"Sejak bila honey pandai tipu bie?Bie tanya ni!Jawab lah!"
Kecut perut Filsha apabila suaminya marah sebegitu.Dia sedar kesilapannya tapi janganlah marah macam ini.Takut dia.
Aizat memandang ke arah Aiyura Azzahra.Disaat dia sampai di rumah milik isterinya ini,dia terkejut melihat sahabatnya itu yang membuka pintu rumah.
"Erm..Aizat.Tak payah lah marah Sha macam tu.Sha tak salah pon.Semua ni salah aku.." ujar Aiyura Azzahra.
Dia sendiri pun kecut perut apabila melihat Aizat sebegitu.
"Kenapa orang cakap kau dah meninggal?Apa yang dah jadi sebenarnya?"
"Erm..mungkin sebab kereta aku meletup.Tu sebab orang ingat aku dah meninggal.."
"Tapi Yura,kau boleh je bagitahu kebenarannya bila kau dah sihat daripada kemalangan tu.Papa mama kau mesti happy bila dapat tahu yang kau masih hidup.Siap hadiahkan mereka seorang cucu lagi.Dan lagi satu,Zarriq.Dia suami kau,Yura.Kau tak patut buat dia macam ni.."
Aiyura Azzahra mendiamkan dirinya.Tidak tahu mahu membalas apa.
"Yura,aku bawa Sha balik ehh?Aku ada urusan lain ni.." kata Aizat sambil memandang ke arah isterinya yang masih mendiamkan diri.
Aiyura Azzahra menganggukkan kepalanya.
"Janji dengan aku.Kau takkan marah Sha.." pesannya.
"Ye,aku takkan marah dia.Aku marah kau.."
Aiyura Azzahra ketawa.Dia memeluk Filsha.
"Thanks sebab selalu tolong aku.Jaga diri baik-baik tau.Kalau Aizat marah kau,cepat-cepat bagitahu aku.."
"Tak de apalah.Kau kan sahabat aku.Kau jaga rumah ni elok-elok tau.."
"Okay.."
Filsha dan Aizat berlalu dari situ.Aiyura Azzahra memandang Zaril Arash yang sedang bermain dengan robotnya.
'Arash,seorang demi seorang tahu tentang kewujudan mama.Arash lah kekuatan mama,sayang.Kalau suatu hari nanti papa tak boleh terima kita,biarlah mama bersama Arash selamanya.Arash jangan tinggalkan mama ye?' getusnya.
Dia mengesat air matanya yang mengalir ke pipinya.
***
Encik Iman menatap gambar Zaril Arash yang dikirim Aiyura Azzahra.
Puan Zaliya memandang pelik ke arah suaminya.Rasa sesuatu pula melihat suaminya tersengih sendirian di halaman rumah itu.
"Abang.."
Terkejut Encik Iman dengan kehadiran isterinya.
"Abang tengok apa kat fon tu?Dari tadi lagi saya tengok.Apa yang menarik sangat tu?Abang jangan macam-macam eh?"
"Macam-macam apanya?Saya tengok gambar cucu saya je.." kata Encik Iman lancar tanpa menyedari apa yang diperkatakannya.
"Cucu?"
Encik Iman mula menyedari keterlanjuran katanya.Dia cuba berlagak tenang.
"Erm..maksud abang,abang tengah tengok gambar Aurora.Comel kan dia waktu kecil?"
Segera dia menunjuk gambar Aurora Putri ketika waktu bayi.Puan Zaliya hanya mengangguk.
"Ohh,saya ingatkan abang tengok gambar pompuan tadi.."
"Pompuan?Pompuan mana pulak ni?" soal Zarriq Irfan yang baru muncul.
"Bakal menantu mummy yang baru.." balas Puan Zaliya.
"My,apa ni?Riq dah pernah cakap kan sebelum-sebelum ni?Riq hanya akan setia pada Yura.Takkan ada yang lain!"
Zarriq Irfan merengus kasar.
"Riq nak ke mana ni?" soal Encik Iman cuba mengubah topik.
"Riq nak jumpa Annas kejap.Ada hal.."
"Bawa balik bakal menantu mummy sekali.." pesan Puan Zaliya.
Zarriq Irfan hanya mendengar.Dia menyalam kedua-dua ibu bapanya.
Apabila sampai sahaja di restoran,dia duduk di kerusi.Annas Rezqi masih belum sampai.
Dia memandang ke arah sekeliling.Matanya terhenti pada sebuah keluarga yang sedang menjamu selera itu.
'Sayang,abang akan tetap setia pada sayang walaupun sayang dah tak de.Maafkan abang kerana belum sempat membahagiakan sayang sepenuhnya..' getusnya di dalam hati.
Bahunya ditepuk agak kuat dari arah belakang.
"Mengelamun je sahabat aku sorang ni.." ujar Annas Rezqi.
"Tak de lah.Aku cuma teringatkan Yura je.Rindu.." luah Zarriq Irfan.
"Kau ni.Move on jelah.Kalau Yura masih hidup ni,dia mesti sedih tengok keadaan kau macam ni.."
"Erm..lusa kita fly ke China kan?" kata Zarriq Irfan seakan mengubah topik.
"Ha'ah.Aku doakan kau tersangkut dengan awek-awek Cina kat sana.Baru lah nanti kau dapat anak yang comel-comel.."
"Ishh,tak nak aku.Aku rasa kau yang akan tersangkut dengan dorang.Kau kan pantang tengok pompuan cantik.." gurau Zarriq Irfan.
"Banyaklah kau!Disebabkan kau dah mengata aku,kau belanja aku makan!"
"Asyik aku je belanja kau,bilanya masa aku nak merasa kau belanja aku pulak?"
"Arhh,tak kira!"
Zarriq Irfan mengalah.Annas Rezqi tersenyum puas.
YOU ARE READING
Kerana Kasih AIYURA AZZAHRA
Romance#2019 Coverby:@nurshaziera AIYURA AZZAHRA seorang gadis yang matang,berbudi pekerti mulia dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang disayanginya. Disebabkan satu insiden,dia terpaksa menjaga seorang budak perempuan yang bernama AURORA PUTRI. ...