"Ma,Yura keluar kejap eh?Mama, jagakan Arash.." ujar Aiyura Azzahra.
"Kamu nak ke mana ni?Kedai tutup kan hari ni?Kamu kata Riq balik esok.." kata Ayla Ayuni pelik.
"Nak jumpa Sha kejap.Ada hal.." balas Aiyura Azzahra sambil tersengih.
Ayla Ayuni hanya mengangguk.Faham sangat dua sahabat ini.Tidak boleh berpisah!
"Pergi lah.Jangan balik lambat sangat.Nanti Arash meragam mama tak pujuk,okay?"
"Mama ni.Ye,Yura pergi tak lama.Yura pergi dulu.Assalamualaikum.."
Tangan mamanya disalam penuh hormat.Dia masuk ke dalam keretanya.
Dia sampai di sebuah mall.Kelihatan Filsha sedang berdiri di hadapan keretanya sambil berpeluk tubuh.
"Haa,berangan!" sergahnya lalu ketawa.
Filsha yang terkejut dengan sergahan sahabatnya segera memukul badan Aiyura Azzahra.
"Sakitlah!Sorry lah.Aku gurau je.."
"Banyak lah kau gurau!Nak terkeluar jantung aku tau tak?" marah Filsha.
"Jom masuk.." ajak Aiyura Azzahra.
Mereka mula masuk ke dalam mall itu.Mereka mula meronda-ronda.
"Yura,kau dengan Riq macam mana?Okay?" kata Filsha sambil membelek-belek handbag yang berada di hadapannya.
"Okay je.Cuma dia merajuk sikit dengan aku.."
Aiyura Azzahra juga begitu.Suka dia melihat handbag yang berdesign simple itu.
"Merajuk?Kau buat apa?"
"Malaslah aku cakap.Nanti kau mesti fikir aku ni tak matang kan?Pastu kau gelakkan aku.Erm..kau bagilah idea macam mana aku nak pujuk Zarriq?Dah tiga hari tau kitaorang tak call,tak chat.Mentang-mentanglah kat Australia.Huh.."
"Ohh,Riq kat Australia?Bestnya.."
"Ishh,aku nak kau tolong aku.Bagilah idea macam mana aku nak pujuk Zarriq.."
"Apa susah.Kau goda je lah dia.Tu pon aku nak ajar ke?"
Aiyura Azzahra segera memukul bahu sahabatnya.Risau juga kalau ada orang terdengar perbualan mereka.
"Kau ni.Malu lah sikit!"
"Ishh,sakitlah!Aizat pon tak pernah tau pukul aku.Kau je yang pertama pukul aku.." kata Filsha sambil mengosok-gosok bahunya.
"Kalau boleh aku bukan pukul je,aku tumbuk sekali.Takkan lah aku nak goda dia?Aku ni bukan jenis macam tu,okay?"
"Kau buatlah candle light dinner ke,ajak dia dating ke?Kan sweet macam tu?"
"Hurm..esok dia balik.Apa patut aku buat?"
"Kau pergi lah sambut dia kat airport.Pastu layan lah dia baik-baik.Haa..tak pon kan,kau buat diri kau cedera.Confirm dia kesian.Dia tu kan sayangkan kau.."
"Kau ni.Takkan lah aku nak cederakan diri aku semata-mata nak pujuk dia?"
"Boleh je.."
"Ishh,mengarut!"
Setelah selesai bershopping,mereka beredar dari mall itu.
Disaat mereka ingin melintas, tanpa sedar sebuah kereta laju meluncur ke arah mereka.
"Yura!" jerit Filsha.
Aiyura Azzahra sudah hampir dilanggar namun seseorang menolongnya.Gerangan itu sudah memeluknya.
Mereka berdua terbaring di atas jalan.Aiyura Azzahra masih dalam pelukan gerangan itu.
"Yura,kau okay tak?"
Filsha mendekati sahabatnya dan gerangan itu.
"Aku okay.."
Aiyura Azzahra segera bangun.Tapak tangannya terasa perit.
"Rul,Rul okay?Thanks sebab tolong Yura tadi.." ucapnya.
Terkejut juga dia melihat gerangan yang menolongnya tadi.
"Rul okay je.Yura ni lain kali hati-hati.Jom pergi klinik.Tapak tangan Yura luka tu.."
"Tak pe,sikit je.Sapu ubat gamat okaylah.."
"Erm..kami balik dululah.." ujar Filsha.
***
Aiyura Azzahra sampai di rumah mamanya.
"Balik pon.Pergi mana tadi?" ujar Zarriq Irfan.
"Ab..abang?Bukan ke abang balik esok?" soalnya pelik.
Aiyura Azzahra segera menyembunyikan tangannya.Perit di tapak tangannya masih terasa.
"Saja.Tak boleh ke?"
"Bukan macam tu.Kalau abang bagitahu awal-awal,Yura boleh ambik abang kat airport.."
"Tak pe,papa ambik abang tadi.."
"Ohh.Err..Yura naik dulu.." kata Aiyura Azzahra kemudian naik ke dalam bilik.
Dia duduk di dalam bilik.Tapak tangannya dilihat.
Kebetulan,Zarriq Irfan yang masih lengkap berpakaian pilot itu masuk ke dalam bilik.
Terkejut dia melihat tapak tangan isterinya.
"Sayang!Kenapa ni?"
Terkejut Aiyura Azzahra.Zarriq Irfan membelek-belek luka pada tapak tangan isterinya.
"Err..tadi Yura hampir kena langgar.Ala,sikit je.Nasib baik Rul ada tadi.."
Hati Zarriq Irfan sedikit terasa apabila mendengar nama Khairul yang disebut isterinya.
"Khairul yang selamatkan sayang?"
"Ha'ah.."
Tapak tangan Aiyura Azzahra ditiup-tiup perlahan.Ubat gamat segera diambil dan disapukan di tapak tangan isterinya.
Aiyura Azzahra hanya memerhati.
"Abang,sikit je.Yura boleh buat sendiri lah.Kesian abang,penat-penat balik kerja kena sapu ubat pada Yura pulak.."
"Tak pe,sayang.Abang okay je.Sayang ni,jangan buat risau,please?Abang tak sanggup kehilangan sayang.Sayang nyawa abang tau?"
"Abang,semua yang hidup pasti akan merasai mati.Dah lah,Yura minta maaf.Yura selalu sangat buat abang risau.."
"Tak,sayang tak salah.Semua ni berpunca dari abang.Ikutkan hati,abang nak teruskan merajuk abang ni tapi sayang ni selalu potong line abang nak merajuk.."
Mereka berdua ketawa.
"Abang nak mandi kejap.Sayang rehat ye.."
Tuala yang disidai di tempat penyidai diambil.
"Okay.."
Aiyura Azzahra meletakkan ubat gamat di tepi katil.Dia menyandarkan dirinya di katil.
YOU ARE READING
Kerana Kasih AIYURA AZZAHRA
Romance#2019 Coverby:@nurshaziera AIYURA AZZAHRA seorang gadis yang matang,berbudi pekerti mulia dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang disayanginya. Disebabkan satu insiden,dia terpaksa menjaga seorang budak perempuan yang bernama AURORA PUTRI. ...