"Thanks,bro sebab sudi jaga my lovely wife aku ni.." kata Irham Ziqrri.
"Tak de apa lah.Lagipon Yuna ni adik ipar aku kan?Tapi tu lah.Degil sangat wife kau ni.Kau basuh lah otak wife kau.." ujar Zarriq Irfan.
Aiyuna Azzahra hanya tersengih.Ya,dia dan Irham Ziqrri kembali bersama.
Itupun atas permintaan Aurora Putri.Yelah,demi anak kan?
Mereka disatukan pada tahun lepas oleh Azrif Ayril sendiri.Pada mulanya keluarga mertuanya tidak mempersetujui pernikahan mereka namun demi masa depan cucu,mereka terpaksa ikutkan.
"Sayang okay?Anak daddy ni okay kan?Sihat?"
Aiyuna Azzahra hanya mengangguk.Terasa rindu pula pada suaminya itu.
Yelah,hampir seminggu mereka tidak bertemu kerana suaminya itu outstation selama seminggu.
Dengan keadaannya sebegini,hampir setiap hari dia merindui suaminya.
Sepanjang itulah Zarriq Irfan menjaganya.
Kalaulah kembarnya masih hidup,pasti mereka akan berkumpul beramai-ramai seperti sekarang.
'Kenapa kau tinggalkan aku,Yura?' getus hatinya.
***
Aiyura Azzahra berhenti di hadapan kedai keknya.Dia memerhati sekeliling.
Dia terpandang ke arah Ayuha Azzara yang sedang melayan pelanggan.
"Mama,Arash lapar lah.Nak kek tu.." ujar Zaril Arash sambil tangan kecilnya menunjuk ke arah banner yang terletak elok di hadapan kedai.
"Erm..kita makan kat tempat lain,ye?Mama bawak Arash pergi secret recipe nak?Arash nak kek moist chocolate kan?"
Zaril Arash menganggukkan kepalanya.Dia mula menggerakkan kereta ke secret recipe yang terletak di jauh dari kedai keknya.
Apabila sampai sahaja di secret recipe,dia dan anaknya segera turun dari kereta.
Di saat dia di hadapan pintu masuk secret recipe,dia terlanggar seseorang.
"Maafkan saya,pak cik.Saya tak sengaja tadi.." ujarnya.
Dia memandang gerangan yang dilanggarnya.Sungguh dia terkejut melihat gerangan itu.
"Yura?"
"Erm..Arash.Kita pergi secret recipe lain ehh?"
Dengan pantas dia menarik tangan anaknya.Encik Iman juga segera menghalang pergerakan menantunya.
"Yura,Yura pergi mana selama ni?Apa dah jadi 5 tahun lepas?Kenapa ada orang cakap yang Yura dah meninggal?"
"Maaf,uncle.Saya tak kenal uncle.Arash,jom.."
Encik memandang ke arah budak lelaki yang memegang tangan Aiyura Azzahra.
"Ni,cucu daddy ke?Daddy minta maaf,Yura.Daddy banyak buat salah pada Yura.."
"Uncle tak de buat salah apa pon pada saya.Tak pe lah,saya minta diri dulu.."
"Yura,daddy tahu ni menantu daddy kan?Kenapa Yura buat-buat tak kenal daddy?Yura tak sudi ke nak makan dengan daddy?Daddy tahu cucu daddy tu laparkan?Kalau Yura tak nak makan pon,at least bagilah daddy berkenalan dengan cucu daddy ni.." kata Encik Iman lagi.
Dia yakin gadis yang berada di hadapannya itu menantunya.Walaupun dia tidak berapa berkenan pada gadis itu,dia dapat mengecam gadis itu.
Aiyura Azzahra mula berbelah bahagi.Dia memandang ke Zaril Arash.
Tidak salah rasanya dia memperkenalkan anaknya itu dengan atuknya sendiri.Mungkin masanya telah tiba.
"Maafkan Yura,daddy.." ujarnya sambil cuba menahan air matanya daripada mengalir.
Encik Iman tersenyum.Mereka bertiga masuk ke dalam.
"Yura nak makan apa?Daddy belanja.." ujar Encik Iman.
"Tak pe lah,daddy.Yura datang sini pon nak teman Arash ni.Dia nak makan kek moist.."
"Arash nama cucu daddy ni.Sedap namanya.Erm..berapa umur dia?"
"4 tahun,daddy.."
"Ohh,comel.."
Setelah selesai makan,Encik Iman memandang ke arah menantunya dan cucunya.
Ini kalau anak keduanya itu tahu tentang kewujudan isteri dan anak mereka,dia pasti Zarriq Irfan pasti akan gembira.
Dia dapat melihat sepanjang menantunya tiada atau lebih tepat meninggal,hidup anaknya itu seakan tidak terurus.
Dia tahu anaknya itu masih tidak dapat melupakan menantunya itu.
"Yura,Yura tak nak jumpa Riq?"
Soalan dari bapa mertuanya itu membuatkan Aiyura Azzahra terlepas sudu ketika dia mahu menyuap kek ke dalam mulut anaknya.Dia pantas mengutip sudu yang jatuh ke lantai itu.
Siapa kata dia tidak mahu berjumpa suaminya?Sungguh dia mahu!Tapi,dapatkah suaminya itu menerimanya kembali?
"Daddy,Yura mohon.Jangan bagitau Zarriq tentang kewujudan Yura.Daddy sorang je yang tahu Yura masih hidup.Yura tak nak Zarriq terima Yura atas belas kasihan.Dia dah bahagia sekarang.Yura tak nak hancurkan kebahagiaan dia.."
"Zarriq tak bahagia,Yura.Apa yang dia buat sekarang ni semuanya kerana terpaksa.."
"Erm..daddy,Yura balik dulu lah.Arash ni penat.Terima kasih sebab sudi belanja Yura dengan Arash.."
Aiyura Azzahra segera bangun dari tempat duduknya.
"Yura.Bila daddy boleh jumpa Arash lagi?"
"Erm..nanti Yura call daddy.Janji dengan Yura yang daddy takkan bocorkan rahsia ni.Yura gerak dulu.Assalamualaikum.."
Tangan bapa mertuanya disalam.Encik Iman sempat mencium Zaril Arash.
YOU ARE READING
Kerana Kasih AIYURA AZZAHRA
Romance#2019 Coverby:@nurshaziera AIYURA AZZAHRA seorang gadis yang matang,berbudi pekerti mulia dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang disayanginya. Disebabkan satu insiden,dia terpaksa menjaga seorang budak perempuan yang bernama AURORA PUTRI. ...