Aiyura Azzahra terpaksa memberhentikan keretanya di bahu jalan.
Dia membuka pintu keretanya.Dengan cuaca yang panas terik,dia terpaksa bersabar.
Dia kembali ke dalam kereta dan mengambil fonnya.
Tiba disaat itu,fonnya terus mati kerana bateri habis.
Kereta yang lalu lalang hanya dilihatnya.Kemudian,sebuah kereta berhenti di hadapan keretanya.
"Kenapa ni,cik?"
Aiyura Azzahra memandang gerangan yang menegurnya.
"Awak?"
Zarriq Irfan turut terkejut.
"Erm..kereta saya ni buat hal lah.Err..boleh tak awak tengokkan?"
"Boleh je.Awak masuk kereta saya dulu.Panas ni,Yura.Nanti dah okay saya panggil awak.."
"No!It's okay.Saya berdiri kat sini je.." tolak Aiyura Azzahra lembut.
Zarriq Irfan mengangguk faham.Dia mula memeriksa apa masalah kereta itu.
Setelah lama,dia mendekati Aiyura Azzahra.
"Macam mana?" soal Aiyura Azzahra.
"Err..saya rasa awak terpaksa tinggalkan kereta awak kat sini dulu.."
"Hah?Erm..macam mana saya nak balik?" kata Aiyura Azzahra yang mula panik.
"Saya akan hantarkan awak.Kereta awak tu saya dah call mekanik saya.Awak tak payah risau ye?"
"Err..tak menyusahkan awak ke?"
"Tak,Yura.Awak tak pernah susahkan saya.."
Aiyura Azzahra mengalihkan pandangannya ke keretanya.
"Erm..jom.Nanti lambat pulak sampai rumah.."
Mereka berdua mula memasuki kereta.
Sepanjang perjalanan,mereka berdua hanya diam.Lagu di corong radio sahaja yang kedengaran.
Setelah beberapa minit,mereka sampai di rumah Aiyura Azzahra.
"Erm..terima kasih sebab tumpangkan saya.." kata Aiyura Azzahra.
"Sama-sama.."
"Saya keluar dulu.."
"Okay.."
Aiyura Azzahra melangkah keluar dari kereta.Dia melihat Zarriq Irfan yang sedang menggerakkan kereta meninggalkan perkarangan rumahnya.
Kemudian,dia masuk ke dalam rumah.
"Amboi,Kak Yura!Pandai ehh?" kata Alif Azfan mengusik.
"Pandai?Pandai apa?"
"Siapa yang tumpangkan Kak Yura tadi?Mana kereta Kak Yura?" soal Ayuha Azzara.
"Kereta Kak Yura buat hal tadi.Tu yang Zarriq tumpangkan akak.Kebetulan dia ada kat situ.." kata Aiyura Azzahra.
"Ohh.." balas Alif Azfan dan Ayuha Azzara serentak.
"Siapa Zarriq?" soal Azrif Ayril.
"Kawan Yura,pa.."
"Bakal menantu papa.." kata Alif Azfan pula sambil tersengih.
"Betul ke,Yura?" kata Ayla Ayuni sedikit teruja.
"Mana ada,pa,ma.Kitaorang kawan je.."
***
Zarriq Irfan sampai di rumah mummy dan daddynya.
"Kamu ni dari mana?" soal Puan Zaliya.
"Err..dari rumah kawan.." balas Zarriq Irfan.
"Kenapa tak pergi jumpa Lydia?"
"Mummy,please!Buat apa Riq nak jumpa minah tu?"
"Dia bakal isteri Riq!"
"No,my!Riq dah jumpa calon isteri Riq.."
"What?Siapa pompuan tu?!"
"You will know her later.."
Zarriq Irfan terus melangkah masuk ke bilik.
Puan Zaliya mendengus geram.
"Mummy,kenapa ni?" soal Zulaikha Erina.
"Riq tu lah.."
"Kenapa dengan Riq?"
"Dia nak kahwin.."
"Bagus lah tu.."
"Mummy takkan terima pompuan tu!"
"Aik?Siapa tu pompuan tu,my?"
"Tah lah.Mummy tak nak tahu pon siapa.Yang mummy nak tahu sekarang ni kenapa bukan Lydia pilihan Riq?"
Zulaikha Erina tersenyum namun dikawal.
'Kau buat pilihan yang tepat Riq.Akak akan selalu sokong kau.Memang patut pon bukan Lydia yang jadi pilihan kau.Dah lah gedik!Mengada pulak tu!' getusnya.
"Err..Rina naik atas jap.."
Puan Zaliya mengangguk.Zulaikha Erina memasuki bilik adik tengahnya itu.
"So,siapa pompuan pilihan Riq tu?" soalnya.
"Akak ni.Sibuk je.."
"Riq kan adik akak.Mestilah akak kena sibuk.."
"Aiyura.."
"Aiyura?"
Zulaikha Erina seakan tidak percaya.
"Kenapa,kak?"
"Bila masanya korang bercinta?"
"Cinta pandang pertama.."
Zarriq Irfan tersengih.
YOU ARE READING
Kerana Kasih AIYURA AZZAHRA
Romance#2019 Coverby:@nurshaziera AIYURA AZZAHRA seorang gadis yang matang,berbudi pekerti mulia dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang disayanginya. Disebabkan satu insiden,dia terpaksa menjaga seorang budak perempuan yang bernama AURORA PUTRI. ...