Zarriq Irfan sampai di balai ketibaan.Dia hanya dapat melihat wajah mummynya serta Lydia Kirana sahaja.
Wajah yang ditunggu-tunggu langsung dia tidak nampak.
"Riq,kenapa ni?" soal Puan Zaliya.
"Tak de pape lah,mummy.Cuma penat je.."
"Jom kita balik.."
Mereka meninggalkan perkarangan KLIA itu.
Sampai sahaja di rumah,Zarriq Irfan merehatkan diri di sofa.Lydia Kirana duduk bersebelahan dengan Puan Zaliya.
Tiba disaat itu,kedengaran orang memberi salam.
Zarriq Irfan bangun dari duduknya tatkala mendengar suara tunangnya.
Dia menuju ke pintu.Tersenyum dia melihat wajah tunangnya.
"Yura.."
"Awak?Bila awak sampai?" soal Aiyura Azzahra pelik.
"Baru je.Erm..ada apa awak datang sini?"
"Saya datang nak bagi kek ni.Aunty pesan semalam.."
Aiyura Azzahra menghulurkan kotak yang berisi kek itu kepada Zarriq Irfan.
"Yura,Yura datang tepat pada masanya.Lydia,meh sini sayang.." ujar Puan Zaliya.
Lydia Kirana menghampiri mereka.
"Lydia,ni kek untuk Lydia.Happy birthday,sayang.."
"Ya Allah,aunty!Aunty ingat birthday Lydia?"
"Mestilah aunty ingat walaupon Lydia bukan bakal menantu aunty,aunty sentiasa ingat tentang Lydia.Rugi tau siapa yang tak nak kahwin dengan Lydia ni.."
Aiyura Azzahra hanya mendengar.
"Err..saya balik dulu lah.."
"Hati-hati ye,Yura.." pesan Puan Zaliya.
Aiyura Azzahra beredar dari situ.Zarriq Irfan mengejar langkah tunangnya.
"Yura,saya dengan Lydia tak de pape.Percayalah.."
"Saya tak cakap pape pon.Tak pe lah.Dah lewat ni.Kak kedai tu banyak lagi kek yang saya tak buat.Saya gerak dulu.."
"Yura,kejap!Saya tak nak awak salah faham.Percayalah,hanya awak yang saya sayang.Tak de orang lain.."
Aiyura Azzahra mengangguk.Dia masuk ke dalam kereta.
Sepanjang memandu,dia asyik terfikir tentang Puan Zaliya.
Jadi bakal ibu mertuanya itu tidak menyukainya?Kenapa dia tidak perasan sebelum ini?
Patutlah Puan Zaliya melayannya biasa-biasa sahaja.Lydia.Diakah menantu pilihan Puan Zaliya?
Nampak macam begitu mesra.Siap hadiahkan kek sempena hari lahir gadis itu.
Bermacam-macam dalam fikirannya.Bolehkah dia bahagia nanti apabila sudah bergelar isteri kepada Zarriq Irfan?
Bolehkah keluarga mertuanya itu menerima dirinya setelah mengetahui kebenaran yang disimpan selama ini?
Sedang dia asyik terfikir,dia hampir-hampir kemalangan.Nasib dia sempat menekan brek.
Kereta yang hampir dilanggarnya berhenti di bahu jalan.Masing-masing keluar dari kereta.
"Yura?"
"Ziqrri?"
"Kau fikir apa sampai tak perasan kereta aku?"
"Err..tak de pape.Aku gerak dulu.."
"Yura,bagitau aku kat mana Yuna.Aku nak sangat jumpa dia.Aku dah sedar silap aku.."
Aiyura Azzahra mengeluh.
"Bukan ke aku dah cakap sebelum ni?Lupakan Yuna.Kau dengan Yuna dah tak de pape.Kau kena ingat.Kau sendiri yang lepaskan dia.Sorry,aku tak boleh tolong.."
"Okay,aku mengaku aku buat keputusan terburu-buru waktu tu.Tapi salah Yuna jugak.."
"Kau still salahkan Yuna?Kau tahukan semua tu fitnah?"
"Okay,fine.Please.Bagi aku jumpa Yuna.Aku masih cintakan dia.."
"Ziq,aku nak yang terbaik buat Yuna.Mungkin Yuna dah jumpa orang yang lagi baik dari kau kat sana.Aku yakin kslau Yuna ada kat sini pon,belum tentu dia nak jumpa kau.."
"Kau tak kesiankan aku ke?Yura,cuba kau bayangkan kalau kau kat tempat aku.Apa kau rasa?Mesti kau nak bersama dengan orang yang kau cinta kan?"
"Tapi kalau melepaskan tu buat orang yang kita cinta bahagia,tak salah kan?"
"Kau nak aku lupakan Yuna?Tak.Tak mungkin,Yura.Aku tak boleh lupakan dia.Sejak aku balik Malaysia lepas hal tu berlaku,ingatan aku pada Yuna tak pernah padam.Aku still sayang dia.."
"Huh..aku dah tak tahu nak cakap macam mana nak bagi kau faham.Tak pe lah.Aku nak pergi kedai.."
Aiyura Azzahra segera masuk ke dalam kereta.Irham Ziqrri masih berdiri di keretanya.
'Kau kat mana,Yuna?' getusnya.
YOU ARE READING
Kerana Kasih AIYURA AZZAHRA
Romance#2019 Coverby:@nurshaziera AIYURA AZZAHRA seorang gadis yang matang,berbudi pekerti mulia dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang disayanginya. Disebabkan satu insiden,dia terpaksa menjaga seorang budak perempuan yang bernama AURORA PUTRI. ...