part 36

7.8K 247 20
                                    

Aiyura Azzahra menepuk-nepuk anaknya supaya tidur.Jam di dinding sudah menunjukkan angka 10.30.Zaril Arash masih membuka matanya.

"Mama,Arash tak nak tidur.." ujarnya.

"Arash,dah lewat ni.Tidurlah.Esok pagi mama janji mama bawak Arash keluar.Kita pergi sunway lagoon nak?"

Laju Zaril Arash mengangguk.Comel sungguh si kecil itu.

"Okay,kalau Arash nak,Arash kena janji dengan mama,Arash tidur eh?Kalau Arash tak nak,mama pon tak nak bawak Arash esok.."

"Okay,Arash tidur.Mama pon tidurlah sebelah Arash.." ajak Zaril Arash.

Aiyura Azzahra mengangguk.Dia pun membaringkan dirinya di sebelah anaknya.

Tangan kanannya memeluk si kecil.Tiba disaat itu,fikirannya melayang kepada suaminya.

Kalaulah Zarriq Irfan mengetahui yang dia masih hidup,apa yang akan terjadi?

Lelaki itu masih setia padanya atau sudah ada pengganti dirinya?Dia juga tidak pasti tentang itu.

Tapi,jika suaminya itu sudah ada pengganti dirinya,dia terima.Mungkin takdir telah tertulis begitu.

Dipandangnya cincin dan gelang yang diberikan suaminya.

Kemudian,matanya beralih memandang Zaril Arash yang sudah nyenyak tidur.

Dikucupnya dahi si kecil itu.

***

Seperti yang dijanjikan,Aiyura Azzahra membawa Zaril Arash menuju ke sunway lagoon yang terletak di Shah Alam itu.

"Mama,Arash nak mandi.."

Zaril Arash sudah mula teruja.

"Ye,mama tahu.Kita tukar baju dulu.Pastu baru kita mandi.."

"Okay.."

Setelah selesai menukar pakaian,Aiyura Azzahra menemani Zaril Arash mandi.

Setelah lama mandi,Aiyura Azzahra mengelap rambut Zaril Arash.

"Mama,Arash lapar.."

"Okay,kejap lagi kita makan.Sekarang ni kita tukar lah baju dulu.Takkan nak makan dalam keadaan basah macam ni?"

Setelah selesai,Aiyura Azzahra berlalu ke arah kereta.Zaril Arash sudah berjalan ke hadapan.

Dia melajukan pergerakannya.Sungguh bahaya membiarkan si kecil itu berjalan sebegitu.

Disaat itu,sebuah kereta laju menerpa ke arah Zaril Arash.Aiyura Azzahra yang melihat terkejut lalu menjerit.

"Arash!"

Zaril Arash sudah terbaring longlai di tengah jalan.

"Arash!Jangan tinggalkan mama.."

Aiyura Azzahra sudah menangis.Dia takut jikalau apa-apa terjadi pada anaknya itu.

Pemandu yang melanggar anaknya itu keluar.

"Maafkan saya,cik.Saya tak perasan.Mari,saya hantarkan anak cik ke hospital.." ujar lelaki itu.

Mata mereka saling berpandangan.

Kerana Kasih AIYURA AZZAHRAWhere stories live. Discover now