Pagi itu,Aiyura Azzahra duduk di sofa ruang tamu itu.Dia menonton tv.
Sedang asyik leka menonton,fonnya berbunyi.
Khairul
Assalamualaikum,Yura.Boleh kita jumpa?You
Kat mana?Khairul
Nanti Rul send location.Erm..kalau boleh bawak Arash sekali.Rul rindu sangat kat dia😉😉You
Okay..Tanpa dia sedar,Zarriq Irfan membaca semua apa yang mereka bualkan.
Dalam kepalanya memikirkan siapa Khairul?Adakah isterinya itu sudah beralih arah?
Dia cuba mengawal cemburunya.Dia duduk di sebelah isterinya.
"Amboi,happy je abang tengok?Ada apa?" soalnya.
"Tak de apa lah.Erm..abang,Yura nak keluar boleh?Yura nak jumpa kawan.Erm..kalau boleh nak bawak Arash sekali.."
"Habis abang?Tinggal mereput kat rumah sorang-sorang?Macam tu?"
"Ishh,tu pon nak merajuk.Jom lah sekali.." ajak Aiyura Azzahra.
Dia terfikir ada bagus juga pergi berjumpa Khairul bersama suaminya.Tidaklah nanti menimbulkan salah faham.
"Tak nak lah.Nanti buatnya kedatangan abang ni ganggu ke apa ke.."
"Tak ganggu.Jom lah.."
Masing-masing sudah bersiap.Zaril Arash duduk diam dalam dukungan papanya.Manja sungguh baby boy seorang ini.
Mereka sampai di sebuah restoran.Kelihatan Khairul sudahpun sampai.
"Assalamualaikum.." ujar Aiyura Azzahra.
Khairul memandang gadis itu.Tersenyum dia.Dia terpandang pula ke arah lelaki yang duduk di sebelah Aiyura Azzahra.
"Waalaikumusalam.Erm..siapa ni?" ujarnya sekadar ingin tahu.
"Abang,kenalkan ni Khairul.Rul,ni Zarriq,suami Yura.."
Mereka berjabat tangan.
"Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" soal Zarriq Irfan.
"Erm..kau yang pilot hari tu kan?" kata Khairul.
"Ohh,okay.Aku ingat.."
Aiyura Azzahra hanya mendengar.
"Arash,sini kat ayah.."
Aiyura Azzahra memberikan Zaril Arash kepada Khairul.Zarriq Irfan hanya memerhati.
Terasa cemburu pula melihat keakraban anaknya bersama lelaki itu.
"Umi tak datang sekali ke?" soal Aiyura Azzahra.
"Umi ada hal.Tu yang Rul ajak jumpa.Bosan lah.Ada Arash sekali ni,baru lah hilang sikit bosan tu.." balas Khairul.
Setelah selesai makan,Aiyura Azzahra membawa Zaril Arash menuju ke ladies room.
Kedua-dua lelaki itu hanya memerhati.
"Lama dah kau kenal Yura?" soal Zarriq Irfan.
"Sejak dia accident.." balas Khairul.
"Kau suka dia?"
Khairul memandang Zarriq Irfan.
"Kau jeles ke?"
"Tak lah.Aku saja nak tahu.." kata Zarriq Irfan bersahaja.
Tipulah kalau dia tidak cemburu.Dari pandangan lelaki itu pun dia boleh tahu lelaki itu ada hati terhadap isterinya.
Belum sempat Khairul membalas,Aiyura Azzahra dan Zaril Arash sudah kembali.
"Kami minta diri dulu.Assalamualaikum.." ujar Zarriq Irfan.
Khairul hanya mengangguk dan sempat mengusap rambut Zaril Arash.
***
"Yura ni sampai hati tau buat akak macam tu.Yura tau tak akak rasa serba salah sangat.Akak takut sangat pape jadi kat anak Yura ni.." ujar Zulaikha Erina serba salah.
Aiyura Azzahra hanya ketawa.
"Tak,akak tak salah pon.Yura yang salah.Yura minta maaf sangat-sangat.Yura bukan tak nak mengaku waktu tu cuma Yura tak bersedia lagi nak bersemuka dengan semua orang.Yura takut semua orang tak boleh terima kewujudan Yura.." katanya.
"Yura,semua orang sayangkan Yura.Yura patut tengok keadaan Riq yang tak terurus waktu sepanjang Yura tak de.."
Zarriq Irfan disebelah hanya mendengar.Habis pecah rahsianya.
"Korang tidur sini ke malam ni?" soal Puan Zaliya.
"Tak kot,my.Kami datang ni pon saja singgah.." kata Zarriq Irfan.
"Lah.Mummy baru ingat nak main dengan Arash lama sikit.Tapi dah korang cakap macam tu,tak pe lah.."
"Mummy ni merajuk pulak.Okay,Riq akan buat percutian satu keluarga.Tapi tak sure bila.Hah,waktu tu mummy nak culik anak Riq pon boleh.."
"Ishh,tak de lah sampai mummy nak culik cucu mummy sendiri.Kamu ni agak-agak lah.."
Semua yang ada ketawa.
"Ziq tak balik ke,mummy?" soal Aiyura Azzahra.
"Ada minggu lepas.Tapi tak pe lah,mummy faham.Yuna tu mana boleh gerak banyak sangat.Dah sarat sangat tu.."
"Kamu berdua ni bila nak tambah?Tak nak bagi Arash adik ke?" kata Encik Iman pula.
Aiyura Azzahra memandang suaminya.Begitu juga Zarriq Irfan.
Masing-masing membisu.
"Dorang nak honeymoon buat kali kedua dulu kot.." ujar Darwish.
"Kalau macam tu lambat lagi lah.Erm..mummy nak kembar pulak tau.."
Zulaikha Erina sudah tersengih.Suka dia melihat muka adik dan adik iparnya sebegitu.
Dan paling yang dia suka sikap mummy and daddynya.Masing-masing sudah menerima Aiyura Azzahra.Alhamdulillah.
YOU ARE READING
Kerana Kasih AIYURA AZZAHRA
Romance#2019 Coverby:@nurshaziera AIYURA AZZAHRA seorang gadis yang matang,berbudi pekerti mulia dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang disayanginya. Disebabkan satu insiden,dia terpaksa menjaga seorang budak perempuan yang bernama AURORA PUTRI. ...