part 54

8.1K 214 20
                                    

Sebelum pulang ke Kuala Lumpur,mereka berhenti seketika di Masjid Kristal untuk menunaikan solat zohor.

Setelah selesai solat zohor,mereka berjalan keluar dari masjid.Aiyura Azzahra dan Zarriq Irfan bertembung.

"Mana mama dengan mummy?" soal Zarriq Irfan yang melihat isterinya keluar bersendirian.

"Dorang borak kejap kat dalam tu.Yura keluar ni pon nak ambil angin.Pening sikit.." balas Aiyura Azzahra.

"Sayang ni.Ni boleh jalan tak ni?Kalau tak boleh,abang nak dukung.."

Aiyura Azzahra ketawa.

"Abang ni.Yura okay.Biasalah kalau Yura macam ni daripada Yura muntah-muntah.."

"Abang risaukan sayang je.Abang kan tak de masa sayang pregnantkan Arash.Abang tak de pengalaman jaga orang mengandung.." kata Zarriq Irfan sayu.

Aiyura Azzahra memandang wajah sayu suaminya.

"Abang ni.Poyo je lebih.Abang kan pernah jaga Yuna.Tu pengalaman lah tu.."

Aiyuna Azzahra yang baru keluar terdengar perbualan mereka.

"Ni kenapa nama aku disebut-sebut ni?Mengumpat ehh?" ujarnya.

"Saja je sebut nama kau.Nama kau kan sedap.." kata Aiyura Azzahra.

Aiyuna Azzahra tersenyum gembira apabila kembarnya berkata begitu.

"Well.." katanya berlagak sambil ketawa.

Irham Ziqrri mendekati mereka.Dia berdiri di sebelah isterinya.

"Ni apa happy sangat ni?Sayang?"

"Dorang ni puji nama I tu yang I kembang ni.." balas Aiyuna Azzahra.

"Err..Yuna.Aku rasa nak muntah pula.." kata Zarriq Irfan.

"Abang?Abang okay tak ni?"

Riak wajah Aiyura Azzahra berubah apabila suaminya berkata sebegitu.Risau dia.

"Abang okay je.Kembar sayang ni memang suka angkat bakul sendiri eh?"

"Amboi kau!Kira bini aku ni rajin lah sebab dia suka angkat bakul sendiri daripada dia minta tolong orang.." kata Irham Ziqrri.

"Ni kenapa gaduh pulak ni?Dalam kawasan masjid pulak tu.Ingat sikit,dua-dua dah jadi bapak orang.Matang lah sikit.." tegur Puan Zaliya.

"Mana ada gaduh,my.Gurau-gurau manja je sikit.." kata Zarriq Irfan.

"Sekarang ni kita nak pergi mana?Nak sambung perjalanan ke nak singgah makan mana-mana?" kata Encik Iman.

"Soalan tu biar ibu mengandung yang jawab.Yura?Yuna?Macam mana?" ujar Ayla Ayuni.

"Ikutlah.Yuna tak lapar lagi.Takut Yura lah lapar.." balas Aiyuna Azzahra.

"Tak lah.Yura pon tak lapar lagi ni tapi kalau semua nak makan,Yura okay je.."

"Kitaorang nak makan!" kata Aurora Putri dan Zaril Arash serentak.

"Ala,kesian cucu-cucu tok pa ni.Kita makan lah.Pastu kita terus gerak balik KL.." ujar Azrif Ayril.

***

Aiyura Azzahra memunggah beg-beg pakaian dari bonet.Selepas sahaja mereka pulang tadi,mereka terus masuk ke rumah dahulu.

Beg-beg pakaian mereka dibiarkan di dalam bonet.Zarriq Irfan yang baru keluar dari dalam terus mendekati isterinya.

"Sayang buat apa ni?Kenapa tak panggil abang?Dah lupa doktor pesan apa?Jangan angkat benda-benda berat kan?Beg ni biar je abang yang angkatkan.Sayang rehat lah.Kenapa degil ni?" bebel Zarriq Irfan.

"Abang ni,beg ni ringan je lah.Yura masih boleh angkat.Yura malaslah nak susahkan abang.Mesti abang penat kan drive tadi?" balas Aiyura Azzahra.

"Sayang,abang penat tak pe.Sayang tu yang tak boleh penat.Sini,beg tu.."

"Tak pe lah.."

"Aiyura.." kata Zarriq Irfan sedikit tegas.

Cakap perlahan-lahan isterinya bukan mahu dengar.

Aiyura Azzahra mengeluh perlahan.Dihulurkan beg pakaian itu kepada suaminya.

Dia segera beredar masuk ke dalam rumah.Zarriq Irfan mengekori langkah isterinya dari belakang.

Merajuk lah tu.

Sampai sahaja di dalam bilik,Aiyura Azzahra membelek fonnya.Langsung tidak menghiraukan kehadiran suaminya.

Zarriq Irfan mengambil fon isterinya.Terkejut Aiyura Azzahra.Dia memandang geram ke arah suaminya.

"I'm sorry,okay?Abang risaukan sayang je.Abang tak nak sayang penat.Tu je.." ujar Zarriq Irfan sambil memegang tangan isterinya.

"Yura tak marah pon.." kata Aiyura Azzahra.

"Kalau tak marah,senyum lah.."

"Ishh.."

"Haa..tengok tu.Kata tak marah.Tu ish-ish apa tu?"

"Malas lah layan abang ni.Yura nak tengok Arash.."

Aiyura Azzahra bangun dari duduknya.Zarriq Irfan hanya memerhati isterinya keluar dari bilik.

Haih..

Macam itu ke perangai ibu mengadung?

Dia teringat pula sewaktu dia menjaga Aiyuna Azzahra.Lebih kurang juga seperti isterinya itu.

Kembar kan?Biasalah.Semua sama.

Dia terpandang ke arah kalendar yang disangkut di dinding.Dia mengukir senyuman melihat tarikh esok.

Dia nekad mahu memujuk isterinya.













Hehehe😂😂Nak tamatkan boleh tak?😉Hurm..rasanya dah abis kot konfliknya.Tp tu lah.X sampai hati nak tamatkan😢

Kerana Kasih AIYURA AZZAHRAWhere stories live. Discover now