part 57

7.7K 217 17
                                    

Tersenyum Aiyura Azzahra dapat menikmati coklat Daim.

"Yura.Ni kenapa makan coklat ni?Tak bagus lah.." kata Ayla Ayuni pelik melihat anaknya itu.

"Biar lah,ma.Yura suka coklat ni.." balas Aiyura Azzahra.

"Ishh,tak sihat cucu mama nanti waktu mengandung dah ajar anak makan coklat.." bebel Ayla Ayuni lagi.

Aiyura Azzahra hanya mendengar.Yang penting dia dapat coklat itu.

"Riq ni pon.Jangan lah manjakan sangat anak mama yang sorang ni.Boleh naik lemak tau.."

"Okay,mama.." balas Zarriq Irfan.

Aiyura Azzahra tersenyum memandang wajah suaminya disaat dibebel mamanya.

"Mama nak pergi dapur.Nak sediakan makan.Yura,stop makan coklat tu.Kejap lagi mama buang coklat tu jangan menyesal eh?" ugut Ayla Ayuni.

Serta-merta senyuman Aiyura Azzahra mati apabila mendengar ugutan mamanya.

Plastik coklat Daim itu diletakkan ke tepi.Seram dia melihat wajah mamanya.

"Err..jom.Yura tolong mama.." bodeknya.

"Jom.."

Mereka berdua beredar ke dapur.Azrif Ayril hanya tersengih.Faham sangat dengan perangai isterinya.

***

Aiyuna Azzahra selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Irham Ziqrri tersenyum bahagia.Dapat juga dia memiliki hero dalam keluarga kecilnya.

"Ziq,kalau aku tak dapat yang kedua ni lelaki,kita tukar nak?" cadang Zarriq Irfan.

Kata-kata Zarriq Irfan disambut dengan ketawa oleh kedua-dua belah keluarga.

"Banyak lah kau!Susah payah aku berusaha nak dapatkan lelaki,kau senang je nak mintak-mintak.." balas Irham Ziqrri.

"Kesiankan lah aku.Arash tu beria nak adik dia lelaki.Kalau sekali keluar lelaki tak pe,ni kalau pompuan?Macam mana?"

"Tu masalah kau.Bukan aku.."

Aiyura Azzahra juga sudah mula cuak.Selama dia mengandung ini,perangainya menggambarkan dia akan menerima bayi perempuan.

Aduh..

Haraplah Zaril Arash dapat menerima adiknya walaupun tidak sama jantina.

"Dah,tak payah pening-pening kepala soal jantina baby.Setiap anak tu ada rezekinya.." kata Encik Iman.

"Ni nama apa cucu mummy ni?" kata Puan Zaliya pula.

"Kami namakan dia Muhammad Adam Amsyar.." kata Irham Ziqrri.

Nama itu memang sudah ada sejak mereka mula-mula kahwin dulu.

Irham Ziqrri kata dia suka nama itu.Jadi jika mereka mendapat anak lelaki,nama itu yang akan diberikan.

Aiyuna Azzahra hanya bersetuju sahaja.Lagipun dia suka nama Adam.

"Sedap,mama suka.." kata Ayla Ayuni.

Pipi si kecil dicuit-cuit.Zaril Arash sudah teruja melihat bayi di dalam dukungan Aiyuna Azzahra.

"Mama,tu adik Arash kan?" ujarnya.

"Tu adik sedara Arash.." balas Aiyura Azzahra.

"Bila Arash boleh dapat adik?"

"Lama lagi lah,sayang.." ujar Zarriq Irfan pula.

Setelah lama di wad itu,mereka meminta diri.

Sampai sahaja di rumah,Aiyura Azzahra merehatkan tubuhnya di atas katil.

"Sayang,nak Asar ni.Tak baik tidur.." tegur Zarriq Irfan.

"Mana ada Yura tidur.Yura baring je.."

"Memang lah mula-mula baring pastu tidur kan?"

Aiyura Azzahra bangun dari pembaringannya.

"Yura nak rehat je.Tu pon tak boleh.." rungut Aiyura Azzahra.

"Sayang ni.."

"Abang.."

"Hurm.."

"Err..coklat Daim tu ada lagi kan?"

"Sayang,dah lupa ke mama cakap apa?Tak baik untuk kesihatan sayang.."

"Ala,bukan Yura yang nak.Anak abang ni hah yang nak.."

"Pandai betul anak abang yang kedua ni ye?Pesan kat dia,nanti dia dah keluar,abang belikan satu beg besar.Dalam tu penuh coklat.Boleh lah dia makan hari-hari.." kata Zarriq Irfan sambil tersengih.

"Abang perli Yura ehh?"

"Lah,sayang terasa ke?Sayang ni mesti banyak makan cili kan?Kan dulu kita sekolah ada belajar peribahasa.Sape yang makan cili dia lah yang terasa pedas.Mesti sayang pernah dengar kan?"

Zarriq Irfan makin berseronok mengusik isterinya.

"Ishh!"

Zarriq Irfan mula ketawa.

"Comel lah sayang marah-marah macam ni.."

"Abang ni saja nak bagi Yura naik hantu kan?"

"Jangan lah naik hantu.Kita naik bulan.."

Aiyura Azzahra makin geram dengan perangai suaminya.Ada sahaja idea ingin menyakatnya.

"Dah lah,Yura nak masuk bilik air.Malas layan abang.."

Dia segera menuju ke arah bilik air.Tidak lama kemudian,kedengaran jeritan dari dalam bilik air.

"Arhhh!"

Zarriq Irfan mula panik.Dia segera merempuh bilik air.Takut terjadi sesuatu pada isterinya.

"Sayang!Sayang kenapa?"

"Lipas.."

"Sayang ni.Terkejut abang tau tak?Abang ingat sayang jatuh tadi.."

"Hehehe,sorry.." kata Aiyura Azzahra dengan muka tidak bersalah.





Kerana Kasih AIYURA AZZAHRAWhere stories live. Discover now