Flashback
Aiyura Azzahra memerhati Puan Zaliya.Dia juga berlalu ke arah kereta dan berlalu meninggalkan perkarangan tasik.
Di dalam kereta,dia masih terngiang-ngiang kata-kata ibu mertuanya.
Tanpa disedari,ada sebuah kereta dari arah bertentangan memandu laju dan mengakibatkan kereta Aiyura Azzahra dan kereta itu berlanggaran.
Kemudian,keretanya terjunam jatuh ke kawasan yang agak cerun.
Keretanya hilang kawalan.Aiyura Azzahra sudah cedera parah dan tidak bermaya.
Satu-persatu wajah kesayangannya mula dibayang.Mama,papa,adik-beradiknya,sahabat-sahabatnya,keluarga mertuanya dan suaminya.
Kemudian,matanya tertutup.
Tiba disaat itu,beberapa orang menolongnya dan mengangkatnya keluar dari kereta.
Beberapa saat kemudian,kereta meletup.
Aiyura Azzahra ditempatkan ke wad kecemasan.Dia disahkan koma.
Puan Karina yang membantu Aiyura Azzahra setia menemaninya.
Seminggu selepas itu,Aiyura Azzahra sedar dari koma.
Dia memandang sekeliling.
"Aiyura dah sedar?" ujar Puan Karina.
Aiyura Azzahra menghadiahkan senyuman kepada Puan Karina.
"Aiyura panggil umi je ye?"
"Macam mana umi boleh ada kat sini?"
"Umi yang tolong Aiyura.Erm..sebenarnya bukan umi tapi anak umi.."
Aiyura Azzahra hanya sekadar mengangguk.
"Aiyura nak umi call siapa-siapa?Aiyura still ada parents?"
"Yura masih ada tapi Yura nak umi call Filsha je.."
"Filsha?Siapa tu?"
"Kawan Yura.Boleh kan,umi?"
"Boleh tapi boleh umi tahu kenapa Yura tak nak bagitau parents Yura tentang keadaan Yura?Dorang berhak tahu.Lagipon mesti dorang sedih sebab berita kemalangan Yura ni,ada yang mengatakan yang Yura dah meninggal.Berita palsu tu.Tak elok biarkan dorang percaya bulat-bulat berita tu.." kata Puan Karina.
End flasback
Lamunan Aiyura Azzahra terhenti tatkala seseorang menegurnya.
"Termenung apa tu?Teringatkan orang di London ehh?" kata Filsha.
Aiyura Azzahra terkejut dengan kehadiran sahabatnya di rumahnya itu.
Rumah itu,rumah Filsha ketika masih membujang.
"Kau buat apa kat sini?" soal Aiyura Azzahra.
YOU ARE READING
Kerana Kasih AIYURA AZZAHRA
Romance#2019 Coverby:@nurshaziera AIYURA AZZAHRA seorang gadis yang matang,berbudi pekerti mulia dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang disayanginya. Disebabkan satu insiden,dia terpaksa menjaga seorang budak perempuan yang bernama AURORA PUTRI. ...