Aiyura Azzahra masuk ke dalam rumahnya dengan Zarriq Irfan menggunakan kunci pendua.
Zaril Arash diletakkan di atas sofa ruang tamu itu.
"Arash duduk sini tau.Mama ada hal sikit nak buat.." ujarnya.
Zaril Arash mengangguk faham.Aiyura Azzahra berlalu masuk ke dalam bilik utama rumahnya.
Masih seperti dahulu.Tiada apa yang berubah.Dia duduk di atas katil seketika.
Dia memandang ke arah gambar pernikahannya dengan Zarriq Irfan yang masih tergantung pada dinding bilik itu.
Persoalannya,mengapa lelaki itu masih menyimpan gambar itu?Kenapa tidak menggantungkan gambarnya dengan Aiyuna Azzahra?
Dia memandang sekeliling.Tiada satu pun gambar kembarnya berada di dalam bilik itu.
Pelik.Dia kembali keluar dari bilik itu.Barang-barangnya yang sudah diambilnya diletakkan di ruang tamu seketika.
Serentak itu,Zarriq Irfan sampai di rumah.Dia terkejut melihat pintu dan pagar rumahnya terbuka luas seperti ada seseorang di dalam rumah.
Dia melangkah masuk ke dalam rumah.Terkejut dia melihat seorang perempuan yang sedang memunggahkan barang isteri kesayangannya.
Dia terpandang pula ke arah seorang budak lelaki yang sedang bermain di ruang tamu itu.
"Awak siapa?Kenapa awak keluarkan barang-barang isteri saya?Macam mana awak boleh masuk dalam rumah ni?"
Terkejut Aiyura Azzahra.Dia segers membelakangi tubuhnya.
"Saya tanya awak ni!Awak tak dengar ke?!Siapa bagi keizinan pada awak untuk buat macam ni?!"
Zarriq Irfan sudah mula hilang sabar.
"Ni barang-barang saya!Saya ada hak!"
Aiyura Azzahra segera memusingkan tubuhnya menghadap Zarriq Irfan.
Dia cuba mengawal air matanya dari jatuh.Zarriq Irfan nyata terkejut setelah melihat orang yang selama ini sudah dikhabarkan meninggal dan hari ini orang itu berada di hadapan matanya.
"Sa..sayang?" katanya seakan tidak percaya.
"Saya minta maaf main redah je masuk rumah ni.Saya datang ni nak ambil barang-barang saya je.Erm..lagi satu,saya nak kenalkan Arash dengan papa dia.."
Zarriq Irfan memandang ke arah budak lelaki itu.Dia rasa seperti pernah melihat budak itu tapi dia tidak berapa ingat dimana.
"Arash,sini sayang.." panggil Aiyura Azzahra.
Zaril Arash mendekati mamanya.
"Arash,ni papa Arash.Salam papa.." arahnya.
Zarriq Irfan memeluk anak lelakinya itu.
"Sayang tak cakap kat abang pon sayang pregnant?"
"Saya pregnant seminggu selepas saya sedar dari koma.Maaf kalau saya datang pada waktu yang salah.Saya sedar saya dah terlambat.Erm..klau dah tak de pape,saya gerak dulu.."
"Nanti,sayang!Abang perasan sayang dah lain sangat.Apa salah abang pada sayang?Bagitahu abang.Abang akan perbetulkan semuanya semula.." ujar Zarriq Irfan sambil memegang pergelangan tangan isterinya.
"Apa awak buat ni?Lepaslah!Kita dah tak de pape kan?" kata Aiyura Azzahra sambil cuba menepis tangan lelaki itu dari memegangnya.
"Tak de pape?Maksud sayang?Abang tak pernah lafazkan cerai pada sayang.Sayang still isteri abang yang sah.."
"Awak dah kahwin dengan Yuna kan?Kenapa awak pura-pura tak tahu hukum ni?Saya tak nak hancurkan kebahagiaan yang awak dah bina dengan dia.."
Aiyura Azzahra menanggalkan cincin dan gelang yang diberikan oleh Zarriq Irfan suatu ketika dahulu.
"Awak ambil lah balik semua ni.Saya minta maaf andai sepanjang saya bergelar isteri awak,saya tak cukup sempurna menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri.."
"Sayang,apa sayang merepek ni?Bila masa abang kahwin dengan Yuna?Abang dah pernah cakap dulu kan?Abang akan tetap setia pada sayang sorang je.Percayalah.."
"Satu perhubungan tu memerlukan kejujuran.Kenapa awak tak jujur?Kenapa awak nak menidakkannya?Yuna perlukan awak.Kenapa awak buat dia macam ni?"
"Abang nak jujur macam mana lagi?Perhubungan juga memerlukan kepercayaan.Kenapa sayang tak percayakan abang?Abang takkan duakan sayang lah.."
Zarriq Irfan sudah sedikit bengang dengan sikap Aiyura Azzahra.Mengapa gadis itu tidak mempercayainya?
"Mungkin kepercayaan yang kuat tu ada pada Yuna.Bukan pada saya.Saya minta diri dulu.Assalamualaikum.."
Dengan pantas Zarriq Irfan memeluk Aiyura Azzahra.Air mata lelakinya mula jatuh.
"Abang takkan benarkan sayang tinggalkan abang macam dulu.Abang merayu pada sayang.Sayang tak kesiankan abang ke?"
Pelukan Zarriq Irfan semakin kemas.Aiyura Azzahra juga sudah menangis.Zaril Arash pula hanya memerhati mama dan papanya.
"Abang nak kita macam dulu.Kita mulakan segalanya semula ye?" pujuk Zarriq Irfan.
"Zarriq,lepaskan saya.Awak tak boleh macam ni.Yuna lebih memerlukan awak disisi dia.."
"Untuk apa abang bersama dia kalau isteri dan anak abang lebih memerlukan abang?"
"Sebab awak suami Yuna!Awak ayah kepada anak yang Yuna kandungkan sekarang ni!Kenapa awak tak sedar-sedar lagi ni?Jangan buat Yuna macam tu.Saya tak sanggup tengok dia sedih.Tolonglah.."
"Yuna bukan isteri abang.Sayang salah faham.Yuna dah rujuk kembali dengan Ziqrri.Jangan tinggalkan abang lagi.."
Zarriq Irfan melepaskan pelukannya.
"Kalau Yura masih tak percayakan abang,abang terima.Abang dah tak tahu nak buat apa tapi,abang nak Arash tinggal dengan abang.Jangan risau,abang cuma nak luangkan masa ngan dia je.Abang naik atas dulu.Arash,jom teman papa.." katanya seakan kecewa.
Zaril Arash didukungnya lalu dibawa naik biliknya.Aiyura Azzahra terpinga-pinga di situ.
Eh,terawal pulak😅Erm..baca jelah.Hehehehe😂😂Hope memuaskan..
YOU ARE READING
Kerana Kasih AIYURA AZZAHRA
Romance#2019 Coverby:@nurshaziera AIYURA AZZAHRA seorang gadis yang matang,berbudi pekerti mulia dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang disayanginya. Disebabkan satu insiden,dia terpaksa menjaga seorang budak perempuan yang bernama AURORA PUTRI. ...