu..nurse. Kawan saya yang perempuan katil sebelah mana?”
“Ashley ka? Katil dia paling hujung tapi dia belum sedar-sedar lagi sejak kamu semua masuk sini?”
“Kenapa begitu nurse?? Teruk betul ka kecederaan dia?”
“Bruises pada badan kamu berdua lebih kurang sama saja tetapi kami pun tidak pasti kenapa dia belum sedar-sedar sampai sekarang. Bah..Ko sedia la. Nanti saya mau buat ultra sound.”
“Ultra sound untuk apa nurse?”
“Ultra sound untuk cek baby bah?”
“Cek baby ha ha ha!! Bila masa pula saya ada baby nurse??” kata-kata nurse tadi membuatkan saya ketawa kuat yang tertahan-tahan memandangkan satu badan saya masih sakit. Saya rasa sangat lucu sebab, boyfriend pun tiada macam mana boleh mengandung.
“Ini mesti husband ko belum beritahu kan?? Ko pregnant 2 minggu sudah. Doktor sudah beritahu husband ko semalam,nanti ko tanya la dia ah. Bah..baring ko sekarang, saya mau scan” nurse tadi memberi arahan sambil menarik langsir dihujung tepi katil.

Kata-kata nurse tadi bagaikan gempa bumi yang telah menggearkan dunia saya. Bagaimana mungkin saya boleh mengandung???! Jangankan melakukan hubungan intim, berpegangan tangan dengan mana-mana lelaki pun saya tidak pernah tiba-tiba pula saya mengandung! Saya menekup muka sambil menangis tanpa segan-segan. Dalam tangisan otak saya ligat berfikir macam mana saya boleh mengandung dan kemudian fikiran saya melayang dimalam, ketika kami berlima bermalam di pondok usang di tengah hutan itu. Malam dimana Jay memperkosa saya. Malam dimana saya kehilangan keperawanan saya. Malam sial! Fikiran saya serta merta terfikirka Jay dan Gemima. Macam mana dengan mereka? Adakah mmereka berdua masih berada dalam hutan itu?? Tapi itukan beberapa hari lepas saja. Macam mana pula saya boleh mempunyai kandungan berusia 2 minggu?? Apa yang perlu saya buat sekarang? Saya sudah mengandung dan orang yang sepatutnya bertanggungjawab sudah mati?? Fikiran saya tiba-tiba saja berserabut.
“Cik Mabell, nanti saya datang balik scan perut ko ah. Tunggu ko tenang dulu,” nurse tadi berlalu sambil membawa keluar peralatan dia. Mungkin dia memahami perasaan saya yang tengah berserabut ketika itu.

“Bell…”
Will memanggil saya perlahan sambil duduk di kerusi yang disediakan ditepi katil saya. Saya mengesat air mata yang masih bersisa di kelopak mata lalu duduk menyandar.
“I guess, nurse tadi sudah kasi tau ko kan. Ko pregnant 2 minggu, tapi jangan ko risau Bell. Saya akan bantu ko.” kata Will perlahan sambil memegang tangan saya.
“Macam mana ko mau bantu saya Will, Jay yang sepatutnya bertanggungjawab sudah meninggal, jadi macam mana ko mau bantu saya???” saya menjawab diselangi dengan tangisan yang berpanjangan.
“Saya sanggup kawin dengan ko Bell. Jangan salah faham, bukan semata-mata sebab bayi Jay tetapi saya ikhlas. Ko mau accept juga saya ka Bell?” kata-kata dan pertanyaan William itu menghentikan tangisan saya seketika. Saya tidak tau harus menjawab macam mana. Saya keliru dan binggung dengan situasi yang ada di depan saya sekarang. 
Tugasan pertama saya bertukar menjadi mimpi ngeri yang memberi trauma serta meragut keperawanan saya. Tugasan pertama yang bertukar menjadi tragedi berdarah kepada kami semua.

“Janganlah fikir panjang Bell. Kalau parents ko tau yang ko sudah mengandung nanti ko kena marah. Lebih baik, nanti kita sudah balik KK kita tunang kawin terus sebelum perut ko ketara,” pujuk Will lagi.
“Entah la Will. Saya masih binggung. Macam mana mungkin saya boleh mengandung 2 minggu sedangkan kita cuma berada beberapa hari dalam hutan itu??Bagi la saya masa untuk mencerna semua ini. Saya masih shock lagi dengan apa yang telah kita lalui dalam hutan itu. Sekarang masalah ini lagi,”
“Sebenarnya, kita tersesat dalam kawasan perkuburan itu lebih kurang 3 minggu lebih,sampaikan company sudah buat laporan polis yang kita berlima sudah hilang. Pihak polis ada masuk ke hutan itu untuk mencari kita tetapi mereka tidak menemukan sesiapa. Kita bernasib baik ada orang kampung yang berjalan kaki terjumpa kita bertiga dalam keadaan pengsan tidak jauh dari simpang menuju jalan besar,” Jay menceritakan semula saat-saat genting ketika kami diselamatkan.

“Apa?? 3 minggu??? Tapi baru beberapa malam saja bah kita bermalam dihutan itu!”
“Cuba ko cek phone ko sekarang Bell. Berapa hari bulan sudah hari ni? Ko masih ingatkah kita bertolak pada 1hb. Hari ini sudah 28hb Bell. Kita berada dihospital ini sudah 5 hari. Kemarin polis datang soal siasat sebab diorang mau masuk hutan untuk membawa keluar mayat Gemima dan Jay,”
“Oh..Gad!! Memang risau la mama bapa saya itu. Jadi polis sudah bawa keluar ka mayat Jay dan Gemima??”
“Belum lagi. Mereka tidak jumpa pun jalan masuk menuju ke hutan tersebut. Malah menurut diorang hutan itu tidak wujud pun dalam map Kampung P,”
“Maksud ko????”
“Ya! Hutan itu tidak wujud Bell!”
“O..Lord! Macam mana la mau cari remain diorang itu??”
“Entah la Bell. Kita serahkan saja kepada pihak berkuasa,” jawab Will dengan muka sedih. Mana la tidak sedih, Jay dan Will memang kawan baik. Saya pula menghela nafas berat. Sudah la masalah Gemima, sekarang saya mengandung lagi. Entah macam mana harus saya terangkan dengan mama dan bapa nanti.

Genap seminggu dirawat di hospital *****, kami bertiga akhirnya dibenarkan keluar dari hospital. Ashley sudah tersedar tetapi dia seperti orang yang sudah kehilangan akal. Dia diam saja sepanjang masa. Dia tidak mau bercakap dengan sesiapa pun. Mungkin dia terlalu trauma dengan apa yang sudah kami lalui bersama. Bapa pula bila dia dengar cerita saya, dia bergegas ke balai polis yang handle kes kami untuk bertanyakan sekiranya ada apa-apa berita mengenai pencarian Gemima, tetapi dia masih juga belum ditemukan. Will hampir setiap malam, bertanyakan apa keputusan saya dan setiap kali saya tidak mampu memberikan jawapan dan akhirnya pada suatu senja berhenti beberapa buah kereta didepan rumah kami. Dari kereta turun beberapa wanita dan lelaki pertengahan umur dan kemudian di ikuti dengan Will.

Will datang melamar. Saya sebenarnya masih tidak dapat membuat keputusan. Saya masih binggung, trauma,takut da sebagainya tetapi Will berjanji yang perkhawinan ini nanti hanyalah untuk sementara. No body contact dan hanya sehingga baby lahir dan selepas baby lahir dia akan menceraikan saya.

KODUDUO(ON GOING)Where stories live. Discover now