part 48

8.1K 228 7
                                    

Aiyura Azzahra menghantar suaminya ke airport.Sementara menunggu Annas Rezqi dan masa penerbangan tiba,mereka bersarapan di sebuah kafe.

Aiyura Azzahra memandang wajah suaminya yang suram itu.Pelik dia.Pasal koala pun suaminya itu mahu merajuk.

"Abang.."

Zarriq Irfan memandang wajah isteri tercinta.

"Abang merajuk lagi ke?Okay,Yura minta maaf.Yura takkan mintak koala lagi.Yura janji.Abang janganlah merajuk macam ni.." rayu Aiyura Azzahra.

"Kenapa?Yura dah penat ke layan rajuk abang?" sengaja Zarriq Irfan mahu mengusik isterinya.

"Bukan macam tu.Yura.."

Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya,Annas Rezqi terlebih dahulu memotong.

Potong line betul!

"Assalamualaikum.Sweetnya dating.." ujar Annas Rezqi.

"Waalaikumusalam.Erm..jomlah.Nanti lambat pula.." kata Zarriq Irfan sambil bingkas bangun.

Zaril Arash masih setia di dalam dukungannya.

Aiyura Azzahra hanya mengekori langkah suaminya dan Annas Rezqi.

Sampai sahaja di kawasan berlepas,Zarriq Irfan memusingkan tubuhnya ke arah Aiyura Azzahra.

"Jaga Arash elok-elok.Arash,papa pergi kerja dulu ye.Jagakan mama untuk papa tau.." ujarnya.

Dahi Zaril Arash dikucupnya.Begitu juga dahi isterinya.

"Maafkan Yura.."

Zarriq Irfan hanya mengangguk.Zaril Arash diberikan kepada isterinya.

Annas Rezqi hanya memerhati.Suka dia melihat suami isteri itu.

"Kami gerak dulu.." ujar Annas Rezqi.

***

Aiyura Azzahra sampai di rumah kedua ibu bapanya.Zaril Arash yang sedang lena didukungnya berhati-hati.Risau juga kalau anaknya itu tersedar.

"Yura,kenapa tak cakap nak balik sini?Ishh,budak ni.." kata Ayla Ayuni yang terkejut dengan kepulangan anaknya.

"Saja.."

Hanya itu yang dibalas Aiyura Azzahra.Zaril Arash diletakkan di atas sofa.

"Kamu dari mana?Sorang pulak tu.Riq mana?" kata Azrif Ayril pula.

"Yura baru je balik dari airport.Zarriq pergi Australia tu yang Yura balik sini.."

"Lah.Lain kali balik sini call mama.Tak pon whatsapp je.Ni tiba-tiba muncul kat depan rumah.."

"Erm..Yuna mana?"

"Ada dalam bilik tu.Tengah rehat.Ziq pon ada sekali tu.."

Aiyura Azzahra menganggukkan kepalanya.

Aurora Putri yang baru turun terus berlari memeluk tubuhnya.

"Mummy Yura!" jeritnya.

"Shh,Arash tidur lah Aurora.Jangan lah bising.." ujarnya.

"Ops,sorry!"

Aurora Putri menutup mulutnya menggunakan tangannya.Aiyura Azzahra menggelengkan kepalanya.Comel sungguh anak buahnya yang sulung itu.

"Ma,Yura naik bilik dulu ye.."

"Ye lah.Arash tu tinggal je kat sofa.Biarlah dia tidur.Kami boleh tengok-tengokkan.." balas Ayla Ayuni.

"Okay.."

Aiyura Azzahra segera bangun lalu menuju ke arah tangga.Serentak itu,dia terserempak dengan kembarnya.

"Yura!" kata Aiyuna Azzahra teruja.

"Yuna.Apa jerit-jerit tu?Tak elok lah.." kata Ayla Ayuni dari tingkat bawah.

"Kau ni.Cuba elok sikit perangai tu.." kata Aiyura Azzahra pula.

"Salah kau jugak.Balik sini bukan nak bagitau.Aku rindukan kau.."

Aiyuna Azzahra memeluk erat kembarnya.Tidak padan dengan perutnya yang sudah ke depan itu.

"Jom masuk bilik aku.." ajak Aiyura Azzahra.

"Okay,tapi kita duduk kat balkoni bilik kau tau.Aku nak rasa angin.."

"Pelik-pelik je mak buyung sorang ni.."

"Amboi kau.."

Mereka berdua masuk ke bilik dan terus menuju ke arah balkoni.

"Kau sorang je ke?Riq tak ikut? Arash?"

"Zarriq bukan tak ikut tapi dia kerja.Arash pula ada kat bawah.Tidur kat sofa.."

"Ohh.Riq terbang ke mana pula kali ni?" soal Aiyuna Azzahra ingin tahu.

"Australia.."

"Wow,bestnya.."

Aiyura Azzahra hanya senyum.Aiyuna Azzahra memerhati kembarnya.

Melihat dari wajah muram kembarnya,dia dapat rasakan pasti kembarnya itu mempunyai masalah.

"Kenapa ni?Muram je muka kau.."

"Erm..macam mana nak pujuk seseorang ehh?"

Berkerut dahi Aiyuna Azzahra mendengar kata-kata kembarnya.

"Maksud kau?"

"Zarriq.Dia merajuk dengan aku.."

"Merajuk dengan kau?Kau buat apa?"

"Aku suruh dia belikan koala je.Dan aku ada cakap,kalau tak dapat beli yang betul pon,yang patung pon aku okay.Aku rasa aku tak de salah cakap pon.Pelik lah dia ni.."

Aiyuna Azzahra ketawa mendengar cerita kembarnya.Pasal haiwan koala pun boleh jadi isu?

"Tu bukan merajuk,Yura.Tu mengada namanya.Dia sajalah tu nak tengok kau pujuk dia.Dia rindulah tu korang punya sweet moment.."

"Erm..tapi aku tak tahu nak buat apa.Salah erk aku nak koala?"

"Kau ni.Kau layan je lah kerenah Riq tu.."

"Okay.I will try.."

Kerana Kasih AIYURA AZZAHRAWhere stories live. Discover now