part 53

8.3K 214 8
                                    

Aiyura Azzahra bangun dari pembaringannya.Setelah selesai menyiapkan diri,dia beredar ke balkoni luar.

Zarriq Irfan yang baru pulang dari membeli sarapan,hanya memerhati gerak-geri isterinya.

"Sayang,dah bersiap ni nak pergi mana?" soalnya sambil mendekati isterinya.

"Abang.." panggil Aiyura Azzahra meleret.

"Ye,sayang.Ada apa?Mengada semacam je ni.."

"Erm..nak kunci kereta.."

"Kunci kereta?Sayang nak pergi mana?"

Makin pelik Zarriq Irfan dengan isterinya itu.

"Yura nak jalan-jalan.."

"Jalan-jalan?Sorang-sorang?Habis tu abang macam mana?"

"Ala,boleh lah.Yura pergi kejap je.." rayu Aiyura Azzahra.

"Abang nak ikut sayang.Jadi pape kat sayang nanti susah.Tolong lah jangan buat abang susah hati.."

"Okay.." balas Aiyura Azzahra mengalah.

"Good wife.Sekarang ni kita sarapan dulu.Pastu baru kita pergi.."

Aiyura Azzahra menganggukkan kepalanya.Mereka bersarapan di balkoni itu.

Setelah selesai bersarapan,mereka melangkah keluar dari bilik.

Serentak itu,mereka terserempak dengan Aiyuna Azzahra dan Irham Ziqrri.

"Awal pagi lagi dah dating.." ujar Irham Ziqrri.

"Biasa.." balas Zarriq Irfan.

"Erm..korang nak pergi mana ni?" soal Aiyuna Azzahra.

"Nak pergi jalan-jalan kejap.." balas Aiyura Azzahra.

"Ohh.."

"Kitaorang gerak dulu ye.."

***

"Mama,sejuk lah air kolam ni.." kata Zaril Arash ketika melihat mama dan papanya.

"Arash hati-hati.." pesan Aiyura Azzahra.

"Korang berdua ni dari mana?" soal Ayla Ayuni.

Seharian dia tidak nampak anak dan menantunya.

"Kitaorang dari klinik,ma.." balas Zarriq Irfan.

"Klinik?Siapa yang sakit?" kalut Puan Zaliya bertanya.

"Menantu mummy ni hah.."

"Yura?Yura kenapa?Yura sakit apa ni?"

Puan Zaliya segera mendekati menantunya.

"Yura okay lah.Zarriq ni hah over.Yura.."

Belum sempat Aiyura Azzahra memberitahu perkara sebenar,Zarriq Irfan segera memintas.

"Lambat lah sayang ni!Yura pregnant 2 weeks.."

"Alhamdulillah.." ucap Encik Iman dan Azrif Ayril serentak.

Aiyuna Azzahra dan Irham Ziqrri juga tersenyum mendengar berita yang disampaikan.

"Arash,Arash bakal jadi abang.." kata Irham Ziqrri.

"Adik lelaki kan,ma?" kata Zaril Arash.

Aiyura Azzahra dan Zarriq Irfan saling berpandangan.Macam mana kalau adik Zaril Arash bukan lelaki?

"Erm..Arash,jom berenang dengan tok pa.Kita pergi bahagian dalam sikit.Pakai pelampung tu.." kata Azrif Ayril.

Tubuh kecil Zaril Arash segera didukung.

"Arash ni lah.." kata Ayla Ayuni.

"Habis lah kau kalau bukan lelaki.." usik Irham Ziqrri.

Zarriq Irfan menjeling adiknya.

"Kitaorang terserempak dengan Lydia tadi,mummy.." kata Aiyura Azzahra.

"Lydia?Lama mummy tak dengar cerita pasal dia.Apa khabar dia sekarang?" kata Puan Zaliya sedikit teruja.

Sudah lama dia tidak mendengar khabar berita Lydia Kirana.Rindu juga dia pada anak muda itu.

"Dia menetap balik kat Malaysia,my.Dia ada cakap dia rindukan mummy.Nanti senang-senang dia lawat mummy kat rumah.."

"Elok sangatlah tu.."

"Erm..kitaorang masuk bilik dulu ye.Riq nak rehat kejap.." kata Zarriq Irfan.

"Hurm..yelah.Time makan malam kejap lagi keluar ye.Jangan lama-lama sangat dalam bilik tu.Jaga menantu mummy ni.." pesan Puan Zaliya.

"Okay,boss.."

Mereka beredar masuk ke dalam bilik.Aiyura Azzahra memerhati suaminya.

"Kenapa pandang abang macam tu?"

"Tak de.Saja.Erm..Yura perasan abang macam lain je lepas jumpa Lydia tadi.Sejuk je tengok Lydia dah bertudung kan?"

Tidak dinafikan Lydia Kirana memang seorang yang cantik.Lagi-lagi bila dia bertudung.Makin bertambah cantik lah.

"Tak de lah.Cuma abang terkejut je tengok dia tadi.."

"Terkejut ke tergugat?" duga Aiyura Azzahra.

"Sayang ni.Cukup lah sayang sorang je dalam hati abang.."

Aiyura Azzahra tersenyum bahagia.Cair dia mendengar kata-kata suaminya.

"Abang ni suka bagi Yura cair.."

"Sayang cair ke dengan kata-kata abang?" usik Zarriq Irfan.

"Ishh,malas lah layan abang!Yura nak siap-siap untuk malam ni.."

"Okay,hati-hati.Malam ni kita kena sedondon tau.Abang takut nanti ada yang culik abang.."

"Siapa je nak culik abang?"

"Adalah sorang tu.Dia suka culik abang.Lagi-lagi hati abang ni.."

"Siapa?"

"Adalah orang tu.."

"Ishh,betul-betul lah!"

"Orang tu,dia lawa.Cantik.."

"Ye lah siapa orang tu?Lawa,cantik.Klau nak ikutkan Yura pon lawa.Yura pon cantik.." kata Aiyura Azzahra dengan bangga.

Zarriq Irfan sudah tersengih.

"Orang tu bidadari abang lah.Siapa lagi?Ni hah.Yang kat depan abang ni.Namanya Aiyura Azzahra binti Azrif Ayril.."

"Suka main-main.."

"Pergi lah siap.Pakai lawa-lawa tau.."

"Okay.."











Kerana Kasih AIYURA AZZAHRAWhere stories live. Discover now