"Aunty,apa Lydia nak buat sekarang?" kata Lydia Kirana bengang setelah mendapat tahu lelaki pujaannya ingin bernikah dengan wanita lain.
"Lydia,aunty akan usahakan yang Lydia je yang akan jadi menantu aunty.Lagipon aunty and uncle pon tak suka pompuan tu.."
"Tapi aunty,Riq tu memang tak pernah sukakan Lydia.Aunty tahukan Lydia macam mana?Lydia tak suka hak milik orang.."
"Lydia,sayang.Takkan Lydia nak mengalah macam tu je?Pompuan tu janda Lydia!Aunty takkan sesekali terima pompuan yang dah pernah berkawin dalam keluarga aunty.Aunty nak Lydia yang jadi menantu aunty.Please,Lydia?Sabar sikit je.Selagi dorang tak kahwin,Lydia masih ada peluang.."
"It's okay,aunty.Lydia tak de hak pon nak halang Riq.Lydia balik dulu lah.Aunty anggap je yang kitaorang ni tak de jodoh.."
Lydia Kirana segera meninggalkan perkarangan kafe itu.
Puan Zaliya mengeluh.
***
"Kau yakin ke dia akan terima pinangan kau?" soal Annas Rezqi.
"Insya-Allah.."
"Pape pon masalah Lydia tu tak settle lagi.."
"Dia takkan tak boleh nak faham?Orang dah tak nak,takkan nak paksa?Sia-sia je lah dia belajar tinggi-tinggi sampai jadi pramugari,at last tak faham bahasa.."
"Pompuan macam tu lain,Riq.Aku takut dia jenis tekad nakkan kau.Buatnya dia pergi serang Aiyura,macam mana?"
"Kalau dia nak sentuh Aiyura,dalam mimpi je lah kot.Aku akan protect Aiyura.."
"Aku cuma cakap je.Aku risau klau Lydia tu tetiba jadi psiko lepas kau tolak dia jadi bakal isteri kau mentah-mentah macam tu.."
"Aku yakin Lydia tak macam tu.Dia masih boleh berfikiran waras.Yang aku risau sekarang ni my daddy and my mummy.Dorang yang bantah pernikahan ni.."
"Lah,ye ke?Dah tu macam mana pulak korang sekeluarga boleh pergi meminang Aiyura?"
"Aku ugut dorang cakap nak kahwin kat Siam.."
"Riq.Kau ni tak baik tau.Tu kan mummy and daddy kau.."
Zarriq Irfan mengeluh seketika.Ada betul juga kata sahabatnya itu.
"Aku tahu.Tapi aku tak de pilihan lain.Tu je caranya.."
"Aku doakan yang terbaik untuk kau.."
"Aamiinn.."
"Aku gerak dulu lah.." kata Annas Rezqi.
Zarriq Irfan hanya memerhati.Tiba disaat itu,dia terlihat mummynya.
Dia mendekati Puan Zaliya.Puan Zaliya memandang wajah anaknya.
"Mummy,what are you doing here?" soalnya.
"Mummy baru je jumpa Lydia.Kamu tahu tak?Kamu dah buat Lydia kecewa?Mummy kesiankan dia.Dia tu cintakan kamu sangat-sangat.Tapi kamu tolak dia mentah-mentah.Kenapa,Riq?"
"My,please!Riq dah banyak kali cakap.Riq tak cintakan Lydia.Takkan Riq nak paksa diri Riq?"
"Riq,lelaki boleh kahwin empat.Mummy tak kisah Lydia isteri nombor dua sekali pon.Mummy nak Lydia jadi menantu mummy!"
"Riq takkan kahwin dengan Lydia even Riq dah kahwin nanti!Dah lah,mummy.Stop paksa Riq.Riq balik dulu.Kita jumpa kat rumah je lah.Assalamualaikum.."
Zarriq Irfan menyalam Puan Zaliya kemudian dia terus beredar ke keretanya.
"Waalaikumusalam.." balas Puan Zaliya setelah anaknya itu hilang dari pandangannya.
YOU ARE READING
Kerana Kasih AIYURA AZZAHRA
Romance#2019 Coverby:@nurshaziera AIYURA AZZAHRA seorang gadis yang matang,berbudi pekerti mulia dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang disayanginya. Disebabkan satu insiden,dia terpaksa menjaga seorang budak perempuan yang bernama AURORA PUTRI. ...