part 21

7.7K 238 4
                                    

Pagi itu,Zarriq Irfan bersiap untuk flight ke Paris.Aiyura Azzahra hanya memerhati gerak geri suaminya.

Zarriq Irfan yang perasan hanya tersenyum.

"Sayang usyar abang ehh?"

"Kenapa?Tak boleh ehh?Yura usyar abang sebab Yura takut nanti Yura rindukan abang.Abang kan seminggu kat sana.Macam-macam boleh jadi kat Yura kat sini.."

"Apa sayang cakap macam tu?Insya-Allah,sayang takkan pape kat sini.Abang tak nak sayang cakap bukan-bukan dah.."

Aiyura Azzahra menyarung tudung bagi mentupi rambutnya.

Mereka berdua menuruni anak tangga bersama.Mereka berlalu ke arah pintu.

Zarriq Irfan menghadap isterinya.Aiyura Azzahra mencapai tangan Zarriq Irfan dan menyalam suaminya.Zarriq Irfan mengucup dahi Aiyura Azzahra dengan penuh kasih sayang.

"Sayang jaga diri tau kat sini.Jaga mata,jaga hati untuk abang sorang je tau?" pesannya.

"Okay,abang pon sama.Jaga kesihatan.."

"Okay,sayang.Abang pergi dulu tau.."

"Abang sure ke tak nak Yura hantarkan ni?" soal Aiyura Azzahra menginginkan kepastian.

"It's okay,sayang.Lagipon teksi dah sampai tu.."

Aiyura Azzahra mengangguk faham.Zarriq Irfan masuk ke dalam teksi itu.

***

Aiyura Azzahra mengambil keputusan untuk ke rumah ibu bapa mertuanya.

"Assalamualaikum.." ujarnya.

"Waalaikumusalam.Ehh,Yura.Sorang je?Mana Riq?" kata Zulaikha Erina yang teruja melihat adik iparnya.

Aiyura Azzahra menyalam kakak iparnya.

"Riq kerja,tu yang Yura datang sorang.Erm..mummy dengan daddy mana?" soalnya.

"Ada kat dalam tu.Mari masuk.Mummy dengan daddy ada kat dalam.." ajak Zulaikha Erina.

Aiyura Azzahra mengikuti langkah kakak iparnya sehingga ke ruang tamu.

"Siapa yang datang tu?" ujar Puan Zaliya.

"Menantu mummy ni hah.." balas Zulaikha Erina.

Aiyura Azzahra mendekati dan menyalam ibu bapa mertuanya.

"Mummy sihat?" soal Aiyura Azzahra prihatin.

Puan Zaliya memandang menantunya.

"Sihat je selagi orang tak doakan mummy sakit.." kata Puan Zaliya sedikit pedas.

Aiyura Azzahra hanya mengangguk.

"Mimpi apa kamu datang sini,Yura?" soal Encik Iman.

"Tak de,Yura bosan kat rumah,tak tahu nak buat apa tu yang teringat kat mummy dengan daddy terus datang tu.." balasnya.

"Riq flight ke mana pula kali ni,Yura?" soal Zulaikha Erina.

"Paris,kak.."

"Anak kamu tu tak ikut ke?" soal Puan Zaliya.

"Tak,mummy.Yura tinggalkan dia kat rumah mama papa.."

"Ishh,tak takut ke biarkan anak bawah jagaan atuk dengan nenek dia?Ke kamu ni memang jenis lepas tanggungjawab kat parents kamu?Tahu buat dengan tahu mengandung je?Dah lepas bersalin,tinggalkan kat parents?Macam tu ke?Senangnya hidup.." ujar Puan Zaliya sinis.

"Mummy!Apa cakap Yura macam tu?" tegur Zulaikha Erina.

Takkanlah adik iparnya sebegitu?

"Salah ke mummy cakap?"

"Tak,mummy.Yura selalu jugak tengok Aurora tu.Mama dengan papa yang beria nak jaga.Yura okay je lah.." kata Aiyura Azzahra.

"Tapi dari gaya kamu ni macam tak sayang anak je.Ke budak tu bukan anak kamu?"

Aiyura Azzahra diam.Walaupun Aurora Putri hanyalah anak sedaranya,tidak mungkin dia tidak menyayangi anak sedaranya itu.

Dia yang menjaga dan membesarkan Aurora Putri selama ini ketika berada di London dan juga kini.

Tiba disaat itu,Irham Ziqrri turun ke bawah.Dia terkejut melihat kedatangan Aiyura Azzahra.

"My,err..Ziq keluar kejap ehh?Ada hal.." ujarnya.

"Hal apa?Asyik merayap je kerjanya.Tak reti langsung lekat kat rumah ni.." kata Puan Zaliya.

"Adalah.Ziq keluar dulu ye.Assalamualaikum.."

Semua yang ada di ruang tamu itu menjawab salam Irham Ziqrri.

Kerana Kasih AIYURA AZZAHRAWhere stories live. Discover now