Mereka berdua sudah berpindah ke rumah sendiri.Aurora Putri dijaga Ayla Ayuni dan Azrif Ayril.
Mereka berdua duduk di sofa sambil menonton tv.
"Sayang.."
"Ye?"
"Err..ni pendapat abang je tau.Sayang jangan marah pulak.."
"Abang nak cakap apa ni?"
"Apa kata sayang tak payah kerja?Abang nak sayang jadi suri rumah sepenuh masa.Boleh tak?"
"Err..abang,Yura sayang kedai kek tu.Yura janji Yura takkan abaikan abang.Lagipon Yura suka kerja Yura.."
"Abang cakap je.Abang tak paksa pon sayang tutup kedai tu.Okay,abang izinkan sayang kerja tapi abang nak sayang sentiasa ada dengan abang.Boleh?"
"Ye,Yura akan sentiasa ada dengan abang.Abang tu pon sama jugak.Yura risau tau.Abang tu dah lah selalu flight sana sini.Nanti abang tersangkut pulak ngan orang kat sana tu.Tinggal Yura sorang-sorang.Tahu lah orang kat sana lagi lawa kan?Yura ni biasa je.."
Zarriq Irfan tersengih.
"Sayang jeles ehh?Sayang,abang sayangkan sayang sorang je dalam hati abang.Takkan ada yang lain.Abang sayang sayang dunia dan akhirat.Sayanglah yang pertama dan terakhir.."
"Erm..abang,Yura nak tanya something boleh?"
"Apa dia?"
"Erm..Lydia tu menantu pilihan mummy erk?"
"Kalau abang kata ye,sayang percaya?"
"Ohh,patutlah.Tak mustahil lah mummy suka dia.Dia kan cantik.." kata Aiyura Azzahra cemburu.
"Sayang,sayang tetap cantik di mata abang.Dah lah,abang sebenarnya tak suka sayang cakap pasal Lydia.Dia tak penting pon dalam hidup kita.."
"Kenapa abang tak suka dia?" soal Aiyura Azzahra sekadar ingin tahu.
"Sayang,abang tak suka dia sebab abang suka sayang.."
"Tapi mummy suka Lydia.Mesti mummy nak Lydia jadi menantu mummy jugak.."
"Sayang,abang takkan kahwin dengan Lydia.Isteri abang hanya sayang sorang.."
"Terima kasih abang sebab sudi terima Yura dalam hidup abang.."
"Sama-sama,sayang.."
Dahi Aiyura Azzahra dikucup penuh kasih.
***
Puan Zaliya dan Lydia Kirana berbual di ruang tamu rumah.
"Aunty tengok Lydia dah jarang jumpa aunty sejak Riq kahwin.Kenapa?Lydia takut ke dengan pompuan tu?" kata Puan Zaliya.
"Aunty,Lydia dah tak nak menaruh harapan yang tinggi kat Zarriq.Lagipon dia dah kahwin.Dia takkan nak kat Lydia.." balas Lydia Kirana.
"Lydia,sejak bila Lydia jadi putus asa macam ni?Lydia dah tak sayang Riq ke?Ohh,mentang-mentang lah pompuan tu dah jadi isteri Riq,dia ingat dia dah menang ke?Tak,Lydia.Selagi aunty hidup,aunty akan pastikan hubungan dorang takkan kekal lama.Percayalah cakap aunty.."
"Aunty,Lydia rasa tak yah lah aunty nak pisahkan dorang.Dorang memang berjodoh.Zarriq memang bukan jodoh Lydia.."
"Kenapa lah Riq tu tak nampak kebaikan Lydia?Dia ingat isteri dia yang bertudung tu baik sangat?Lydia yang macam ni jahatlah?"
"Apa maksud aunty?"
"Aunty sebenarnya kesian kat Riq.Mentah-mentah je pompuan tu tipu Riq.."
"Aiyura tipu Riq?Maksudnya?"
"Lydia percaya pompuan tu janda?Aunty tak rasa macam tu.Aunty rasa anak dia tu anak haram.."
"Takkan lah,aunty.."
"Tak pe,aunty cari bukti.Lagi satu aunty nak buat DNA test.Mana tahu budak tu anak pungut mana dia kutip kan.Pastu mengaku tu anak dia.."
"Sorry,aunty.Lydia tak nak masuk campur.Lydia rasa Lydia kena gerak dulu.Bye.."
Lydia Kirana menyalam Puan Zaliya dan berlalu keluar dari rumah itu.
"Lydia!Ishh.."
'Sejak bila pulak budak ni berubah jadi baik?Siap tak nak kat Riq pulak tu.Grrhh..' getus Puan Zaliya.
YOU ARE READING
Kerana Kasih AIYURA AZZAHRA
Romance#2019 Coverby:@nurshaziera AIYURA AZZAHRA seorang gadis yang matang,berbudi pekerti mulia dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang disayanginya. Disebabkan satu insiden,dia terpaksa menjaga seorang budak perempuan yang bernama AURORA PUTRI. ...