Puan Zaliya mengekori gerak geri Encik Iman.Sungguh dia berasa pelik dengan suaminya itu.
Mereka sampai di sebuah rumah.Rumah siapa suaminya ini pergi?
Dia melihat ada seorang gadis menyambut kedatangan suaminya.Geram dia melihat adegan mesra suaminya dan gadis itu.
Suaminya memang suka cari masalah!
"Daddy duduklah dulu.Yura buatkan air kejap.."
Baru sebentar tadi dia mengambil Zaril Arash di rumah Puan Karina dan di saat itu bapa mertuanya itu menghubunginya.
"Yura ni susah-susah je.Daddy nak sini nak jumpa menantu dengan cucu daddy je.." kata Encik Iman.
"Tak susah lah,daddy.."
Aiyura Azzahra beredar ke dapur.Encik Iman mula mendukung cucunya lalu didudukkannya ke atas ribanya.
Puan Zaliya mula menyerbu masuk ke dalam rumah itu.Kelihatan suaminya sedang bermain dengan seorang budak lelaki.
"Abang!"
Bergema suara Puan Zaliya.Dia mendekati suaminya.
Aiyura Azzahra yang berada di dapur turut terkejut.Dia berlalu ke depan.
"Abang buat apa kat sini?!Siapa budak ni?!Sampai hati abang buat saya macam ni.Apa salah saya?!"
Puan Zaliya mula memukul-mukul suami dan budak lelaki itu.
Aiyura Azzahra terkejut bapa mertuanya serta anaknya dipukul sebegitu.
"Daddy!Arash!"
Puan Zaliya memberhentikan tindakannya.Dia berpaling ke arah suara itu.
Terkejut dia melihat Aiyura Azzahra berdiri elok di belakangnya.
"Yu..Yura?"
Puan Zaliya mula rebah.Nasib baik Encik Iman sempat menahan isterinya.
Puan Zaliya diletakkan di katil bilik Aiyura Azzahra.
"Daddy,macam mana ni?Kalau jadi pape kat mummy,ni semua salah Yura.."
Aiyura Azzahra sudah mula menangis.Risau dia jikalau terjadi sesuatu pada ibu mertuanya.
"Dah,tak de apalah.Mummy cuma terkejut je.Jangan risau.." kata Encik Iman.
"Daddy rehatlah.Biar Yura jaga mummy.."
Encik Iman menganggukkan kepalanya.Dia berlalu keluar dari bilik itu.
Aiyura Azzahra menatap wajah ibu mertuanya yang masih belum sedarkan diri itu.
"Mummy,maafkan Yura.Yura dah cuba sedaya upaya untuk jadi menantu kesayangan mummy.Tapi Yura gagal,mummy.Tapi tak pe.Hasrat mummy 5 tahun lalu dah tercapai kan?Mesti mummy happy kan?" ujarnya sendirian.
***
Puan Zaliya membuka matanya.Dia memerhati sekeliling.
Terkejut dia melihat menantu tidur di sisi katil.Tiba disaat itu,suaminya masuk ke dalam bilik.
"Awak dah sedar?"
Puan Zaliya menganggukkan kepalanya.
"Ni menantu kita.Bukan hantu.." kata Encik Iman seakan faham apa yang berada di dalam kepala isterinya.
Aiyura Azzahra mula sedar tatkala terdengar suara-suara yang menganggu lenanya.
Dia melihat ibu mertuanya sudah sedarkan diri.
"Mummy.." ujarnya.
"Maafkan Yura sebab tertidur tadi.Mummy nak pape?" tambahnya.
Puan Zaliya menggelengkan kepalanya.
"Tak pe,tak payah susah-susah.Mummy dah makan bubur yang Yura masak tadi.Sedap.Terima kasih.." ucap Puan Zaliya.
Encik Iman hanya memerhati isterinya dan menantunya.
"Yura,maafkan semua kesalahan mummy dulu.Mummy dah sedar,Yura.Pilihan Riq memang tak mengecewakan.Erm..budak lelaki tadi tu,cucu mummy ke?"
"Ha'ah.Yura namakan dia Zaril Arash.Mummy terima Arash kan?" soal Aiyura Azzahra berhati-hati.
Risau juga dia jikalau ibu mertuanya itu tidak dapat menerima anaknya sebagai cucu.
"Yura,Arash kan anak Riq.Of course mummy terima Arash sebagai cucu.."
Aiyura Azzahra tersenyum.
"Terima kasih,mummy.."
"Jangan terima kasih pada mummy.Mummy dah banyak lukakan hati Yura.Maafkan mummy,eh?"
"Yura dah lama maafkan mummy.Kalau Yura berada di tempat mummy pon,mesti Yura buat perkara yang sama.Siapa je yang tak sayangkan anak kan?"
"Yura dah jumpa Riq?"
Aiyura Azzahra menggelengkan kepalanya.
"Belum lagi,my.Yura tak bersedia lagi.Erm..nanti Yura dah bersedia,Yura jumpa ye?"
"Yura,mummy yakin kalau Riq jumpa Yura mesti dia happy.."
Aiyura Azzahra hanya pura-pura tersenyum.
"Mama,Arash lapar.." ujar Zaril Arash yang baru tiba di dalam bilik itu.
Semua yang ada ketawa melihat Zaril Arash.
"Arash,ni tok mummy.Salam tok mummy,Arash.." arah Aiyura Azzahra.
Zaril Arash hanya menurut.Tersenyum Puan Zaliya melihat kepandaian cucunya itu.
Dia memeluk cucunya.Aiyura Azzahra turut tersenyum.Dia terasa rindu pula pada mama dan papanya.
Dia sendiri tidak pasti bila mahu bertemu kedua ibu bapanya.Adakah ibu bapanya dapat menerimanya sebagaimana kedua ibu bapa mertuanya?
"Arash nak makan apa?Hari ni biar tok mummy yang masakkan.." kata Puan Zaliya.
"Arash nak makan nasi ayam.." ujar Zaril Arash.
"Nasi ayam.Wow,tu makanan kegemaran your dad.Serupa betul dia dengan papa dia.." kata Puan Zaliya lagi.
Aiyura Azzahra hanya mendengar.Dia akui Zaril Arash begitu serupa dengan suaminya.
Hampir kesemuanya anaknya itu ikut papanya.
'Abang,dapat ke abang terima kami?Yang paling penting,dapat ke abang terima Yura semula?' getusnya.
YOU ARE READING
Kerana Kasih AIYURA AZZAHRA
Romance#2019 Coverby:@nurshaziera AIYURA AZZAHRA seorang gadis yang matang,berbudi pekerti mulia dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang disayanginya. Disebabkan satu insiden,dia terpaksa menjaga seorang budak perempuan yang bernama AURORA PUTRI. ...