London
Aiyura Azzahra memasuki rumah sewanya.Dia mencari kembarnya,Aiyuna Azzahra.
"Yuna,kau kat mana?"
"Aku ada kat dapur ni.." laung Aiyuna Azzahra.
Aiyura Azzahra cepat-cepat ke dapur.Kelihatan kembar kesayangannya sedang masak sesuatu.
"Woi,kau masak apa?Rajinnya.Tetiba je.Ada pape ke ni?"
"Tak de lah.Aku saja nak masak untuk kau.Yelah,selama ni kau yang masak untuk aku.."
"Okay.Dah siap belum?Aku dah tak sabar nak makan air tangan kau ni.."
"Ishh..tak menyabar betul lah kau ni.."
Aiyura Azzahra ketawa.Tiba disaat itu,fonnya berbunyi.Tertera nama mama tercinta.Pantas dia menekan butang hijau.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumusalam,anak mama.Yura sihat tak?Yuna?"
"Kitaorang sihat.Papa sihat?"
"Papa sihat je.Bila korang nak balik ni?Mama dengan papa dah rindu sangat kat anak kembar kami ni.."
"5 tahun lagi kami baliklah.Mama,Yura rindu mama.." ujar Aiyura Azzahra manja dan mengada.
"Me too,sayang.Study macam mana?Okay?"
"Alhamdulillah,okay je.Mama janganlah risau.."
"Okaylah.Kirim salam kat Yuna ehh?Kiss sikit pipi dia tu.."
"Okay,mama.Assalamualaikum.."
"Waalaikumusalam,sayang.."
Talian dimatikan.
"Mama cakap apa?" soal Aiyuna Azzahra.
"Mama cakap.."
Aiyura Azzahra mendekati adik kembarnya.Dia pantas mencium pipi adik kembarnya itu.
"Kau buat apa ni?" soal Aiyuna Azzahra pelik.
Pipinya yang mulus itu disentuh.Hairan sungguh dengan tindakan kembarnya.
"Mama suruh buat macam tu.Aku kiss lah pipi kau.."
Aiyura Azzahra mengekek ketawa.
"Okay,sekarang kita dah boleh makan.."
"Nampak macam sedap.." laju sahaja tangan Aiyura Azzahra menyambar masakan kembarnya.
"Sedap okay.Jangan nilai aku sebelah mata,Yura.."
"Okay,meh aku nak rasa.."
Aiyuna Azzahra mencedok nasi ke dalam pinggan kakak kembarnya dan meletakkan lauk ayam masak merah itu.
Dihulurkan ke Aiyura Azzahra.
Setelah membaca doa,Aiyura Azzahra menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
"Macam mana?"
"Not bad.."
Terpapar riak wajah kecewa Aiyuna Azzahra.Dia sebenarnya tidak boleh jika mendengar perkataan not bad kerana baginya perkataan itu membawa maksud teruk.
"Yelah.Aku ni mana reti buat pape kan?"
"Yuna,aku gurau je lah.Rasa dia sama macam masakan mama.Kalah aku.Aku punya masakan pon tak rasa macam ni.."
Aiyuna Azzahra tersenyum.Disaat mereka makan,kedengaran azan berkumandang menandakan masuk waktu asar.
"Yuna.."
"Ye,Yura.Apa dia?"
"Nanti ajar aku masak macam kau tau.."
"Tengoklah kalau aku baik.."
Aiyuna Azzahra ketawa.
"Aku tahu kembar aku ni baik orangnya.." kata Aiyura Azzahra lagi.
Mereka meneruskan makan.
***
Malaysia
"Sayang,anak-anak kembar kita okay?" soal Azrif Ayril.
"Dorang sihat je.Saya rindu dorang lah.." kata Ayla Ayuni.
"Dorang je yang awak rindu?Abang ni tak rindu ke?"
"Abang ni,anak dah empat orang pon tak habis lagi menggatal kan?"
Azrif Ayril tersenyum.
"Abang gatal dengan awak je,sayang.Abang ada jugak niat nak gatal dengan mak janda rumah sebelah tu tapi bila fikirkan sayang dengan anak-anak,terbantut pulak.."
"Papa nak kahwin lain ke?" soal Alif Azfan.
"Papa tu takkan berani lah nak kahwin lain.Betul tak,papa?" kata Ayuha Azzara.
Ayla Ayuni hanya mendengar.
"Yuha,jom teman mama buat sarapan.Tak payah layan papa dengan abang tu.." ujarnya.
Mereka berdua beredar dari situ.
"Ayok,papa.Mama merajuk.." kata Alif Azfan lagi.
"Mama merajuk sekejap je.Kejap lagi papa pujuk okaylah tu.." balas Azrif Ayril selamba.
"Papa,ni.Suka sangat berlagak.."
"Papa tu memang,Fan.Suka sangat macam tu.Dah lah.Jom kita sarapan.Hari ni Yuha yang masak.." ujar Ayla Ayuni yang sedang menatang dulang lalu diletakkan ke atas meja.
"Serius arrhh,Yuha?Kau reti ke masak?" kata Alif Azfan seakan tidak percaya dengan kata-kata mamanya.
"Ma,tengok abang ni!Suka perlekehkan Yuha!" kata Ayuha Azzara tidak puas hati.
"Dah,tak payah gaduh.Depan rezeki ni.." tegur Azrif Ayril.
Mereka mula bersarapan.Sempat lagi Ayuha Azzara menjeling abangnya.
Alif Azfan turut membalas jelingan adik bongsunya itu.
Holla😂😂.Harap korang suka cite ni.Tetiba je rasa macam nk sambung cite (suamiku abang tiriku) tu.Tapi ni cite psal anak kembar dia.Stay tuned okay?Vote and comment too.Tapi tak selalu update.Harap korang bersabar,okay?Saya akan update bila free je.
YOU ARE READING
Kerana Kasih AIYURA AZZAHRA
Romance#2019 Coverby:@nurshaziera AIYURA AZZAHRA seorang gadis yang matang,berbudi pekerti mulia dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang disayanginya. Disebabkan satu insiden,dia terpaksa menjaga seorang budak perempuan yang bernama AURORA PUTRI. ...